Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

Jumaat, April 22, 2011
Khamis, April 21, 2011
Rasa-rasa
Kita, InsyaAllah berhak bergembira dan berbahagia di dunia dan akhirat jika hiburan kita selama ini semakin menambah rasa takut dan mendekatkan diri kepada Allah SWT
Ahad, April 17, 2011
Identiti diri
Tak reti kena mengaji sampai reti, tak cukup mengaji kena mengkaji, dalam mengkaji perlu menyelongkari, selongkari diri bukanlah dengan cakap-cakap sembarangan, tapi afdhal bermuzakarah, agar fahaman dapat ditambah. Bertambah kefahamanpun Dia yang bagi, usaha kita yang sekelumit itupun dengan kehendak dan iradatNya jua. Wallahhua'lam
Sabtu, April 16, 2011
Bismillahhirrahmannirrahim
Selagi kita tidak bersungguh-sungguh memikirkan tujuan hidup ini bukanlah untuk terus selama-lamanya hidup di muka bumi ini, maka selagi itulah kita akan terhanyut oleh pelbagai mainan dan permainan yang benar-benar mengasyikkan. Ia terlalu banyak, bahkan tak terurus oleh 24 jam sehari yang kita ada. Semakin berpengalaman kita dalam bidang masing-masing, maka semakin hebat dan semakin mengasyikkan diri. Maka, apabila sahaja kaki kita mula memijak sejadah, bulatkanlah kehadiran hati kepada Tuhan Rabbula'lamin. Tumpulah dengan bersungguh-sungguh akan tujuan kembali yang sebenarnya. Buaian dunia usah dilayan di kala itu, kerana itulah masa terpenting kita dengan urusan kembali. Menulis bukan bererti telah pulih, tetapi jika kita tidak utamakan masa itu, maka bila lagi !!!!. Hal urusan dunia selepas itu pula tidak boleh sama sekali ditinggalkan. Tetapi apa yang tersurat di sejadah perlulah terus menerus dibawa di dalam kerja buat sehari-hari. Semoga semakin menghampiri...Amin.
Selasa, April 12, 2011
Keris kemuning hitam bermandi minyak Zaitun
Ini sahaja stok yang tinggal...pilihlah yang mana suka sebelum dibuka untuk orang lain.
Di antara kegunaan penting ialah menaturalkan racun dalam badan.
di antara tanda kesan keracunan ialah badan terlalu letih.
Cara : rendam air panas / asah - minum airnya
SOLD - 7" (paling atas dlm gambar )

Isnin, April 11, 2011
Ikhlaskah ?
Jika kita mampu tolong sesaorang, maka tolonglah dengan ikhlas. Buatlah apa yang hati kita rasa suka dan mampu membuatnya. Jangan sampai perbuatan kita memudaratkan atau makan diri sendiri, atau jika kita lakukan ia disusuli dengan rasa tak puas hati. Momok di hati memungkinkan mulut mewakili...Semaklah kerja buat kita dari hari ke hari, adakah mendekati atau menjauhi ?. Berhati-hatilah untuk memelihara hati !
Rabu, April 06, 2011
Isnin, April 04, 2011
Biarkanlah saja
Walaupun satu meja bersama dengan kita, tapi jika dia sedang melalut biarkan saja, jangan pula kita turut serta kerana takut akan mengeruhkan suasana. Biarkanlah ia dengan lalut dan angan-angannya. nanti ia akan sedar sendiri apabila perasaan tiada pihak yang mahu turut serta. Teruskanlah masing-masing dengan kerja yang patut.
Sabtu, April 02, 2011
Cubalah berlaku jujur dalam urusniaga
Kadang-kadang kita terpaksa menanggung rugi sampai 5 angka kerana ketidakjujuran dalam urusniaga. Biarlah apa yang telah lepas, ia telah berlaku. Tapi untuk seterusnya kita mestilah berhati-hati agar pisang tidak berbuah dua kali.
Dalam urusniaga batu permata secara internet pelanggan tidak dapat menilai secara langsung (live) kerana items yang hendak dijual hanya terpapar di skreen komputer sahaja. Jika kita sebagai penjual mengambil peluang ke atas kelemahan sistem perniagaan ini, maka kita sebenarnya menganiaya diri sendiri sahaja walaupun duit masyuk!.
Contoh penipuan yang biasa berlaku di antaranya adalah seperti berikut;
1) mencipta gambar yang lebih baik daripada item sebenar
2) terang-terangan menukar nama item agar cepat laris, contohnya nama nilam/sapphire menggantikan kynite
3) mengistiharkan item sebagai asli sedangkan ianya adalah tiruan, hal ini mungkin juga akan berlaku secara tidak sengaja akibat kurang ilmu bagi peniaga.
4) melebihkan cerita dari perkara sebenar yang diketahui, macam segelintir penjual ubat di kaki lima kut ?
Setakat ini dulu !. WallAhhua'qlam dan Wassalam .

Jumaat, April 01, 2011
Kualiti Bahan Cincin dalam blog cincinrings
Saya mengelaskan bahan cincin dalam blog ini kepada beberapa katogeri mengikut harga yang semakin meningkat dari no 1 hingga 8, iaitu seperti berikut:
1) perak 925 - sama dengan sterling silver
2) perak 925 sadur - bermakna ia telah disadurkan, biasanya saduran dengan platinum
3) perak - bermakna perak biasa( juga dipanggil perak tulen)
4) perak Aloi (aloi 985 atau aloi A 985) - lebih baik drp no 3 kerana ia telah dimasukkan bahan aloi khusus untuk menambah ketahanan dan kekuatan serta kilauan cincin
5) perak Aloi AAA 985 - bermakna bahan utama adalah perak + aloi + suasa
6) perak Aloi AAAAA 985 - bermakna bahan utama adalah perak + aloi + emas
7) perak Aloi AAAAA 985 sadur - bermakna no 6 bersadur platinum/suasa/emas
8) emas - biasanya emas 916
-Pihak kami tidak mengeluarkan tempahan untuk item no 1 dan 2
-Kami jarang menghasilkan jenis cincin no 3 (perak biasa)
-Biasanya kami mengeluarkan jenis cincin no 4 (perak aloi)
-Buat masa ini (April 2011) harga perak telah meningkat kepada sekitar RM 3700/kg.
-Harga suasa biasanya 40% - 45% daripada harga emas semasa.
-Harga upah tukang pula tidak menentu bergantung kepada kemahiran dan kesohoran tukang.
Sekian sedikit sebanyak maklumat asas penentuan harga bagi badan cincin dalam blog ini. penilaian harga ini tidak termasuk harga batu/permata utama

Label:
Ehwal semasa,
Kualiti cincin
Tanyalah diri apakah niat kita
Sebelum bermula sesuatu pekerjaan yang baru kpd kita, atau dengan kata mudah pada peringkat angan-angan...semaklah dulu niat kita, untuk apa ? apakah untuk dapatkan wang semata-mata ?. atau koman-komanpun biarlah hujungnya berbau atau mendekati Tuhan... maknanya semampu boleh untuk mencari redhaNya?. Ingat, punca dan gerak niat itu adalah dari Allah Jua. Jadi ke mana hujung jatuh keputusan bagi niat dan perbualan yg wujud dalam hati kita sendiri semasa itu? Ingatlah juga, pekerjaan kita akan diterjemahkan kepada orang lain melaui niat yang telah kita ikut dan atur. Jika salah persembahan dek niat yg punah, maka orang lain akan melihat dan menilai kita sebagai punah juga. Jika sebaliknya, InsyaAllah kita memperolehi berkat yang berpanjangan dari Pemilik, Seru sekelian alam ini. Wallahhua'qlam
Khamis, Mac 31, 2011
Kayakah kerana berjualan cincin atau permata, intan. berlian ?
Jawapan muktamadnya .....TIDAK !!!
Kerana tauke gulalah yang paling kaya di M'sia..
Jawapan sebenarnya ...... kekayaan itu datang dari sisi Allah
Kerana tauke gulalah yang paling kaya di M'sia..
Jawapan sebenarnya ...... kekayaan itu datang dari sisi Allah
Ahad, Mac 27, 2011
Nilam asli bicolor Ceylon - Untuk pembeli tulen sahaja
ore kelate kato 3 pekaro menne: punca api, titik warna, dan 2 warna kuning-biru bling-blur
Peringatan:
Fikir dan renung sebelum membuat keputusan membeli terutamanya item yang berharga tinggi. Jangan kerana minat kita timbul masalah dalam keluarga pula. Pastikan keperluan kewangan yang utama didahulukan. Saya yakin semua pelanggan amat arif dalam hal ini.
biarkan indah rupa dari khabar

