Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Mac 18, 2011

Mengenali ciri batu cutting tidak asli

Keaslian batu jenis potong (cutting) adalah di antara yang paling sukar dikenali dengan cara biasa, terutamanya apabila kualiti tiruannya pada tahap tinggi. Jika pada tahap kualiti biasa ciri-ciri tidak asli yang boleh diperhatikan di antaranya ialah :
1. Biasanya warna pelangi secara menyeluruh, sementara batu natural/semulajadi warna pelangi jika adapun hanya wujud di bahagian urat/rutile/rekah shj.
 Kecuali jenis terbitan bermutu tinggi spt gambar di bawah
 2. Bahagian sudut potongan/bucu tidak sama warna drp warna utama batu
 3. Tiada urat batu/ rutile/ cemaran/ bulu ayam atau teksturnya kelihatan terlalu bersih secara keseluruhannya ( isotonik = bersih dan jernih sekata ). Sementara batu asli yang berkualiti walaupun jernih sekata ia tetap ada sedikit pecahan urat/rutile

4. Jika berurat ia kasar, urat keputihan, atau retak buatan macam sarang labah (dipanggil GUM)
5. Jika diukur aliran haba atau ujian thermal, batu buatan berkualiti rendah akan menghasilkan bacaan kekerasan kaca (rendah). Sementara bagi batu buatan berkualiti tinggi akan menunjukkan kekerasan nilam dan delima ( skala 8.5 - 9.5 ) dan diletakkan di bawah nama nilam atau delima sintetik. Harganya tidaklah semahal batu asli, pun begitu sekitar RM 100 hingga RM 200 juga.

6. Bila dibuat ujian indeks biasan, ia akan menghasilkan bacaan yg berbeza drp nilai sebenar, kecuali batu buatan bermutu tinggi yang beharga mahal akan menunjukkan bacaan yang sama dengan batu asli. Itulah kecanggihan teknologi pembuatan batu tiruan pada masa terkini. Bagaimanapun ia tetap palsu dan akan disahkan sebagai "synthetic/tiruan" oleh makmal pengesahan permata, jangan bimbang
Contoh permata nilam sintetik berkualiti tinggi

Sekian dan Wassalam.

Jumaat, Mac 11, 2011

Kemaskanlah yang longgar

Berapa kerapkah kita terlupa disebalik badan dan nama mereka, iaitu mamat, dollah, deris, si anu dan dan si anu yang setiap hari kita berurusan dengan mereka. kepada siapa kita rasa suka atau marah itu?. Di lapangan hidup seharian kita sering tertipu dengan "bodi" si polan dan si anu. dalam kata lain kita sering menuduh kepada diri yang bukan sebenar. Diri dan Kuasa Tuhanlah yang kita mungkin sering terlupa seketika semasa berurusan. Hairan !!! . Kenapa ? kerana hati kita masih lalai .... ayuh kemaskan diri!!!!

POLYCHROMIC AGATE - MACAM PANCAWARNALAH!







Harga ; RM 100 setiap satu

Ahad, Mac 06, 2011

nantikan kedatangan terbaru marjan atlantik dengan harga mampu milik !!!

Sabtu, Mac 05, 2011

Harta tersembunyi

Dalam mengejar arus kemajuan kehidupan termasuk harta (yang kemudian pasti kita tinggalkannya), janganlah kita lupa dengan harta yang benar-benar bernilai kepada kita iaitu harta tersenbunyi, ia telah tersedia diistiharkan oleh Pencipta yang Qadim, yang maksudnya lebih kurang "Aku adalah harta tersembunyi yang amat suka dikenali, maka akupun mencipta alam ini,.........................".... lagi...carilah sendiri ya sebab saya kurang ingat maksud sepenuhnya .

Pentingkah menjadi pakar batu permata ?

Ada kelebihannya jika kita arif pasal batu permata. Tetapi kita tak perlu bimbang jika kita bukan pakar batu permata, kerana yang lebih afdal ialah kita ambil berat tentang permata di hati sendiri. Hitam, kelabu, putih atau cerahnya ia terletak kepada usaha dan ikthiar yang telah kita buat. Majulah hati demi menuju kematian.

Jumaat, Mac 04, 2011

Firuz Tibet asli



Diri terFiraun

Bila pejalan tersalah mengaku terjadilah makhluk mengaku diri sebagai tuhan. Ingatlah pada kita segala sifat kedaifan, kulit akan berkedut, uban semakin bertambah, badan semakin lemah, dan kita bakal mati dan keturunan jenis mati. Kenapa tak ubah semua itu mengikut kehendak hati kita jika kita benar ?. Jadi isihlah hal yang sepatut diisih. kenalilah diri....Hilang empat, hilanglah darjat....Walahaulawalaquataillabillahiilali'yila'zim....

Khamis, Mac 03, 2011

Kepada rakan yang bertanyakan pasal jam, tunggu sikit punya jam atau sikit hari lagi
 maaf kerana biasan cahaya hijau..hari ini shj yg sempat upload

Salah siapa ? kasihan......

Dah lama berguru sampai naik uban, tapi tabiat mahu bercakap kitalah yang lebih, jadual kehadiran bendengar pula kitalah yang penuh. Tapi apa yang diajar dan disuruh guru kita buat acuh tak acuh sahaja. Dihalau gurupun kita tetap pergi juga. Dibagitahu dah tak ada apa-apa lagi yang nak dibagitahupun kita macam tak faham-faham juga !, terlalu asyik dengan kehebatan guru. Selalu nak duduk dalam denak guru, berenggang sikitpun tak boleh. Kasihanlah diri dan kasihanlah guru, jadilah murid yang sebenar yang mengamalkan apa yang disuruh, bukan murid yang menambah cuka pada luka.

Ahad, Februari 27, 2011

Maklumat batu permata

Sebenarnya lama sungguh saya tidak menulis atau menyentuh maklumat mengenai batu permata. Bukanlah kerana tak mahu berkongsi ilmu dan maklumat tetapi ada sebab-sebab tertentu, di antara  sebab utama ialah:
1) Masa saya amat terhad didepan PC
2) Maklumat yang hendak disampaikan mestilah betul, tepat dan sudah edit
3) Tugas terhadap kerja hakiki perlu di utamakan, tahun ini tambahan tugas adalah lebih daripada biasa. Kekangan informasi dan pemfokusan terhadap penulisan dalam blog dengan sendirinya menjadi terhad
4) saya sedang menguruskan pembinaan rumah sendiri, jadual IT ( ikut terlintas ) saya cukup padat buat masa ini. Mungkin apabila siap nanti tumpuan saya terhadap blog kembali pulih..Insyaallah. Jangkaannya lebih kurang 10 bulan lagi.
Kesimpulannya, bersabar-sabar dahulu, bersipu-sipu lagi....

Sabtu, Februari 26, 2011

Baru siap tempah

Sekali sekala perlu ada untuk koleksi sendiri. Nilam Ceylon asli unheated, untreated
NOT FOR SALE

Jumaat, Februari 25, 2011

Persoalan sikap orang kita

Membuat soalan biasanya lebih susah daripada mencari jawapan. Kerana jika soalan yang salah, penyelesaian kepada masalah tidak akan wujud.

Contoh soalan;
Kenapa umumnya orang kita tidak maju seperti orang lain ?
Contoh jawapan;
Kerana umumnya sikap kita sentiasa ada negatif satu langkah, sedangkan orang yang maju mereka positif tiga langkah ke hadapan.

Misterinya laluan pejalan

Alam Misteri kerap kali melalaikan pejalanan kita menuju destinasi. Biasanya alam ini amat menarik kepada naluri kita. Kerap kali alam ini akan membuatkan kita seolah-olah berada di alam syurga. Pelbagai tawaran menarik  akan dihidangkan berdasarkan minat atau dengan kata lain kelemahan sesaorang. Ramai yang terleka lama di situ tetapi bukan itu destinasi sebenar.

Kejar megejar

Pagi ini tersembang melalui talipon dengan seorang sahabat, kesimpulan dari perbualan ringkas ini ialah;
Kejar dunia, pitih, wang ringgit, harta...dia akan lari...kita dapat susah, dapat kelam kabut, dapat habuk!.
Kejar kesohoran, glamour, nama, pangkat....kita dapat hina, dipandang rendah.
Kejar nafsu lagi jadi semakin terburu-buru ...... Akhirnya BenGONGGG....
Maka kejarlah yang Selayaknya. Nanti yang orang kejar itu akan mengejar kita.
p/s :
Orang yang menyedari dirinya sedang terlena adalah lebih baik daripada mereka yang rasa sedar dalam lena.

Delima Burma Asli - star - sold out

SOLD OUT




Rega RM 250/pc WAW MURAH Wei...OFFER NOK SELOK !!!!

SOLD ; No 1, 2, 3, 4
SOLD OUT

Khamis, Februari 24, 2011

Perhatikan...Wajah Siapakah di sebalik senyuman ?

Isnin, Februari 21, 2011

toing-toing

Bila doh banyok halo pada rimau, FIP diutamakan. kijo hakiki, kijo tapok umoh, kijo gotu, kijo goni, kijo gitu, kijo gini, sibok benar sehari duo nih!....upload tergendala buat seketika. Harap Maaf kerana siaran tergendala.

Sabtu, Februari 19, 2011

Terima kasih kepada pengirim dari Shah Alam


pandangan mata selalunya menipu
pandangan akal selalunya tersasar
pandangan nafsu selalunya melulu


AWAS

The Crack Cocaine of Auction Sites

Jumaat, Februari 18, 2011

Sempitnya pintu ke fasa hakikat

Mengintai Kekasih Yang Dekat tidak semudah mencari barang fizikal yang kita dapat lihat dengan mata lendir, yang dapat kita pilih dengan sewenang-wenangnya. Lihatlah di dalam pemerhatian mata hati. Gunalah sepenuh pemerhatian rasa kerana pintunya amat sempit dan ia memerlukan pengorbanan serta penumpuan yang bulat. Laluannya amat sempit di depan dan lorongnya semakin terbuka ke hadapan. Jika tersilap laluan kembalilah kepada penasihat di dalam rasa.....jika belum terjumpa carilah guru murshid (berpengalaman) yang berupa manusia biasa.

Isnin, Februari 14, 2011

monolog 4 pagi

Kata si alim apa yang dilihat semuanya bohong belaka, pun begitu tidak semudah bicara kerana ta'akluk di kepala sangat berbeza bicaranya dengan ta'akluk di dada..biarkanlah mereka berperang..kerana itu lumrah seorang manusia..bermadah berpujangga berpantun berseloka..ayuh bisikkanlah kepada diri Walahaulawalaquataillabillhahilaliyila'zim !!!!....

Sabtu, Februari 12, 2011

Jumaat, Februari 11, 2011

Corn Flower Blue Ceylon Sapphire asli +- 2.5 cts saiz cincin 16.5

     Corn Flower Blue Ceylon Sapphire ~ 2.5 cts, Saiz cincin 16.5. Harga RM 1800/= (Fix price)
                                      14/2/11 - hold - SOLD

Khamis, Februari 10, 2011

fokus

tanpa fokus apa yang dibuat akan menjadi ala kadar sahaja...kasihan...

Rabu, Februari 09, 2011

Menghargai nilai keletihan diri

Perjalanan bathiniah umumnya amat meletihkan, jesteru itu rugilah jika tersasar destinasi. Ramai orang rasa bangga dengan dapatan yang amat mengujakan tetapi ia hanyalah sekadar habuan berbentuk sementara. Habuan sementara kepada pejalan ini sebenarnya pengeliru yang menghijabkan perjalanan. Letih dan meletihkan

Isnin, Februari 07, 2011

Zamrud Burma asli RM 70.00/pc

    SOLD : C,

Berjalan-jalan di tepi pantai, dan menuju ke tanah rata. Nostalgia yang mungkin menarik....