Pada suatu petang, sambil berjalan menuju ke suatu tempat, saya bersama dengan seorang rakan niaga sedang bersembang. Tiba-tiba dari arah hadapan datang seorang tua dan berlakulah perbualan, lebih kurang begini;
Pak Cik : Adik berdua dari mana, dan nak ke mana?
Kami : Nak ke tempat menempah cincin tu..spontan dengan nada hampir serentak
Rakan : Nak ambil cincin dia, sambil menunjuk ibu jari ke arah saya. tengoklah
cincinnya, cantik dan mahal tu! itu yang dulu!
Saya : Eh! dia punya lagi cantik dan lagi mahallah!.. Kami bertiga senyum kecil
Pak Cik : Dengan nada perlahan...Siapa memuji siapa ni?. Samada adik percaya atau tidak, samada adik sedar atau tidak, Perhatikanlah dalam sembahyang..ia sentiasa tetap berlangsung!. Pak Cik nak tanya ni, puji-pujian itu dari siapa dan kepada siapa?. selagi melihat Mamat dan Dollah....Maknanya sengaja tidak nak mencari tu!...
Kami : Terngaga....Cari apa?. Pak Cik tidak menjawab sepatahpun, dia berlalu pergi begitu sahaja.
Dalam hati "Ya tak ya jugak!, ia sentiasa tetap berlangsung! siapa memuji siapa?" Mamat ke Dollah?, Dollah ke mamat? atau siapa kepada siapa? atau apa kepada apa?..hari dah petang ni....