Saya mengelaskan bahan cincin dalam blog ini kepada beberapa katogeri mengikut harga yang semakin meningkat dari no 1 hingga 8, iaitu seperti berikut:
1)
perak 925 - sama dengan sterling silver
2)
perak 925 sadur - bermakna ia telah disadurkan, biasanya saduran dengan platinum
3)
perak - bermakna perak biasa( juga dipanggil perak tulen)
4)
perak Aloi (aloi 985 atau aloi A 985) - lebih baik drp no 3 kerana ia telah dimasukkan bahan aloi khusus untuk menambah ketahanan dan kekuatan serta kilauan cincin
5)
perak Aloi AAA 985 - bermakna bahan utama adalah perak + aloi + suasa
6)
perak Aloi AAAAA 985 - bermakna bahan utama adalah perak + aloi + emas
7)
perak Aloi AAAAA 985 sadur - bermakna no 6 bersadur platinum/suasa/emas
8)
emas - biasanya emas 916
-Pihak kami tidak mengeluarkan tempahan untuk item no 1 dan 2
-Kami jarang menghasilkan jenis cincin no 3 (perak biasa)
-Biasanya kami mengeluarkan jenis cincin no 4 (perak aloi)
-Buat masa ini (April 2011) harga perak telah meningkat kepada sekitar RM 3700/kg.
-Harga suasa biasanya 40% - 45% daripada harga emas semasa.
-Harga upah tukang pula tidak menentu bergantung kepada kemahiran dan kesohoran tukang.
Sekian sedikit sebanyak maklumat asas penentuan harga bagi badan cincin dalam blog ini. penilaian harga ini tidak termasuk harga batu/permata utama