Patutkah atau haruskah kita mencuba kaedah ini ?
Bersenaman di bawah panas terik matahari, selama 1 jam di antara jam 12 tgh hari hingga 2 petang, setiap hari, selama 3 bulan. Sehingga bukan lagi peluh biasa, tetapi peluh berminyak keluar.....teruskan senaman ini selama 3 bulan. Sanggupkah rakan lakukan ini ?!!!.
Hal ini agak pelik didengar, tetapi ini merupakan cerita benar, yang diceritakan oleh rakan saya, bekas seorang wardar penjara.
Ia merupakan kisah seorang banduan yang sukar untuk mendapatkan rawatan di hospital kerana kekangan sebagai seorang pesalah. Ia benar-benar berlaku di tempat kita. Setelah disahkan oleh doktor yang pesalah ini sedang mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi, dan masalah jantung pada peringkat awal, dia telah melakukan senaman berkenaan. Setelah tiga bulan, dan disemak semula dalam rawatan susulannya, semua penyakit tersebut telah hilang dan disahkan sembuh.
Percaya atau tidak ?....
Jika rakan sendiri sedang alami masalah ini, sanggupkkah rakan meniru kaedah tersebut ?.... Tanya diri....
Sebenarnya terdapat banyak kaedah lain untuk mengurangkan risiko awal darah tinggi, awal masalah jantung atau awal strok.
Peningkatan paras kolestrol badan terutamanya bagi mereka yang sudah meningkat usia boleh dikurangkan dengan mengamalkan penggunaan Livextra, atau Red Yeast Rice, atau Pati halia. Atau juga sentiasa mengamalkan memakan bijian hitam ( Habbatus Sauda' ). Tetapi sebaik-baiknya dapatkanlah dulu maklumat kesihatan kita di hospital atau klinik berdekatan sebelum tindakan susulan tersebut dibuat.
Sedikit sahaja simpton atau petanda awal bagi peringkat awal berkaitan dengan jantung. Di antaranya adalah ;
1) Selalu Rasa Kebas-kebas kecil di bahagian anggota badan tertentu, seperti bahagian lengan ke siku atau bahagian bahu atau selalu rasa kebas kecil di bahagian belakang badan.
2) Muka agak kehitaman atau kegelapan, bukan kerana warna kulit kita gelap, tetapi keceriaan atau keserian wajah tidak ada, dan yang kelihatan adalah warna gelap di bahagian tertentu muka kita.
3) Jika kita rasa bahagian dada seperti sempit, atau senak ulu hati setelah tanda-tanda 1 dan 2 sudah agak lama (beberapa tahun), ini menunjukkan ia akan semakin serius.
Bagaimanapun tanda-tanda awal ini mungkin agak berbeza bagi sesaorang. Jika kita ada tanda-tanda 1, 2 tersebut janganlah berdiam diri. Cubalah ke klinik atau hospital untuk menyemak paras kolestrol dalam badan kita serta mendapatkan nasihat doktor. Ingat paras 8 adalah sangat-sangat cukup berbahaya. Jika sudah sampai paras 5.2, mulalah berusahalah mengurangkan memakan makanan yang mengandungi banyak lemak atau garam. Jenis lemak yang paling berbahaya biasanya terdapat dalam haiwan kerana ia jenis lemak tepu.
Perbanyakkan meminum air masak untuk megurangkan kelikatan atau kepekatan darah. Darah yang terlalu pekat memungkinkan serangan jantung yang tiba-tiba. Bagi mereka yang mementingkan hal ini, biasanya akan meminum segelas air masak setiap kali nak tidur dan setiap kali apabila bangun dari tidur.
Persoalan tambahan (10/4/09)- Benarkah Gamat Sawa dari pantai Terengganu ini dikatakan sangat baik untuk merawat sakit jantung. Caranya asah gamat sawa yang telah kering (bersama satu bunga cengkeh), dan sedikit air. Minum satu sudu asahan tersebut setiap malam. Nak cuba tak ?
Sekian Wassalam
Selamat.
Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan