Salam;
Maaflah hari ini baru tengok e-mel Encik X. Sebenarnya 1 minggu kebelakangan ini saya cukup-cukup sibuk, sejak balik dari KL sabtu lepas, saya rasa sekurang-kurangnya 2 minggu diperlukan untuk menyelesaikan urusan tersebut (hal lain). Sementara itu ada 3 bentuk cincin sedang dalam tempahan yg perlu disegerakan termasuk satu yang En. punya. Tak termasuk yang saya sendiri tempah. Pasal batu Firuz tu, tengoklah nanti tak sempat nak negok stok sekarang. jenis yang macam mana yg diminati. Jika saya, yg paling diminati adalah jenis yg ada tanah di bahagian bawah, colour dan kilau bahagian atas sahaja atau jenis yang berbijih (mengandungi besi). Jika jenis berbijih biasanya utk kekuatan fizikal badan. Jenis tanah di bawah adalah di antara jenis firus yang paling lama dan paling tulen, sangat baik untuk kesihatan. En. sangat perlu berhati-hati dengan menilai batu jenis ini; Biasanya yang sangat cantik adalah jenis buatan atau terbitan dan jarang yang asli. Sekarang ini terlalu banyak batu jenis firuz buatan, dan agak menakutkan. Sebab itulah saya suka terus terang dalam berjualan, batu ini asli atau tulen, buatan atau synthetic. dari pengalaman saya batu firus buatan biasanya adalah dari bahan plastik termoset. Apabila terlalu cantik, jika batu tulenpun ada diselit/attach dengan logam/warna suasa atau emas untuk kelihatan cantik, tak seperti mana warna asli emas pada batu Lapis Lazuli dari Mesir. Pernah seorang peniaga Cina memulangkan balik kesemua duit saya dan tidak mahu mengambil semula batu tersebut setelah saya membuktikan yg batu batu tersebut tidak tulen, sebaliknya 100% jenis plastik termoset. Jika nak pakai yang berkhasiat, pastikan ia tulen. Jika nak pakai yang terlalu cantik, jangan peduli pasal ketulenannya. Kerana Biasanya batu tulen yang sangat cantik adalah sangat jarang dan mahal, dan kebiasaannya jika jenis batu yang sudah tersohor harganya mungkin yang tidak mampu milik.
Sekian Wassalam dan TK
Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Sabtu, Februari 07, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan