


Sekali tengok macam tak boleh dipercayai yang jam saya ini adalah jam yang dibuat sekitar tahun 1970'an. Kerana nampak masih baru, macam barang baru.
Percaya atau tidak, ia sebenarnya jam lama. semua bahagian pada jam ini masih lagi yang asal. Muka depannya ia macam jam 10K buatan Jepun, enjin Miyota tu. Sekarang ia sedang di servis di kedai jam kerana ada wap air di dalamnya.
Saya agak minat juga dengan jam automatic buatan swiss yang asli. Ini kerana ketahanannya dan ketepatan masanya. Buat pengetahuan rakan, syarikat jam ini mula beroperasi pada tahun 1814. Akhirnya telah mengalami bangkrup pada akhir tahun 1987, dan telah diambil alih oleh syarikat Tag Huer. Ia pernah beberapa kali masuk dalam majallah dan akhbar di Eropah sekitar tahun 1970'an. Ia agak masyhor kerana merupakan jenis jam automatik yang sangat tepat pada masa itu. Ini kerana detik jarum saatnya (Second hand) berdetik sebanyak 36,000 kali dalam masa sehari. Jika tak silap saya enjin/movementnya dikeluarkan pada sekitar tahun 1968-1975, terhadkan!. Mengikut tukang baiki jam saya, Encik Tan, beliau mempercayai jam ini tidak dipasarkan di Malaysia. Ini kerana sepanjang beliau membaiki jam, ini adalah kali kedua dia lihat jam jenis ini. Saya sengaja mengambil gambar enjin /movement jam ini kerana kebetulan ia dibuka untuk servis.

MY COLLECTION
Tiada ulasan:
Catat Ulasan