ON HOLD
ON HOLD
Saiz cincin 20.5, berat permata 14.22 cts saiz 16.53 x 12.13 x 8.26 mm
SOLD 27/5/10 - En. Khalid Batu Cave Selangor
SOLD 27/5/10 - En. Khalid Batu Cave Selangor
Maharnya tinggi
Sabtu, Mac 26, 2011
Perhatian untuk En Fauzi dari Batu Pahat, M'sia
Terima kasih dia atas komen membina iaitu tentang kualiti gambar yang kurang memuaskan dalam blog saya. Buat pengetahuan Encik Fauzi saya sedang tunggu kedatangan Nikon Micro-Nikkor-P 55mm f/3.5 Lens yang dibeli khusus untuk memperbaiki mutu gambar, harap InsyaAllah blog ini akan lebih mengambarkan item sebenar nanti.
Jumaat, Mac 25, 2011
Siap !!..tapi belum dimiliki
Minggu lepas saya tidak ke Masjid Kota Bharu..................tapi
Salah se orang khatib di "masjid ini" dikhabarkan menulis sendiri skripnya untuk berkhutbah Jumaat.
Kesimpulan drp khutbahnya pada Jumaat lepas ialah:
a) Mereka yang sangat hebat dari segi teknologi dan tamaddun pemikiran, tapi tinggalkan Tuhan mereka dihancurkan
b) Kerana pada umumnya mereka mengagungkan nafsu yang selari dengan keinginan sendiri...Hancur binasa seperti kaum yang Tuhan musnahkan sebelumnya
Kesimpulan
Apabila kita melakukan dosa demi dosa, ramai pula di kalangan kita melakukan perkara yang sama secara terang-terangan....eh eh siap cukup dengan korumnya pula.....Maka, tunggulah saat kebinasaan yang kita sendirilah telah mengundangnya!.
p/s : Silalah perhatikan apakah yang sedang kita buat, dan perhatikanlah juga di sekeliling kita apakah yang orang kita sedang buat pada hari ini?. Tanyalah diri seronokkah kita ?

Ahad, Mac 20, 2011
Dikatakan baik untuk masalah jantung....
Cubalah mengamalkan minum rebusan air kayu manis....InsyaAllah!...Allah jua yang menyembuhkan. Kesan pengamalan ini ialah badan kita agak panas....sekurang-kurangnya tak lagi sejuk untuk mandi pagi...
Dengar khabarnya....untuk pesakit leukimia atau barah darah
Untuk mengubati penyakit leukimia atau barah darah, mengikut cara bomoh kampong....Cubalah amalkan memakan belut yang ditangkap di sawah (bukan belut peliharaan utk jual), dan pantangkan memakan limau yang mencairkan darah.... Entahlah ! Tapi mana-mana yang disahkan mengalami penyakit itu cubalah dulu ! mana tahu kerana yang menyembuhkan di tangan Allah jua...
Jumaat, Mac 18, 2011
Mengenali ciri batu cutting tidak asli
Keaslian batu jenis potong (cutting) adalah di antara yang paling sukar dikenali dengan cara biasa, terutamanya apabila kualiti tiruannya pada tahap tinggi. Jika pada tahap kualiti biasa ciri-ciri tidak asli yang boleh diperhatikan di antaranya ialah :
1. Biasanya warna pelangi secara menyeluruh, sementara batu natural/semulajadi warna pelangi jika adapun hanya wujud di bahagian urat/rutile/rekah shj.
Kecuali jenis terbitan bermutu tinggi spt gambar di bawah
Kecuali jenis terbitan bermutu tinggi spt gambar di bawah
3. Tiada urat batu/ rutile/ cemaran/ bulu ayam atau teksturnya kelihatan terlalu bersih secara keseluruhannya ( isotonik = bersih dan jernih sekata ). Sementara batu asli yang berkualiti walaupun jernih sekata ia tetap ada sedikit pecahan urat/rutile
5. Jika diukur aliran haba atau ujian thermal, batu buatan berkualiti rendah akan menghasilkan bacaan kekerasan kaca (rendah). Sementara bagi batu buatan berkualiti tinggi akan menunjukkan kekerasan nilam dan delima ( skala 8.5 - 9.5 ) dan diletakkan di bawah nama nilam atau delima sintetik. Harganya tidaklah semahal batu asli, pun begitu sekitar RM 100 hingga RM 200 juga.
6. Bila dibuat ujian indeks biasan, ia akan menghasilkan bacaan yg berbeza drp nilai sebenar, kecuali batu buatan bermutu tinggi yang beharga mahal akan menunjukkan bacaan yang sama dengan batu asli. Itulah kecanggihan teknologi pembuatan batu tiruan pada masa terkini. Bagaimanapun ia tetap palsu dan akan disahkan sebagai "synthetic/tiruan" oleh makmal pengesahan permata, jangan bimbang

Contoh permata nilam sintetik berkualiti tinggi
Sekian dan Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)