Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Jun 16, 2009

Contoh balasan e-mel daripada pembeli/penempah dari Belanda (Netherland)

MR X kepada saya
Tunjuk butiran 06:40 (9 jam yang lalu)
Halo Mister Fauzi,

Today i did receive the items. They are very beautiful.
One stone i did all ready paste in the ring. The other i have to do tomorrow.
Thank you very much to keep de promise and send all the item to me.
I shall look more often to your website. If there is something interessting for me i shall order again.

Till Next time

Terima Kasih Banyak,

MR X
2009/6/13 fauzi ibrahim
- Tunjuk teks yang dipetik -

P?S: Nama sebenar telah ditukar






Balas
Kirim Semula

Isnin, Jun 15, 2009

Sepetang mancari jawapan..."siapa memuji siapa"

Pada suatu petang, sambil berjalan menuju ke suatu tempat, saya bersama dengan seorang rakan niaga sedang bersembang. Tiba-tiba dari arah hadapan datang seorang tua dan berlakulah perbualan, lebih kurang begini;

Pak Cik : Adik berdua dari mana, dan nak ke mana?
Kami : Nak ke tempat menempah cincin tu..spontan dengan nada hampir serentak
Rakan : Nak ambil cincin dia, sambil menunjuk ibu jari ke arah saya. tengoklah
cincinnya, cantik dan mahal tu! itu yang dulu!
Saya : Eh! dia punya lagi cantik dan lagi mahallah!.. Kami bertiga senyum kecil
Pak Cik : Dengan nada perlahan...Siapa memuji siapa ni?. Samada adik percaya atau tidak, samada adik sedar atau tidak, Perhatikanlah dalam sembahyang..ia sentiasa tetap berlangsung!. Pak Cik nak tanya ni, puji-pujian itu dari siapa dan kepada siapa?. selagi melihat Mamat dan Dollah....Maknanya sengaja tidak nak mencari tu!...
Kami : Terngaga....Cari apa?. Pak Cik tidak menjawab sepatahpun, dia berlalu pergi begitu sahaja.
Dalam hati "Ya tak ya jugak!, ia sentiasa tetap berlangsung! siapa memuji siapa?" Mamat ke Dollah?, Dollah ke mamat? atau siapa kepada siapa? atau apa kepada apa?..hari dah petang ni....

Ahad, Jun 14, 2009

Harga cincin tempahan

Mungkin ada di kalangan penempah cincin atau peminat yang kurang biasa dengan barang tempahan. Harga tempahan mungkin terasa sikit lebih mahal daripada biasa.

Buat makluman para peminat cubalah bayangkan barang stok lama saya yang telah dibuat 1 atau 2 tahun yang lalu. Samada percaya atau tidak, biasanya sekali sessi tempahan pada masa itu adalah di antara 20 hingga 50 unit cincin. Harganya memang murah kerana tempahan ini kurang berkualiti. Harga perak atau aloi pada masa itu juga lebih rendah. maka dapatlah saya menjualnya dengan harga yang lebih rendah. Ini tempahan tempat biasa untuk keluarkan cincin dalam masa yang cepat dan pukal.

Tapi cubalah bayangkan apabila saya menerima tempahan dari peminat, yang sudah tentu mengharapkan hasil kerja tangan yang lebih berkualiti. Tentulah saya menempahnya di tempat lain yang tukangnya lebih mahir dan dapat menghasilkan pelbagai jenis material cincin, samada perak, aloi, suasa ataupun emas. tidak semua tukang boleh memenuhi kehendak ini. Begitu jugalah dengan upah yang seharusnya dibayar. Memang 2 kali atau 3 kali lebih mahal daripada tukang biasa. Itu belum dikira lagi jenis yang susah dibuat atau kompleks.

Saya terpaksa memberitahu hal ini untuk mengelakkan kekeliruan penempah. Oleh itu berfikirlah dulu sebelum membuat tempahan.

Sabtu, Jun 13, 2009

Batuk Skit......Ehm... Ehm!...

Jika kita ada berjuta-juta Rupiah. Jutawanlah tu. Tapi kayakah kita ?!!!....
Inilah yang pak cik sedang pikir pasal nilai mata wang kita....Tapi pikir saja tak dapat nak menyelesaikan masalah, eeh... I feel so bored!

Harga barang naik atau matawang kita merosot ?

Jika difikirkan tambatan matawang kita berbanding dengan USD, terasa juga kesan kerugiannya. Tapi apakan daya urusniaga peringkat global dilakukan dalam USD. Apabila USD mengalami ketidakstabilan dan kejatuhan nilai matawang, nilai RM juga turut menjunam. Jika kita kata harga barang mahal, memang benar!. Tapi yang lebih tepat kerana nilai RM yang telah tertambat itu sangat merosot sehingga kita hanya nampak HARGA BARANG NAIK!!!, HARGA BARANG NAIK !!!!.

Di sebalik kejatuhan ekonomi global dah berapa ramai peniaga yang GULUNG TIKAR. Jika harga barang naik kerana dinaikkan oleh peniaga, kenapa pula mereka gulung tikar. Sepatutnya semakin kaya raya. Renung-renungkan...

P/S:
Jika saya terpaksa menggulung tikar, Doa-doakanlah supaya saya dapat hamparkan permaidani pula.

PERHATIAN: Tempahan Cincin Musim Raya

Untuk perhatian peminat saya mencadangkan kepada yang berhajat agar tempahan cincin untuk musim raya dibuat lebih awal. Ini untuk mengelakkan daripada masalah timbunan kerja tukang. Bila sebut saja menukang cincin, kerjanya lebih lambat daripada menjahit baju melayu. Jika nak pakai baju melayu untuk musim raya biasanya kena tempah dua atau tiga bulan lebih awal. Jika tidak terpaksalah dibeli dikedai sahaja. Kerana tukang baju sudah tidak sanggup terima tempahan.

Untuk pengetahuan peminat juga, barangan cincin hiasan suasa adalah lebih mahal kerana material suasa itu sendiri. Saya terpaksa menjelaskan sedikit di sini kerana memang ada peminat yang kadang-kadang tidak tahu hal ini. Jika sebelum matawang Malaysia jatuh pada tahap sekarang. Upah bagi sebentuk cincin suasa sudahpun mencapai harga diantara RM 350 hingga RM 650 sebentuk bergantung kepada tebal/berat suasa yang digunakan, jenis ukiran dan upah tukang. Bayangkan kini pembuat cincin telahpun sedaya upaya mengekalkan harga yang termampu mungkin!.

Batu Citrine/Cempaka cut RM 80 setiap satu. Silalah pilih



Batu ini bukan jenis heat atau retreatment, warnanya agak pudar dan tidak jenis yang sangat berkilau

HARGA RUNTUH!!! RM 70 SATU

Khamis, Jun 11, 2009

Colombian Emerald Cut Drop Shape RM 350



Permata berkualiti dengan warna hijau muda SOLD

Rabu, Jun 10, 2009

CINCIN ZAMRUD ASLI AIR BERKACA RM 550









Saiz Cincin = 19
Saiz Batu = 14 x 9 x 5 mm
Warna batu hijau muda berkaca
Cincin Aloi gigi suasa
HARGA RM 550

HARGA RUNTUH!!! RM 500

Tasbeh Kemuning Hitam 100 manik besar RM 400


Antena Diri ....

Bagaimana pancaindera kita berfungsi ?. Jawapan mudah "Semulajadi" dikurniakan Tuhan. Memang benar jika kita malas nak berfikir, kerana lagipun sudah lama sejak kita mula hidup lagi ia telahpun ada bersama kita. Buat apa nak fikir buat susahkan dan peningkan kepala sahaja!. Pun begitu semua sedia maaklum bahawa ia sangat penting dan perlu dijaga senantiasa. Itu pancaindera yang lima, yang zahir. Tapi antena rasa atau antena dalaman bagaimana?.

Sebenarnya antena dalaman ini boleh diperkuatkan atau dipertajamkan. Bagaimana ?. Perhatikanlah gerak pada badan atau petanda yang diisyaratkan oleh badan kita, rasa atau gerak hati kita, hubungkait mimpi-mimpi kita terutamanya mimpi yang berlangsung di antara jam 2 hingga 6 pagi. Semua itu penting. Belajarlah mentafsir mimpi kita sendiri. Tidak sepatutnya diwar-warkan kepada sembarangan orang untuk kepastiannya.
Kesimpulannya realiti diri kita, kita sendirilah yang menguruskannya.

Selamat berusaha mempertajamkan antena ini.

Selasa, Jun 09, 2009

Contoh Change Colour Alexandrite - NOT FOR SALE




Bagaimanakah Menentukan Saiz Cincin Jari Manis Anda ?

Bagi yang pernah memakai cincin, biasanya telahpun tahu saiz cincin jari manis diri sendiri. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak pernah memakainya berkemungkinan tidak tahu saiz cincin tersebut. Kadang-kadang mungkin terlintas di fikiran untuk memiliki cincin walaupun suatu masa dahulu tidak pernah terlintas untuk memakainya. Namun oleh kerana tidak tahupun saiz cincin, maka KIV dululah niat di hati.

Saya kadang-kadang menerima e-mail daripada peminat yang tidak tahu saiz cincin untuk diri sendiri. Oleh kerana minat untuk memiliki, maka saiz cincin diukur sendiri dengan mengukur jari manis. Eh! saiz berapa tu?, silaptu sayang! kekadang pelik saiz yang diberi kerana terasa agak over!. Jika ikutkan saiz yang diberikan dah pasti kurang atau lebih sebanyak 1 hingga 6 unit dari sebenar. Sedangkan tersilap + - 1/2 (setengah) nombor sahaja boleh mengurangkan keselesaan memakainya.

Cara lebih tepat ialah dengan menggunakan suatu dawai agak tebal. Cubalah mengukur di bahagian pergelangan dalam (sendi dalam atau sendi kedua dari kuku) jari manis anda. Selepas itu ukurlah garispusat dalam ataupun ukurlilit dalamnya. Selepas dapat nilai itu, gunakanlah jadual untuk menentukan nombor saiz cincin di bahagaian bawah mukasurat pada blog ini. Selamat mencuba !.

Stok Permata Penawar Tok Wali Untuk Dijual Secara Borong



Harga borong melebihi 15 unit ialah RM 30 satu

Isnin, Jun 08, 2009

Yang Cantik....

Tak terkata bertapa relatifnya kecantikan dan keindahan mengikut masa dan rasa, diri kitalah neracanya. Jika kita sudah tiada, ke mana perginya neraca ini ?. Siapakah diri kita untuk menilai, atau nanti diri kitalah yang akan pasti dinilai oleh sebenar-benar neraca.

Ahad, Jun 07, 2009

Erti Doa

Erti doa bukanlah sekadar meminta segala-galanya yang kita ingini. Sebaliknya membuat kearah kecapaian doa itu sendiri

Mengintai Diri

Dalam mengintai kekasih biasanya sesaorang akan rabun terhadap yang lain. Begitulah juga dalam memerhati kebesaran diri yang Maha Esa makhluk haram dicampuradukkan dalam intaian kita. Semoga kita sentiasa ingat, menilai, berdoa, dan memerhati kerana Dia adalah sentiasa dalam keadaan memerhati. Selangkah kita ke hadapan dalam hal ini, Dia sudahpun "berlari" kepada kita.

Kadang-kadang

Untuk peringkat awal kadang-kadang kita perlu mengikut kata hati walaupun akibatnya agak pahit. Ini penting kerana kata orang berpengalaman, setiap yang berbunyi di luar pasti berbunyi di dalam walaupun telinga "basyirah" kita masih tuli. Jangan kisahkan dulu benar atau tidak bisikan itu jika belum pasti. Jangan pertikaikan dulu sebelum kita benar-benar dapat pengesahan, sebaliknya terimalah dulu kerana itulah realiti semasa diri kita.

Amethist cut RM 35

Sabtu, Jun 06, 2009

Jumaat, Jun 05, 2009

Light Pink Kunzite RM 120




HARGA RUNTUH!!!
RM 100

Light Pink Kunzite RM 120



HARGA RUNTUH!!! RM 100

Zamrud Colombia Asli ( Authentic Colombian Emerald )- Stok sangat terhad!



HOLD
Permata hijau agak tua air berkaca.
Harga - atas RM 650
- bawah RM 600
Maaflah rakan! Harga modal Zamrud Colombia berkualiti kini sagat mahal. Lagi satu susah nak dapat yang agak elok.

Khamis, Jun 04, 2009

Delima Burma Asli RM 150 Setiap Satu...SOLD OUT

Balik Dari Bercuti, Saya Nak Bagi OFFER Istimewa !!!!,
Pasti HARGA RUNTUH Dengan Potongan Harga Paling Istimewa


12/6/09 - HARGA RUNTUH PALING RENDAH !!!!
RM 150 setiap satu.

HARGA 2X RUNTUH!!! RM 100 SATU  (SOLD OUT)








Ahad, Mei 31, 2009

Bercuti Sekejap....kerana terapi minda!

Mulai hari Isnin, 1/6/09 hingga mungkin dua atau tiga hari lagi, saya sekeluarga tiada di rumah. Sekadar menyahut secuit daripada cuti-cuti Malaysia, rehatkan minda bercuti bersama keluarga kjap!. Terapi bersahaja ini kekadang perlu. Jadi kepada rakan atau pelanggan, jangan terasa hati jika e-mail lambat dibalas, kerana notebook saya tidak dapat berfungsi buat sementara waktu ini.

Cincin bersadur 18 karat Au atau Pt



sadur kuning;
Saiz no 15
Harga RM60
sadur putih;
Saiz no 14
harga RM30

Sabtu, Mei 30, 2009

Tik..Tek..Tik..Tek.. Debaran bakal pengantin !




Cincin emas permata Nilam kuning Ceylon, bertatahkan berlian asli, bahagian atas chrome platinum.

Tempahan bakal
"Raja Sehari"...Bukan setakat mereka berdua aje, tapi saya juga turut berdebar!. Kenapa tidaknya. Tukang tidak "dan" tangan riuh pasal barang tempahan musim pengantin. "Ronaldo" selaku penyerang utama pula tidak turun padang. Janji nak betul-betul "sharp time" tempahan mesti siap!. Indahnya Tuhan menyusunkan kerja untuk kita jalankan secara berpasukan. Nervouspun tak apalah, harap jangan kena darah tinggi.

Selasa, Mei 26, 2009

Pencuci mata tidak semestimya beharga mahal



Gambar atas:
Saiz cincin = no 20

gambar bawah:
Saiz cincin = no 16.5

Kedua-duanya perak burma bersadurkan emas 18k, berlian swiss

Harga patut RM60 setiap satu termasuk pos. tambah RM5 bagi negeri Sabah dan Sarawak

Isnin, Mei 25, 2009

Cincin Peridot synthetic wanita



Saiz cincin : no 14
Bodi Cincin Perak Burma sadur suasa
Harga RM 30
+ pos RM 10
-----------
RM 40
-----------

Sabtu, Mei 23, 2009

MATAHARI VS MATA HATI

Bissmillahirrahmanirrahim.

Walaupun jaraknya sangat jauh, cahayanya serta bahang panasnya jelas dirasai oleh kita. Tindakbalas di antara nukleus hidrogen di dalam matahari membebaskan 15 juta darjah celcius tenaga haba. Menjadikan matahari amat istimewa dan merupakan sahabat kepada manusia dan kehidupan. Merupakan sumber tenaga utama kepada kehidupan di bumi. Peranannya yang terpenting dalam menjayakan proses fotosintesis sebagai sumber tenaga dan kesinambungan kehidupan di bumi, sehinggalah orang-orang Jepun amat mengagongkannya dan melihat matahari sebagai tuhan mereka.

Kepada mereka yang mentauhidkan Allah, matahari dilihat sebagai sahabat. Setiap hari matahari memberikan peringatan, bahawa api sangat panas. Setiap hari kita dipanaskan di bawah bahangnya. Setiap hari dengan tanpa sepatah suarapun menyerukan kita bahawa api sangat panas!, neraka sangat dan amat menyeksakan!!!!. Pun begitu, kepanasan neraka bukanlah kerana mahu menyeksa manusia, tetapi merupakan proses menulenkan semula manusia daripada segala sifat kotor dan keji, mensucikan mereka kepada sifat semulajadinya, iaitu sifat suci. Proses pembersihan yang mesti dilalui oleh setiap jiwa yang kotor. Kecuali kita sudah bersih sebelum kembali, Kita sudah suci sebelum disucikan, Kita sudah sembahyang sebelum disembahyangkan, dan kita sudah mati sebelum dimatikan.

Sebaliknya mata hatilah yang melihat dan membaca semua ini. Membedakan yang benar dengan yang bathil, membedakan yang kotor dan keji dengan yang suci, membedakan laluan yang jahil dengan yang mengerti, membedakan jalan yang sesat dengan jalan yang lurus. Kealpaan dan kelalaian dikejutkan dan disuluh oleh mata ini, iaitu mata hati, kerana di situlah "Qalbumukminbaitullah"

Jumaat, Mei 22, 2009

Batu permata penawar tok wali yang baru siap - RM 60 setiap satu . Mulai Minggu depan saya bersedia untuk jualan borong






Perhatian
Pakej Harga,

1 pcs - RM60 termasuk pos, tambah RM5 untuk Sabah dan Sarawak
2 pcs - RM110
3 pcs - RM150
4 pcs - RM180
5 pcs - RM200
10pcs - RM400

Benarkah ia dikatakan mempunyai pelbagai khasiat?.
Saya tidak tahu pasal ini, dan sila rujuk orang yang lebih arif.

Blue Topaz Asli RM 500 - SOLD





Saiz cincin = no 18
Saiz permata = 16 x 11 x 7 mm
Harga RM 500

SOLD ON 12/6/09

Peridot ke Johor, Blue Topaz ke Kuala Lumpur










Hanya dua tempahan yang baru siap. Belum boleh hantar kerana hujung minggu, posmen cuti!.