Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Mei 06, 2011

Jika

Jika kita rasa kita merancang, maka selalulah ingat bahawa perancangan Tuhan Maha Sempurna. Hina manusia bukan kerana gagal dalam merancang, tetapi kerana terlupa perancangan PemilikNya. Mulianya manusia bukan kerana berjayanya dia dalam perancangannya, tetapi kerana redha menerima Takdir dari Penciptanya tentang apa yang dirancangkannya.

Selasa, Mei 03, 2011

InsyaAllah

Jika berkesempatan ada offer dalam masa terdekat!!!

Ahad, Mei 01, 2011

baru ada sedikit ruang mengadap PC

Perhatian untuk En Adi (Johor Darul Takzim
Saiz permata:
kiri : 15 x 7.5 x 5mm,
kanan : 13 x 8.5 x 3.5mm











yang bawah ni saiz lebih besar : saiz belum sempat ukur

Rabu, April 27, 2011

Assalamua'laikum...En. Adi

Saya minta maaf kerana benar-benar belum berkesempatan mengupload gambar berkenaan.

Jumaat, April 22, 2011

Firuz...selesa pakai kerana terapi getaran warna yang dianugerahkan

(NOT FOR SALE) Firus gambar atas,
tak cantik tapi dah bertahun saya memakainya kerana rasa selesa

SOLD

Khamis, April 21, 2011

Rasa-rasa

Kita, InsyaAllah berhak bergembira dan berbahagia di dunia dan akhirat jika hiburan kita selama ini semakin menambah rasa takut dan mendekatkan diri  kepada Allah SWT

Perhatian untuk En Helmi, Johor Bharu

SOLD
Saiz : 17 x 11 x 2 mm sesuai utk cincin saiz 18

Rabu, April 20, 2011

Tak dok idea ..... k o s o n g.....tok leh paksa tulih

Ahad, April 17, 2011

Identiti diri

Tak reti kena mengaji sampai reti, tak cukup mengaji kena mengkaji, dalam mengkaji perlu menyelongkari, selongkari diri bukanlah dengan cakap-cakap sembarangan, tapi afdhal bermuzakarah, agar fahaman dapat ditambah. Bertambah kefahamanpun Dia yang bagi, usaha kita yang sekelumit itupun dengan kehendak dan iradatNya jua. Wallahhua'lam

Sabtu, April 16, 2011

Bismillahhirrahmannirrahim

Selagi kita tidak bersungguh-sungguh memikirkan tujuan hidup ini bukanlah untuk terus selama-lamanya hidup di muka bumi ini, maka selagi itulah kita akan terhanyut oleh pelbagai mainan dan permainan yang benar-benar mengasyikkan. Ia terlalu banyak, bahkan tak terurus oleh 24 jam sehari yang kita ada. Semakin berpengalaman kita dalam bidang masing-masing, maka semakin hebat dan semakin mengasyikkan diri. Maka, apabila sahaja kaki kita mula memijak sejadah, bulatkanlah kehadiran hati kepada Tuhan Rabbula'lamin. Tumpulah dengan bersungguh-sungguh akan tujuan kembali yang sebenarnya. Buaian dunia usah dilayan di kala itu, kerana itulah masa terpenting kita dengan urusan kembali. Menulis bukan bererti telah pulih, tetapi jika kita tidak utamakan masa itu, maka bila lagi !!!!. Hal urusan dunia selepas itu pula tidak boleh sama sekali ditinggalkan. Tetapi apa yang tersurat di sejadah perlulah terus menerus dibawa di dalam kerja buat sehari-hari. Semoga semakin menghampiri...Amin.

Selasa, April 12, 2011

Keris kemuning hitam bermandi minyak Zaitun

Ini sahaja stok yang tinggal...pilihlah yang mana suka sebelum dibuka untuk orang lain.
Di antara kegunaan penting ialah menaturalkan racun dalam badan.
di antara tanda kesan keracunan ialah badan terlalu letih.
Cara : rendam air panas / asah - minum airnya
SOLD - 7" (paling atas dlm gambar )

Isnin, April 11, 2011

Ikhlaskah ?

Jika kita mampu tolong sesaorang, maka tolonglah dengan ikhlas. Buatlah apa yang hati kita rasa suka dan  mampu membuatnya. Jangan sampai perbuatan kita memudaratkan atau makan diri sendiri, atau jika kita lakukan ia disusuli dengan rasa tak puas hati. Momok di hati memungkinkan mulut mewakili...Semaklah kerja buat kita dari hari ke hari, adakah  mendekati atau menjauhi ?.  Berhati-hatilah untuk memelihara hati !

Rabu, April 06, 2011

Perhatian untuk En Mohd Alias Roni

Saiz cincin 17 dan 17.5

SOLD : 
cincin sebelah kiri saiz 17

Isnin, April 04, 2011

Biarkanlah saja

Walaupun  satu meja bersama dengan kita, tapi jika dia sedang melalut biarkan saja, jangan pula kita turut serta kerana takut akan mengeruhkan suasana. Biarkanlah ia dengan lalut dan angan-angannya. nanti ia akan sedar sendiri apabila perasaan tiada pihak yang mahu turut serta. Teruskanlah masing-masing dengan kerja yang patut.

Sabtu, April 02, 2011

Pembetulan imej untuk Opal Australia


Cubalah berlaku jujur dalam urusniaga

Kadang-kadang kita terpaksa menanggung rugi sampai 5 angka kerana ketidakjujuran dalam urusniaga. Biarlah apa yang telah lepas, ia telah berlaku. Tapi untuk seterusnya kita mestilah berhati-hati agar pisang tidak berbuah  dua kali.
Dalam urusniaga batu permata secara internet pelanggan tidak dapat menilai secara langsung (live) kerana items yang hendak dijual hanya terpapar di skreen komputer sahaja. Jika kita sebagai penjual mengambil peluang ke atas kelemahan sistem perniagaan ini, maka kita sebenarnya menganiaya diri sendiri sahaja walaupun duit masyuk!.
Contoh penipuan yang biasa berlaku di antaranya adalah seperti berikut;
1) mencipta gambar yang lebih baik daripada item sebenar
2) terang-terangan menukar nama item agar cepat laris, contohnya nama nilam/sapphire menggantikan kynite
3) mengistiharkan item sebagai asli sedangkan ianya adalah tiruan, hal ini mungkin juga akan berlaku secara tidak sengaja akibat kurang ilmu bagi peniaga.
4) melebihkan cerita dari perkara sebenar yang diketahui, macam segelintir penjual ubat di kaki lima kut ?
Setakat ini dulu !.  WallAhhua'qlam dan Wassalam .

Jumaat, April 01, 2011

Kualiti Bahan Cincin dalam blog cincinrings

Saya mengelaskan bahan cincin dalam blog ini kepada beberapa katogeri mengikut harga yang semakin meningkat dari no 1 hingga 8, iaitu seperti berikut:

1) perak 925 - sama dengan sterling silver
2) perak 925 sadur - bermakna ia telah disadurkan, biasanya saduran dengan platinum
3) perak - bermakna perak biasa( juga dipanggil perak tulen)
4) perak Aloi (aloi 985 atau aloi A 985) - lebih baik drp no 3 kerana ia telah dimasukkan bahan aloi khusus untuk menambah ketahanan dan kekuatan serta kilauan cincin
5) perak Aloi AAA 985 - bermakna bahan utama adalah perak + aloi + suasa
6) perak Aloi AAAAA 985 - bermakna bahan utama adalah perak + aloi + emas
7) perak Aloi AAAAA 985 sadur - bermakna no 6 bersadur platinum/suasa/emas
8) emas - biasanya emas 916

-Pihak kami tidak mengeluarkan tempahan untuk item no 1 dan 2
-Kami jarang menghasilkan jenis cincin no 3 (perak biasa)
-Biasanya kami mengeluarkan jenis cincin no 4 (perak aloi)

-Buat masa ini (April 2011) harga perak telah meningkat kepada sekitar RM 3700/kg.
-Harga suasa biasanya 40% - 45% daripada harga emas semasa.
-Harga upah tukang pula tidak menentu bergantung kepada kemahiran dan kesohoran tukang.

Sekian sedikit sebanyak maklumat asas penentuan harga bagi badan cincin dalam blog ini. penilaian harga ini tidak termasuk harga batu/permata utama

Tanyalah diri apakah niat kita

Sebelum bermula sesuatu pekerjaan yang baru kpd kita, atau dengan kata mudah pada peringkat angan-angan...semaklah dulu niat kita, untuk apa ? apakah untuk dapatkan wang semata-mata ?. atau koman-komanpun biarlah hujungnya berbau atau mendekati Tuhan... maknanya semampu boleh untuk mencari redhaNya?. Ingat, punca dan gerak niat itu adalah dari Allah Jua. Jadi ke mana hujung jatuh keputusan bagi niat dan perbualan yg wujud dalam hati kita sendiri semasa itu?  Ingatlah juga, pekerjaan kita akan diterjemahkan kepada orang lain melaui niat yang telah kita ikut dan atur. Jika salah persembahan dek niat yg punah, maka orang lain akan melihat dan menilai kita sebagai punah juga. Jika sebaliknya, InsyaAllah kita memperolehi berkat yang berpanjangan dari Pemilik, Seru sekelian alam ini. Wallahhua'qlam

Khamis, Mac 31, 2011

Kayakah kerana berjualan cincin atau permata, intan. berlian ?

Jawapan muktamadnya .....TIDAK !!!

















Kerana tauke gulalah yang paling kaya di M'sia..
Jawapan sebenarnya ...... kekayaan itu datang dari sisi Allah 

Delima Afrika Aloi AAA 985

Saiz cincin = 17
HOLD - Brunei D.S

Harga
RM 450

OFFER RM 400 termasuk pos 

Milik Pn. Eja, Kuala Lipis, M'sia

Aloi AAA 985


















Sold

Ahad, Mac 27, 2011

Nilam asli bicolor Ceylon - Untuk pembeli tulen sahaja

ore kelate kato 3 pekaro menne: punca api, titik warna, dan 2 warna kuning-biru bling-blur
Peringatan:
Fikir dan renung sebelum membuat keputusan membeli terutamanya item yang berharga tinggi.  Jangan kerana minat kita timbul masalah dalam keluarga pula. Pastikan keperluan kewangan yang utama didahulukan. Saya yakin semua pelanggan amat arif dalam hal ini.
biarkan indah rupa dari khabar
ON HOLD



ON HOLD



Saiz cincin 20.5, berat permata 14.22 cts saiz 16.53 x 12.13 x 8.26 mm
SOLD 27/5/10 - En. Khalid Batu Cave Selangor
Maharnya tinggi
sijil disertakan ( GHI )
sms/email shj jika rakan berminat ... 
Serious buyer only !!!

Petersite asli




RM 50

Sabtu, Mac 26, 2011

Pink Tourmaline asli - amat sesuai untuk buat cinc wanita kerana saiznya wokey

SOLD

Perhatian untuk En Fauzi dari Batu Pahat, M'sia

Terima kasih dia atas komen membina iaitu tentang kualiti gambar yang kurang memuaskan dalam blog saya. Buat pengetahuan Encik Fauzi saya sedang tunggu kedatangan Nikon Micro-Nikkor-P 55mm f/3.5 Lens yang dibeli khusus untuk memperbaiki mutu gambar, harap InsyaAllah blog ini akan lebih mengambarkan item sebenar nanti.



Jumaat, Mac 25, 2011

Siap !!..tapi belum dimiliki



Saiz cincin : no 21
Nilam BURMA : 29.32 cts,
S. batu :19.5 x 16.9 x 8.2 mm
Sijil disertakan
Harga : RM 1200
 21/8/11 - SOLD

Minggu lepas saya tidak ke Masjid Kota Bharu..................tapi

Salah se orang khatib di "masjid ini" dikhabarkan menulis sendiri skripnya untuk berkhutbah Jumaat.
Kesimpulan drp khutbahnya pada Jumaat lepas ialah:
a) Mereka yang sangat hebat dari segi teknologi dan tamaddun pemikiran, tapi tinggalkan Tuhan mereka dihancurkan
b) Kerana pada umumnya mereka mengagungkan nafsu yang selari dengan keinginan sendiri...Hancur binasa seperti kaum yang Tuhan musnahkan sebelumnya

Kesimpulan
Apabila kita melakukan dosa demi dosa, ramai pula di kalangan kita melakukan perkara yang sama secara terang-terangan....eh eh siap cukup dengan korumnya pula.....Maka, tunggulah saat kebinasaan yang kita sendirilah telah mengundangnya!.

p/s : Silalah perhatikan apakah yang sedang kita buat, dan perhatikanlah juga di sekeliling kita apakah yang orang kita sedang buat pada hari ini?. Tanyalah diri seronokkah kita ?

Ahad, Mac 20, 2011

Dikatakan baik untuk masalah jantung....

Cubalah mengamalkan minum  rebusan air kayu manis....InsyaAllah!...Allah jua yang menyembuhkan. Kesan pengamalan ini ialah badan kita agak panas....sekurang-kurangnya tak lagi sejuk untuk mandi pagi...

Dengar khabarnya....untuk pesakit leukimia atau barah darah

Untuk mengubati penyakit leukimia atau barah darah, mengikut cara bomoh kampong....Cubalah amalkan memakan belut yang ditangkap di sawah (bukan belut peliharaan utk jual), dan pantangkan memakan limau yang mencairkan darah.... Entahlah ! Tapi mana-mana yang disahkan mengalami penyakit itu cubalah dulu ! mana tahu kerana yang menyembuhkan di tangan Allah jua...

Jumaat, Mac 18, 2011

Mengenali ciri batu cutting tidak asli

Keaslian batu jenis potong (cutting) adalah di antara yang paling sukar dikenali dengan cara biasa, terutamanya apabila kualiti tiruannya pada tahap tinggi. Jika pada tahap kualiti biasa ciri-ciri tidak asli yang boleh diperhatikan di antaranya ialah :
1. Biasanya warna pelangi secara menyeluruh, sementara batu natural/semulajadi warna pelangi jika adapun hanya wujud di bahagian urat/rutile/rekah shj.
 Kecuali jenis terbitan bermutu tinggi spt gambar di bawah
 2. Bahagian sudut potongan/bucu tidak sama warna drp warna utama batu
 3. Tiada urat batu/ rutile/ cemaran/ bulu ayam atau teksturnya kelihatan terlalu bersih secara keseluruhannya ( isotonik = bersih dan jernih sekata ). Sementara batu asli yang berkualiti walaupun jernih sekata ia tetap ada sedikit pecahan urat/rutile

4. Jika berurat ia kasar, urat keputihan, atau retak buatan macam sarang labah (dipanggil GUM)
5. Jika diukur aliran haba atau ujian thermal, batu buatan berkualiti rendah akan menghasilkan bacaan kekerasan kaca (rendah). Sementara bagi batu buatan berkualiti tinggi akan menunjukkan kekerasan nilam dan delima ( skala 8.5 - 9.5 ) dan diletakkan di bawah nama nilam atau delima sintetik. Harganya tidaklah semahal batu asli, pun begitu sekitar RM 100 hingga RM 200 juga.

6. Bila dibuat ujian indeks biasan, ia akan menghasilkan bacaan yg berbeza drp nilai sebenar, kecuali batu buatan bermutu tinggi yang beharga mahal akan menunjukkan bacaan yang sama dengan batu asli. Itulah kecanggihan teknologi pembuatan batu tiruan pada masa terkini. Bagaimanapun ia tetap palsu dan akan disahkan sebagai "synthetic/tiruan" oleh makmal pengesahan permata, jangan bimbang
Contoh permata nilam sintetik berkualiti tinggi

Sekian dan Wassalam.