Cerita seterusnya bila letak air perahan limau, batu bergerak. Jika letak dua biji, yang jantan kejar yang betina pula...oh percaya...aku orang melaya mudah percaya...bayar ajer cuma RM 25 sepasang, batu jantan dan betina ni memang susah dapat.
Memanglah bila bahan karbonat putih (isi kelapa tadi) bertindak balas dgn asid, ada buih keluar, buih gas karbon dioksida namanya. Tindak balasnya macam di bawah ni:
2H +(ion hidrogen/asid) + CO32-(ion karbonat/isi batu) →(hasilkan) CO2 (gas karbon dioksida)
+ H2O(air)
Bila dah berbuih di bahagian bawah batu ia jadi tak stabil, nak tak nak ia terpaksa bergerak kerana permukaan bawah batu mencari keseimbangan kedudukan dengan beratnya. Jika tak percaya tanyalah daya tarikan graviti bumi....
Bagi penjual yang tak membeli sendiri pula, wah kononnya!... "di belakang rumah bapa saudara saya ada enam biji buah kelapa yang isinya dah jadi batu putih macam ni, masih di atas pohon lagi"...percaya...aku percaya...orang melaya mudah percaya...mistik....mistik....banyak kelebihannya!!!!....begini dan begitulah cerita si penjual...kadang-kadang dia tak sedar yang dia sedang menipu...pembeli pula melelih air liur tak sedar DALAM SESSI TIPAH TERTIPU TIPU TETIPAH....ADA LAGI YA CERITA KARUT MARUT SEPERTI ITU DAN SEUMPAMA ITU PADA ZAMAN INI ?...Jika nak menipupun biarlah logik sikit ...buatlah sebiji kelapa jadi fossil ke? logik sikit....Ini "hoi...cepat naik!!!!..hari dah nak kiamat!"...Ala Kassim!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan