Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Januari 16, 2010

Kerasnya kulit amarah

Menongkah arus diri amarah amat memeritkan, tersilap langkah tanpa pedoman akan menimbulkan fitnah yang dashat. Mudahnya sifat amarah seperti dendam, irihati, dengki, khianat dan banyak lagi yang tidak di sebut di sini mempunyai suatu kulitnya yang tersendiri. Jika di bawah kulit tempurung amarah ini akan mengacau bilaukan diri sendiri dan orang lain setiap masa. Berbaloikah hidup kita?
Mengenal sifat dan feal perangai hati  dan fikiran kita serta mengubahnya tidak boleh dibuat oleh orang lain. Jika ada orang yang arif di sisipun, dia hanya mampu memberitahu dan membimbing, Tiada "copy" and "paste" dalam hal seperti ini. Seperti berani tidak boleh diajar.
Menyelami diri sendiri dengan tubuh rasa dan melihatnya dengan kehalusan hati, teluskanlah ia dengan link zikir yang mampu menembusi tempurung ini. Bukan senang melatihnya, namun Tuhan sentiasa memerhati hati hambanya. Kenapa pula harus berputus harap !. Persoalannya  berapa lama  lagikah kita  mahu tetap rigid di bawah tempurung ini ?.
Keruankah kita dengan hidup sedemikian sedangkan mati menjemput dengan tiba-tiba. Amat malanglah hidup sesaorang dan tiada yang lebih paling menyesal jika apabila nyawa di hujung kerongkong, kita dapati diri kita sudah tidak akan wujud lagi!....Binasa.

Tiada ulasan: