Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Julai 05, 2009

"Mujurnya!..." atau "nasib baiknya!"....

Di kalangan masyarakat melayu, perkataan "mujur" sering kali terungkap di bibir mulut, terutamanya apabila terselamat daripada apa-apa juga bentuk kerugian yang lebih besar. Baik bentuk kesakitan, kerosakan, kesedihan, kewangan, kehilangan, atau apa juga bentuk kengsengsaraan samada zahir ataupun batin. Di kala kengsengsaraan ini tidak terus menerus ke arah yang lebih serius, maka kerap kalilah kita merasa nasib masih menyebelahi diri kita. Perkataan "mujur" atau "nasib baik" inilah yang sering terucap dan kerap kali pula berlaku secara spontan.

Cubalah diamkan diri dan renungkan sejenak, dari manakah punca datangnya ucapan itu sehingga terkeluar dibibir mulut kita sendiri..... takkanlah ia datang dari orang lain atau dari luar tubuh kita. Pastilah dari dalam diri kita. Seperti salah satu daripada lirik dalam lagu M.Nasir "Kebenaran itu ada di dalam". Tanpa renung dan perhati kita mungkin sangat rugi kerana tidak memerhatikan perkara penting yang diajar oleh jiwa kita, yang dijelmakan di mulut, dan dipaparkan di telinga. Semua anggota tadi adalah paling dekat dengan diri kita. Takkanlah ia untuk orang lain. Pastilah untuk diri kita sendiri. Hebatnya jiwa kita mengajar kita jika kita memerhati....Siapakah lagi pada diri kita yang mampu menterjemahkannya jika bukan diri hati yang putih.

Cubalah panjangkan rasa "mujur" tadi lebih sedikit, yakni dengan jiwa kita
ke hadirat Illahi, Tuhan yang kita semua akui. Ia tidak memanjangkan ujian itu ke tahap yang kita tidak mampu. Tanyalah lagi diri sendiri, tidakkah sebenarnya jiwa kita mengajar ke arah erti "syukur" dan "redha" kepadaNya?.

Tiada ulasan: