Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Januari 06, 2009

Law Of Nature

Hukum Alam menjelaskan bahawa apa sahaja perkara yang kita lakukan, diri kita sendirilah yang menerima hasilnya. Hukum Alam atau "Law of nature" adalah perkara yang tidak terlepas untuk setiap orang. Hanya orang yang tidak memandang Hak Tuhannya sahaja menggelarkan ia sebagai "hukum alam". Sebab hukum alam adalah sebenarnya hukum yang telah Tuhan tetapkan. Dengan kata lain hukum alam adalah hukum Tuhan. Kitalah yang memilih ketentuan diri kita.

Oleh kerana hakikatnya manusia adalah makhluk yang paling mulia dan paling sempurna, paling bebas, paling berdikari serta paling merdeka, maka manusia sendirilah yang membentuk dirinya. Selari ataupun tidak selari pegangan hidup, niat, perkataan, atau perbuatan kita sehari-hari terhadap kehendak Tuhan kita sendiri, maka diri kita jualah yang menerima akibatnya.

Menjalani hidup ini samalah dengan membentuk diri pada hari kemudian, iaitu membentuk diri selepas mati. Ramai yang tidak menyangka bahawa ia sedang mencorakkan dirinya sebagai seekor ular, atau babi, atau anjing, atau apa sahaja yang bukan manusia sesuci seperti ia masih bayi yang baru lahir. Kesimpulannya, menjalani hidup sebagai manusia mestilah sentiasa berwaspada, kerana peluang menjadi manusia di muka bumi ini hanya sekali , dan tidak lebih dari sekali.

Tiada ulasan: