Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Mac 03, 2009

Petua Mudah Membeli Batu Permata

Assalamualaikum...

Jika rakan rasa susah sangat nak memilih cincin atau batu permata, cubalah kaedah ini.

Semasa berada di kedai cincin/permata, ingatkan yang manakah cincin yang mula-mula rasa berkenaan di hati apabila dipandang. Itulah kata hati kita, cetusan hati ini harus diikut.

Kata orang "permata itu permainan mata". Memanglah, hal itu telah mengelirukan kita untuk membeli, dek banyak sangat lihat yang itu, perhati yang ini, akhirnya agak membingungkan untuk memilih, mana satukah yang akan dibeli.

Bagaimanapun janganlah terus keliru. Ada satu lagi cara, senang saja. Iaitu cubalah sarongkan cincin tersebut di jari rakan, sambil selawat banyak-banyak di dalam hati, dan jika patut bersembang agar penjual tidak perasaan yang rakan sedang merasikan cincin tersebut dengan diri; sesuai atau tidak....Setelah 15 hingga 20 minit ia di jari rakan, cubalah perhatikan rasa diri: rimaskah atau berkecamukkah perasaan kita, atau sebaliknya tenangkah dan selesakah kita ?. Jika tenang dan selesa yang kita rasa, itu besar kemungkinan ia sesuai dengan diri kita.

Begitulah juga jika batu tersebut terpapar di skrin komputer, cubalah buat pemerhatian ini, perhati dan cuba konsentrasikan pada cincin yang mungkin di minati, selawat dalam hati .... sambil tanya diri....cuba rasa : Apakah respon dalam diri kita....Diri kita biasanya tidak menipu kita. Kecuali satu, jika kita sering menipu orang, biasanya jawapan yang bohonglah yang akan kita dapat.

Ada lagi cara lain untuk memilih cincin yang serasi untuk diri kita, tapi setakat ini dululah untuk kali ini. Selamat Mencuba!

Sekian Wassalam..................SELAMAT..................

Tiada ulasan: