Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Sabtu, April 16, 2011
Bismillahhirrahmannirrahim
Selagi kita tidak bersungguh-sungguh memikirkan tujuan hidup ini bukanlah untuk terus selama-lamanya hidup di muka bumi ini, maka selagi itulah kita akan terhanyut oleh pelbagai mainan dan permainan yang benar-benar mengasyikkan. Ia terlalu banyak, bahkan tak terurus oleh 24 jam sehari yang kita ada. Semakin berpengalaman kita dalam bidang masing-masing, maka semakin hebat dan semakin mengasyikkan diri. Maka, apabila sahaja kaki kita mula memijak sejadah, bulatkanlah kehadiran hati kepada Tuhan Rabbula'lamin. Tumpulah dengan bersungguh-sungguh akan tujuan kembali yang sebenarnya. Buaian dunia usah dilayan di kala itu, kerana itulah masa terpenting kita dengan urusan kembali. Menulis bukan bererti telah pulih, tetapi jika kita tidak utamakan masa itu, maka bila lagi !!!!. Hal urusan dunia selepas itu pula tidak boleh sama sekali ditinggalkan. Tetapi apa yang tersurat di sejadah perlulah terus menerus dibawa di dalam kerja buat sehari-hari. Semoga semakin menghampiri...Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan