Petang tadi saya ke Kota Bharu kerana menempah atau mencanai batu permata. Tempat ini adalah di antara yang tersohor bagi saya. Kerana tukang canainya, En. Korie adalah di antara tukang canai permata yang berpengalaman. Jika saudara berhajat mendapatkan hasil canai yang berkualiti, saya mengesyorkan pergilah ke alamat ini, bertempat di Arkid UDA, di tengah pusat bandar Kota Bharu.
Biasanya beliau bekerja 6 hari dalam seminggu kecuali hari Jumaat.
Petang ni saya sempat menempah 5 permata Marjan(Coral) putih, 6 Marjan merah, 10 kayu teras Gemungal Pulau, 5 Petersite, dan 3 Pancawarna. Minggu ini saya harap dapat disiapkan.
Terpaksalah berpenat sikit. Sebab bukan saya saja nakkan tempahan. Malah tempahan orang lain jauh lebih banyak daripada saya.
Alat membentuk batu permata yang dibeli dari Bangkok, Thailand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan