Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Sabtu, Disember 31, 2011
Jumaat, Disember 30, 2011
Lingkaran nafsu seorang lelaki
Salah satu lumrah dalam keinginan seorang lelaki normal bolehlah dikatakan berkisar dalam istilah nafsu sex. Sampai masanya ia menjadi tahap harus, bahkan tahap wajib berkahwin, bergantung kepada keadaan sesaorang. Perhatikanlah betul-betul keinginan ini secara adil dan jujur dengan diri sendiri. Apakah sebab paling baik kita kahwin serta sebab memilih pasangan mengikut syariat agama.
Sebaliknya ada pula bentuk keinginan berupa ujian yang juga melibatkan lingkaran nafsu ini.....perhatikan betul-betul...mungkin ia berupa lingkaran getah hitam biasa, atau silap-silap lingkarannya berbentuk ular yang berbisa. Bahang yang memanaskan belakang kita, Wanau'zubillah dan diharap kita dapat menaganinya dengan teliti. Wallahhua'qlam.
Sebaliknya ada pula bentuk keinginan berupa ujian yang juga melibatkan lingkaran nafsu ini.....perhatikan betul-betul...mungkin ia berupa lingkaran getah hitam biasa, atau silap-silap lingkarannya berbentuk ular yang berbisa. Bahang yang memanaskan belakang kita, Wanau'zubillah dan diharap kita dapat menaganinya dengan teliti. Wallahhua'qlam.
Blogger yang diharap sama-sama dapat kita tumpang wanginya...
Jika rakan belum pernah ke situ silalah bertandang ke
http://cikgunasir.blogspot.com
http://cikgunasir.blogspot.com
payah tapi lazat
Tanpa amalan yang betul sedikit ilmu yang kita miliki tidak dapat berkembang maju, dengan kata lain kita langgar hukum yang kita sudah sedia terima. Dahlah yang kita tahu cuma sedikit, tapi kita kurang ikut, memang sukarlah infrastruktur kondusif yang telah kita ciptakan. Namun kita tidak boleh terus biarkan ia begitu...Bodek-bodeklah diri kerana kita masih budak sekolah rendah (walaupun sudah berusia), takkan sudah tidak bertambah kemajuan dan kematangan...maknanya masa belum sampai untuk menjadi mantap. Terimalah seadanya dulu keadaan diri kita, tapi dalam keadaan tidak mengalah atau terus berazam memasuki tahap kondusif semula.... hanya kita menyedari keperluan diri kita sendiri...berilmu, beramal punca jaya.
Khamis, Disember 29, 2011
mencari makna....miskin , kaya, hina, mulia.... terjawabkah kita
miskin itu apa
kaya itu bagaimana
Miskinkah jika kurang harta
kayakah jika terlebih pula harta
miskinkah jika kurang ilmu
kayakah jika banyak pula ilmu
apakah miskin jika jiwa kita miskin
atau kayakah jika kita kaya jiwa
miskinkah jika rendah akhlak
atau kayakah jika sebaliknya
Apakah sebenarnya harta
apakah ia zahir
atau tersembunyi
yang pasti
ujiannya ringan semasa kita miskin dan susah
susah itu bagaimana pula
ujiannya lebih berat pula apabila kita kaya dan senang
senang itu apa pula
bilakah kita dikatakan miskin dan bila pula kita dikatakan kaya
tanyalah diri miskinkah aku atau kayakah aku...
apakah pengukurnya
lebih baik kita mabuk dalam cinta, daripada kita gila dalam buta.
kaya itu bagaimana
Miskinkah jika kurang harta
kayakah jika terlebih pula harta
miskinkah jika kurang ilmu
kayakah jika banyak pula ilmu
apakah miskin jika jiwa kita miskin
atau kayakah jika kita kaya jiwa
miskinkah jika rendah akhlak
atau kayakah jika sebaliknya
Apakah sebenarnya harta
apakah ia zahir
atau tersembunyi
yang pasti
ujiannya ringan semasa kita miskin dan susah
susah itu bagaimana pula
ujiannya lebih berat pula apabila kita kaya dan senang
senang itu apa pula
bilakah kita dikatakan miskin dan bila pula kita dikatakan kaya
tanyalah diri miskinkah aku atau kayakah aku...
apakah pengukurnya
lebih baik kita mabuk dalam cinta, daripada kita gila dalam buta.
Zzuup...angin masuk akibat perangai mulut
Puji kawan atau sahabat kerap menimbulkan rasa kurang senang hati, tapi kerana rakan juga dah tahu itu "pam"..kata orang, asalkan sedap didengar....biarlah, he he!.. namun perut tetap lapar kerana tak kenyang dek angin "pam". Hidung kembang hanya kerana kurang mengaji atau mengkaji, fikiran taa'kluk setan memang akan membuatkan kita rasa hebat bila termakan pujian, sebaliknya hati dan jiwa pula punah ranah. Nak buat macam mana bila dah kawan atau sahabat tak reti jaga kawan...Sebaiknya berilah penghargaan bukan pujian, kasihan member..juga kasihan diri kita sendiri!!!.
Rabu, Disember 28, 2011
Semeja satu kepala
Cakap tinggi bukan bererti di atas, cakap rendah bukan bererti di bawah, diam bukan bererti kosong. Tinggi dalam aras kerana memuji Qadim, rendah dalam bahasa kerana di maqam rasa, senyap bererti sedang mengisi seperti rasmi ubi. "Sakinah" dituai dalam budi bahasa bicara beradab, hormat dan saling menghargai. Tidak terlerai kasih kerana masing-masing tahu tempat duduk. Tiada meninggi tiada mengangkat tiada pula menjatuh. Begitulah kasih di antara sahabat, guru dan murid.
Isnin, Disember 26, 2011
Pisau lipat hulu kayu dari Afghanistan...bentuk macam buck 110
Panjang mata 3 7/8"
RM 130/=
Ada juga pisau lain buatan China, sila klik url berikut:
http://khmgood.blogspot.com/2011/12/buatan-china.html
RM 130/=
Ada juga pisau lain buatan China, sila klik url berikut:
http://khmgood.blogspot.com/2011/12/buatan-china.html
Ahad, Disember 25, 2011
hamba....
tidak ada sempurna....
tiada gah.........
tiada apapun dapat dibanggakan..
melainkan rasa daif, fakir, miskin, hina..
dan segala yang lemah itu milik hamba...
tiada gah.........
tiada apapun dapat dibanggakan..
melainkan rasa daif, fakir, miskin, hina..
dan segala yang lemah itu milik hamba...
Khamis, Disember 22, 2011
Perhatian
Salam untuk rakan yg bertanyakan pasal nilam Ceylon. Sebab sy belum sempat masukkan gambarnya.harap bersabar dulu. Terima kasih kerana sudi berurusan.
Manusia
Berpijak biarlah di bumi yang nyata. Makanlah nasi dengan lauk, jangan makan kayu dan besi. jadi manusia tak perlu terbang macam burung, tak perlu memanjat macam kera. Nak pakai stokin berjalur warna floresen tak apa jika sedia tadah telinga dari gelak sakan. Jika tak sanggup jangan buat yang pelik-pelik.
Zamrud Colombia cutting -+ 4 cts
dibuka kepada rakan yang bertanya;
0139.......6788.
Untuk makluman, saya boleh berurusan pada petang 28/12/11 - selepas asar
Terima kasih.
SOLD
(En. Muhamad Khuzaifah - Kuantan)
Diharap Encik berpuas hati, terima kasih.
Maaf warna permata menjadi agak pudar akibat flash. saiz cincin = 17.5
Rabu, Disember 21, 2011
kabel on-line
Bila online streamyx ada masalah, pesan seorang rakan seperjuangan dari daerah kaya "kemaskanlah kabel yang lebih penting, ia ada di dalam"...kita masih terkial kial mencari suis...Eei..malunya!!!
Vs
Apa yang kita lihat
Apa yang kita dengar
Apa yang kita fikir
Apa pula yang kita rasa
Adakah semuanya serupa?
Apa yang kita dengar
Apa yang kita fikir
Apa pula yang kita rasa
Adakah semuanya serupa?
Alhamdulillah...
Streamyx dah berfungsi... Terima kasih kepada Syarikat Telekom yang perihatin dengan masalah talian...
Kali ini diharap betul-betul pulih...
Kali ini diharap betul-betul pulih...
Jumaat, Disember 16, 2011
Melepas geram di siber kafe....
Malam ini rasa rindu nak menaip, tapi tak ada idea pula...streamyx di rumah selalu bermasalah sejak dua minggu kebelakangan ini. Tak apalah ambo lepas geram dengan mengisi gambar sarong pisau yang dibuat semasa tunggu line streamyx, hidup segan mati tak mahu...dua hari terakhir ni ia terus buat onar...phone line terus Zzzzz...tido'q...apa boleh buat...terasa juga bersalah apabila blog lama tak terisi yang baru.
Cuma nak tunjukkan gambar untuk langkah/step ringkas shj..maaflah jika langsung tak menarik mata rakan memandang.
Yang ini sarong sangat ringkas, dan dibuat dengan barang terbuang sebelum ada masalah streamyx
Jumlah semua sarong pisau yang dibuat sambil main-main ...
He he...ini adalah jenis sarong pisau entah apa-apa, sekadar untuk memudahkan ia disimpan....saya fikir tuan dan rakan boleh buat jauh yang lebih baik dari ini....
Cuma nak tunjukkan gambar untuk langkah/step ringkas shj..maaflah jika langsung tak menarik mata rakan memandang.
Yang ini sarong sangat ringkas, dan dibuat dengan barang terbuang sebelum ada masalah streamyx
Jumlah semua sarong pisau yang dibuat sambil main-main ...
He he...ini adalah jenis sarong pisau entah apa-apa, sekadar untuk memudahkan ia disimpan....saya fikir tuan dan rakan boleh buat jauh yang lebih baik dari ini....
Rabu, Disember 14, 2011
Nabi Muhammad (s.a.w) Dalam Kitab Hindu
Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw.Dipetik dari :
Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi bahan bualan dan gossip seluruh negara. sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak.
Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu.
Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar". Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.
Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar, ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan.
Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.
Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:
1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.
2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.
3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).
4. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.
5. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.
6. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.
7. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.
8. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.
9. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).
10. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.
Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.
http://jiwang.org/groups-ilmiah/38806-nabi-muhammad-s-w-dalam-kitab-hindu.html
Isnin, Disember 12, 2011
Jumaat, Disember 09, 2011
Angin mengarang
Jika semua Pak Dogol siapa pula wak LonnnnnggGnya...
Begitulah juga dengan tetah petah bicara..
Ada pasang surutnya
Begitulah juga dengan tetah petah bicara..
Ada pasang surutnya
1, 2, 3 dan 6666
Satu sakit atau mati, dua hidup, tiga sihat walafiat. Pilihlah sendiri mengikut selera kita...
Satu musuh dah kira ramai...
Kadang-kadang kita tak perasaan yang musuh kita adalah diri kita sendiri....
Berjayakah kita juruskan semua musuh-musuh kita kepada Diri yang Satu....
Enam ribu enam ratus enam puluh enam... Mampukah kita menghajikannya
Hadiah kematian untuk diri kita
Satu musuh dah kira ramai...
Kadang-kadang kita tak perasaan yang musuh kita adalah diri kita sendiri....
Berjayakah kita juruskan semua musuh-musuh kita kepada Diri yang Satu....
Enam ribu enam ratus enam puluh enam... Mampukah kita menghajikannya
Hadiah kematian untuk diri kita
Ilmu percuma
Ia ada di mana-mana. Paling dekat adalah dalam laluan hidup kita sehari-hari, waima dengan anak atau anak murid bahkan dengan anak buah kita sendiri...berbuah-buahlah ilmu hendaknya.
mimpi hantu
Mendapat Ilmu bermakna mendapat anugerah atau rahmat dari Allah S.W.T, Diri yang Ghaibulghuyub. Ia (ilmu) merupakan cahaya penyuluh jalan kepada kita untuk ke alam gaib. Besar manfaatnya kepada diri kita sendiri, pergunakanlah sebaiknya.
Kadang-kadang ada orang takut bila bunyi alam ghaib, agak pelik juga kerana itu adalah destinasi semua yang bernyawa. Adakahkah kita perlu pula masuk ke alam ghaib? sedangkan sebahagian diri kita sendiri juga adalah ghaib. Satu lagi persoalan mampukah kita membuatnya?. Apa yang perlu kepada kita adalah berjinak-jinak dengan alam ghaib.
Koman-komanpun cubalah tafsir sendiri mimpi kita. Jangan pula semua hal kita nak war-warkan, sehingga mimpi mengalahkan hantupun kita hebohkan dengan bangga kepada rakan sekeliling. Kita fikir kita siapa? hantupun takutkan kita, sedangkan rakan lihat perangai kita mengalahkan hantu pula. Saya hanyalah sekadar berhipotesis sahaja, maaflah jika ada yang tersasar. Jika inginkan perkara yang jelas silalah rujuk ustaz atau ustazah.
Kadang-kadang ada orang takut bila bunyi alam ghaib, agak pelik juga kerana itu adalah destinasi semua yang bernyawa. Adakahkah kita perlu pula masuk ke alam ghaib? sedangkan sebahagian diri kita sendiri juga adalah ghaib. Satu lagi persoalan mampukah kita membuatnya?. Apa yang perlu kepada kita adalah berjinak-jinak dengan alam ghaib.
Koman-komanpun cubalah tafsir sendiri mimpi kita. Jangan pula semua hal kita nak war-warkan, sehingga mimpi mengalahkan hantupun kita hebohkan dengan bangga kepada rakan sekeliling. Kita fikir kita siapa? hantupun takutkan kita, sedangkan rakan lihat perangai kita mengalahkan hantu pula. Saya hanyalah sekadar berhipotesis sahaja, maaflah jika ada yang tersasar. Jika inginkan perkara yang jelas silalah rujuk ustaz atau ustazah.
SUKA MENYALAK
Kena semak juga percakapan kita kerana orang lain juga selalu menilai. Apatah lagi jika kita bertujuan untuk menjatuhkan sesaorang. Mungkin masa kita belum sampai untuk naik ke atas, terimalah keadaan seadanya. Semak dulu siapa kita, siapa dia?. Kalau boleh letaklah sedikit kebimbangan sebelum kita mengata orang, kerana remuk hati orang mana kita tahu, murka Tuhan pula barang tersembunyi.....
Khamis, Disember 08, 2011
10 BENTUK CINCIN TEMPAHAN SIAP, ALHAMDULILLAH...SEDIA UNTUK POS DALAM MASA TERDEKAT - SOLD OUT
4 BENTUK DI ATAS ADALAH MILIK EN HAIRUL NIZAM (PERLIS)
MILIK TUAN ALIHAN
(SARAWAK)
MILIK TUAN HJ. MORSIDI
(2 bentuk)
(SARAWAK)
MILIK TUAN HJ. YASSIN
(3 bentuk) - BRUNEI D.S
SOLD OUT
Semoga tuan-tuan dan rakan berpuas hati dengan items yang akan diterima nanti.
Terima kasih dan selamat berjaya.
PENGUMUMAN.
Saya minta maaf kepada pembeli atau sesiapa yang berkenaan berkait dengan "ikatan gaya Pok Ku". Ia adalah sekadar merujuk kepada "nama ikatan cincin", dan sama sekali tidak ditempah dengan mana-mana orang yang bernama Pok Ku. Diharap tidak terkeliru.
Langgan:
Catatan (Atom)