Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Mei 05, 2009

Bahagian Wanitapun ada juga, merupakan cincin perak burma, bersadurkan emas 18 karat

Gambar cincin yang diminta oleh peminat, yang mengemailkan kepada saya untuk dipamerkan baru sahaja dapat di terbitkan. Itupun sebahagian sahaja, kerana buat masa ini saya belum sempat nak uruskan sepenuhnya. Tidak janji, tapi jika sempat saya cuba muatkan lagi nanti.
Sekian...

SELAMAT

PERHATIAN; SETIAP CINCIN DI BAWAH BERHARGA
RM60, KECUALI RM65 UNTUK SABAH DAN SARAWAK(TERMASUK KOS PENGANGKUTAN)


WANITA 7


Wanita 6

Wanita 5

Wanita 4

Wanita 3 - sold on 27/5/09

Wanita 2

Wanita 1




CUBALAH SEKALI DAN BANDINGKANLAH DENGAN BARANGAN YANG BERJENAMA MAHAL

Ahad, Mei 03, 2009

Bahagian Wanita...Dikenali sebagai "Perak Burma"

Assalamualaikum.

Kepada peminat barangan PERAK BURMA, Bersadur 18K emas kuning atau platinum(emas putih). Permata jenis batu syntetik / bukan asli, tetapi Synthetic yang berkualiti (Kecuali jika ada saya akan maklumkan nanti) . Buat pengetahuan semua, barangan ini tahan lama kilauannya. Satu lagi design dan saiz adalah rigid(tetap). Saya sedar gambar yang dipamerkan di sini belum dieditkan lagi. Ini sekadar untuk tatapan mata kepada pengunjung blog ini. Jika berkesempatan saya akan terbitkan secara lebih detail

Sebahagian rantai tangan dan pendant, murah tapi berkualiti




Sebagai pengenalan bahagian wanita, rantai tangan dan bangle




Khamis, April 30, 2009

Sedikit Stok ; Silalah pilih!

All gems as shown below are suitable for man rings or pendant



PERHATIAN:
Batu Mani gajah 4 segi telah dibooking pada 11.00 pm 30/04/09 SOLD(3/5/09)-SARAWAK

Rabu, April 29, 2009

KELEBIHAN PERMATA DELIMA (RUBY GEM)

Batu Delima atau Ruby (Corundum)
Kandungan Kimia = Aluminium(III)oksida = AL2O3 (*no 2dan 3 adalah angka subscript)
Warna = merah, merah-ungu
Negara Asal = Burma, Australia, Brazil, Tanzania(Benua Afrika), Sri Langka, Thailand dan India.
Kekerasan;Hardnest = 9 (Nota: paling keras ialah berlian/diamond: H = 10)

Merupakan salah satu "Raja Batu" yang tersohor. Berdasarkan pengalaman manusia, mengamalkan pemakaiannya dipercayai membekalkan kelebihan-kelebihan seperti berikut:

1) Menikmati kesihatan, kekayaan, kebebasan dan memiliki nilai atau hubungan cinta
yang baik
2) Menikmati kekuatan, kecerdasan, kerancakan, serta semangat badan yang lebih baik.
***Disarankan kepada mereka yang selalu merasa
lemah-lemah badan, selalu keletihan dan kelesuan. Namun tidak digalakkan kepada
mereka yang bersifat garang atau bengis serta berdarah gemuruh


Ia juga merupakan "batu kebahagiaan", yang dipercayai mengekalkan hubungan cinta serta meneguhkan kestabilan ekonomi.

Selain itu ia juga dikenali sebagai "batu kesuburan". Sangat digalakkan kepada wanita mengandung. Ini dipercayai akan menambahkan rasa selesa semasa mengandung, mengekalkan kesihatan si ibu serta kandungannya (Sebaik-baiknya dipakai dalam bentuk cincin atau loket)

Kelebihan Delima Star;

Memperbaiki rasa kemakmuran dalam diri. Bila kurang bermaya atau keletihan, ia mencetuskan spak kekuatan baru badan.

Kelebihan-kelebihan dalam bentuk fizikal dan kesihatan badan, biasanya akan dirasai oleh mereka yang mengamalkan pemakaian batu delima yang sesuai dengan diri masing-masing. Kerana ia memang menghasilkan terapi getaran warnanya, seperti yang saya bincangkan sebelum ini. Bagaimanapun berkaitan perkara mistik pada batu yang dipercayai oleh kumpulan-kumpulan tertentu, adalah lebih berdasarkan kepada pengalaman manusia setempat atau bangsa tertentu.

Bagi orang Islam, suatu hal yang penting untuk menjaga apa-apa juga jenis batu permata; Seelok eloknya janganlah kita membawanya bersama masuk ke dalam tandas (seolah-olah menjaga kereta supaya kelihatan sentiasa bersih dan menyegarkan pandangan, ia selalu dilap atau dipolish), atau ke tempat maksiat. Apatah lagi melakukan maksiat. Dipercayai kekuatannya akan menurun atau hilang. Ia juga makhluk yang dipercayai senantiasa berzikir kepada Tuhannya dengan caranya tersendiri. Hukum hakam agama perlulah dijaga sebaik mungkin, bukan kerana memakai batu dan mahu mendapatkan kelebihan atau mengharapkan kekuatannya agar semakin bertambah. Tetapi dilakukan dengan ikhlas terhadap Tuhan.

PERHATIAN!!!
TIAP-TIAP SESUATU KEWUJUDAN BUKAN UNTUK MENAMBAHKAN KESYIRIKAN, TETAPI UNTUK MEMANTAPKAN KEIMANAN. DIHARAP BEGITULAH HENDAKNYA....

SELAMAT

Selasa, April 28, 2009

Sedikit masalah kesihatan

Assalamualaikum,
Diharap semua penempah cincin yang dalam masa terdekat ini dapat bersabar kerana tukang utama saya sedang mengalami sedikit masalah kesihatan (mulai hari sabtu 25/4/09); Maaf kerana hal luar jangka berlaku, terutamanya kepada En Asri- cincin Emerald (Tumpat) dan En Mohd Farid-cincin Aquamarine (P.P), yang sepatutnya dapat siap pada hari Ahad 26/4/09. Kepada En Mohd Khairuddin (Kay)- cincin Blue Topaz (K.Trg), En Wahni Rizal-cincin Peridot (Johor) saya rasa dapat siap dalam tempoh yang dijangkakan.

Untuk En. Syed Khairul Firdausi
-cincin Delima (Ketereh), Saya yakin tiada masalah, 29/4/09 (rabu) dapat siap, Kecuali tukang ke dua terpenting juga sakit.

Isnin, April 27, 2009

Kadang-kadang stok boleh memeningkan kepala



Bersedia untuk dijual secara borong, Sila hubungi saya jika berminat.

Stok Nilam Asli/ Blue Sapphire




Harga RM

Stok Black Agate Yang Belum Diproses






Special Peridot - SOLD ON 8/5/09


Sila hubungi saya jika berminat.

Pembetulan 6/03/10 - Agate Yaman Asli (no 1 hingga 6), Agate cindai (cindai no 7 hingga 10). Ada Yang Sesuai Untuk Buat Ibu Loket Dan Ada Yang Sesuai Untuk Buat Cincin RM 100/pcs




Gambar barisan atas adalah sesuai untuk buat ibu loket, ada lubang dari atas ke bawah.
Gambar barisan bawah pula sesuai untuk buat cincin.
Silalah Pilih!

SOLD:
NO: 6 & 7

Stok Lapis Lazuli Yang Belum DiProses






Sesiapa berminat bolehlah call atau e-mel kepada saya

Asalkan Batu, saya jual dan beli : Siapakah pemilik gelas batu Marmar (Marble) asli dari Negara Pakistan ini ?

BARANGAN STOK TERHAD




HARGA RM 250 / SET 6 PCS (nego)_sikit-sikit je

Harga runtuh! RM 200 tak termasok belanja pos

Sabtu, April 25, 2009

Kulit tanpa isi, hampa. Isi tanpa kulit, binasa.

warna biru dan merah


Jika rakan dah ada banyak cincin, Salah satu bekas yang dipamerkan ini adalah sesuai digunakan. Harap mudahlah nak menyimpan atau mengambilnya. Tidaklah ambil masa lama mencarinya, apa lagi bila nak "Control Handsome" jari manis tu.

Salam Kepada Semua Pembaca.

Kadang-kadang apa yang hendak ditulis terasa memahitkan. Mungkin ada yang marah dengan tulisan saya kali ini, Awal-awal lagi saya mohon banyak-banyak maaf. Kerana intonasi perasaan kadang-kadang perlu ditinggikan demi meningkatkan EQ (emotional quotient ). Garang saya pada hari ini bukan berkaitan dengan wang, kerugian atau keuntungan dunia, tapi lebih dari itu.

Kata orang jika pelaburan kecil, biasalah untungnya kecil juga. Kata nelayan berpengalaman, jika nakkan ikan besar, umpannyapun haruslah besar juga. Begitulah dalam kehidupan menuju kematian. Jika mahukan hasil yang lebih baik, kerja keras haruslah diutamakan. Hidup jika buat main-main, hasilnya juga kurang bermakna. Yang paling takut jika ia menjadi sangat tidak bermakna. Apatah lagi jika mendapat penyesalan yang tidak sudah-sudah, khususnya apabila nyawa berada di hujung kerongkong. Kerana sepanjang hidup sukar memahami serta menghayati bahawa Tuhan tidak menjadikan manusia untuk sia-sia. Tanyalah diri dan renunglah lagi....

"If you continue to do what you have always done, you will always get what you've always got"....Falasafah!, Falasafah!....

Kulit tanpa isi, hampa. Isi tanpa kulit, binasa.




Begitulah kehidupan. Kuat beribadah, berpuasa, sembahyang, dan pelbagai amalan yang kelihatan warak. Baguslah tu!. Tapi, jika ramai orang di sekeliling kita terasa hati dek perkataan atau perbuatan kita, maka ramailah orang sekeliling kita semakin menghindari. Itu petanda kurang sihat.




Kenalilah watak diri kita melalui tingkah laku orang lain. Banyak memerhati, kurangkan bercakap sangat baik untuk diri walaupun itu sukar dilakukan. Selalunya kerana lalai atau terlupa. Biasalah ini berlaku lantaran hati kita belum hidup. Tapi bila ingat harap jiwa kita semakin berubah.




Janganlah marah sangat bila masih gagal. Kerana kegagalan tetap ada di mana-mana. Takkanlah sepanjang pahit langsung tiada kemanisannya. Kerana lumrah naluri manusia biasanya bukan begitu. Setiap perjalanan yang pahit diharap berhujungkan manis. Dalam kiasan lain, cubalah renungkan dengan kata-kata ini "Bila dah agak berumur atau dewasa begini, takkanlah kita masih nak makan aiskrim jenis murahan seperti zaman kita masih kanak-kanak dulu!.