Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Rabu, Mac 16, 2011
Selasa, Mac 15, 2011
Isnin, Mac 14, 2011
Jumaat, Mac 11, 2011
Kemaskanlah yang longgar
Berapa kerapkah kita terlupa disebalik badan dan nama mereka, iaitu mamat, dollah, deris, si anu dan dan si anu yang setiap hari kita berurusan dengan mereka. kepada siapa kita rasa suka atau marah itu?. Di lapangan hidup seharian kita sering tertipu dengan "bodi" si polan dan si anu. dalam kata lain kita sering menuduh kepada diri yang bukan sebenar. Diri dan Kuasa Tuhanlah yang kita mungkin sering terlupa seketika semasa berurusan. Hairan !!! . Kenapa ? kerana hati kita masih lalai .... ayuh kemaskan diri!!!!
Rabu, Mac 09, 2011
Sabtu, Mac 05, 2011
Harta tersembunyi
Dalam mengejar arus kemajuan kehidupan termasuk harta (yang kemudian pasti kita tinggalkannya), janganlah kita lupa dengan harta yang benar-benar bernilai kepada kita iaitu harta tersenbunyi, ia telah tersedia diistiharkan oleh Pencipta yang Qadim, yang maksudnya lebih kurang "Aku adalah harta tersembunyi yang amat suka dikenali, maka akupun mencipta alam ini,.........................".... lagi...carilah sendiri ya sebab saya kurang ingat maksud sepenuhnya .
Pentingkah menjadi pakar batu permata ?
Ada kelebihannya jika kita arif pasal batu permata. Tetapi kita tak perlu bimbang jika kita bukan pakar batu permata, kerana yang lebih afdal ialah kita ambil berat tentang permata di hati sendiri. Hitam, kelabu, putih atau cerahnya ia terletak kepada usaha dan ikthiar yang telah kita buat. Majulah hati demi menuju kematian.
Jumaat, Mac 04, 2011
Diri terFiraun
Bila pejalan tersalah mengaku terjadilah makhluk mengaku diri sebagai tuhan. Ingatlah pada kita segala sifat kedaifan, kulit akan berkedut, uban semakin bertambah, badan semakin lemah, dan kita bakal mati dan keturunan jenis mati. Kenapa tak ubah semua itu mengikut kehendak hati kita jika kita benar ?. Jadi isihlah hal yang sepatut diisih. kenalilah diri....Hilang empat, hilanglah darjat....Walahaulawalaquataillabillahiilali'yila'zim....
Khamis, Mac 03, 2011
Salah siapa ? kasihan......
Dah lama berguru sampai naik uban, tapi tabiat mahu bercakap kitalah yang lebih, jadual kehadiran bendengar pula kitalah yang penuh. Tapi apa yang diajar dan disuruh guru kita buat acuh tak acuh sahaja. Dihalau gurupun kita tetap pergi juga. Dibagitahu dah tak ada apa-apa lagi yang nak dibagitahupun kita macam tak faham-faham juga !, terlalu asyik dengan kehebatan guru. Selalu nak duduk dalam denak guru, berenggang sikitpun tak boleh. Kasihanlah diri dan kasihanlah guru, jadilah murid yang sebenar yang mengamalkan apa yang disuruh, bukan murid yang menambah cuka pada luka.
Isnin, Februari 28, 2011
Ahad, Februari 27, 2011
Maklumat batu permata
Sebenarnya lama sungguh saya tidak menulis atau menyentuh maklumat mengenai batu permata. Bukanlah kerana tak mahu berkongsi ilmu dan maklumat tetapi ada sebab-sebab tertentu, di antara sebab utama ialah:
1) Masa saya amat terhad didepan PC
2) Maklumat yang hendak disampaikan mestilah betul, tepat dan sudah edit
3) Tugas terhadap kerja hakiki perlu di utamakan, tahun ini tambahan tugas adalah lebih daripada biasa. Kekangan informasi dan pemfokusan terhadap penulisan dalam blog dengan sendirinya menjadi terhad
4) saya sedang menguruskan pembinaan rumah sendiri, jadual IT ( ikut terlintas ) saya cukup padat buat masa ini. Mungkin apabila siap nanti tumpuan saya terhadap blog kembali pulih..Insyaallah. Jangkaannya lebih kurang 10 bulan lagi.
Kesimpulannya, bersabar-sabar dahulu, bersipu-sipu lagi....
1) Masa saya amat terhad didepan PC
2) Maklumat yang hendak disampaikan mestilah betul, tepat dan sudah edit
3) Tugas terhadap kerja hakiki perlu di utamakan, tahun ini tambahan tugas adalah lebih daripada biasa. Kekangan informasi dan pemfokusan terhadap penulisan dalam blog dengan sendirinya menjadi terhad
4) saya sedang menguruskan pembinaan rumah sendiri, jadual IT ( ikut terlintas ) saya cukup padat buat masa ini. Mungkin apabila siap nanti tumpuan saya terhadap blog kembali pulih..Insyaallah. Jangkaannya lebih kurang 10 bulan lagi.
Kesimpulannya, bersabar-sabar dahulu, bersipu-sipu lagi....
Sabtu, Februari 26, 2011
Jumaat, Februari 25, 2011
Persoalan sikap orang kita
Membuat soalan biasanya lebih susah daripada mencari jawapan. Kerana jika soalan yang salah, penyelesaian kepada masalah tidak akan wujud.
Contoh soalan;
Kenapa umumnya orang kita tidak maju seperti orang lain ?
Contoh jawapan;
Kerana umumnya sikap kita sentiasa ada negatif satu langkah, sedangkan orang yang maju mereka positif tiga langkah ke hadapan.
Contoh soalan;
Kenapa umumnya orang kita tidak maju seperti orang lain ?
Contoh jawapan;
Kerana umumnya sikap kita sentiasa ada negatif satu langkah, sedangkan orang yang maju mereka positif tiga langkah ke hadapan.
Misterinya laluan pejalan
Alam Misteri kerap kali melalaikan pejalanan kita menuju destinasi. Biasanya alam ini amat menarik kepada naluri kita. Kerap kali alam ini akan membuatkan kita seolah-olah berada di alam syurga. Pelbagai tawaran menarik akan dihidangkan berdasarkan minat atau dengan kata lain kelemahan sesaorang. Ramai yang terleka lama di situ tetapi bukan itu destinasi sebenar.
Kejar megejar
Pagi ini tersembang melalui talipon dengan seorang sahabat, kesimpulan dari perbualan ringkas ini ialah;
Kejar dunia, pitih, wang ringgit, harta...dia akan lari...kita dapat susah, dapat kelam kabut, dapat habuk!.
Kejar kesohoran, glamour, nama, pangkat....kita dapat hina, dipandang rendah.
Kejar nafsu lagi jadi semakin terburu-buru ...... Akhirnya BenGONGGG....
Maka kejarlah yang Selayaknya. Nanti yang orang kejar itu akan mengejar kita.
p/s :
Orang yang menyedari dirinya sedang terlena adalah lebih baik daripada mereka yang rasa sedar dalam lena.
Kejar dunia, pitih, wang ringgit, harta...dia akan lari...kita dapat susah, dapat kelam kabut, dapat habuk!.
Kejar kesohoran, glamour, nama, pangkat....kita dapat hina, dipandang rendah.
Kejar nafsu lagi jadi semakin terburu-buru ...... Akhirnya BenGONGGG....
Maka kejarlah yang Selayaknya. Nanti yang orang kejar itu akan mengejar kita.
p/s :
Orang yang menyedari dirinya sedang terlena adalah lebih baik daripada mereka yang rasa sedar dalam lena.
Isnin, Februari 21, 2011
toing-toing
Bila doh banyok halo pada rimau, FIP diutamakan. kijo hakiki, kijo tapok umoh, kijo gotu, kijo goni, kijo gitu, kijo gini, sibok benar sehari duo nih!....upload tergendala buat seketika. Harap Maaf kerana siaran tergendala.
Ahad, Februari 20, 2011
Sabtu, Februari 19, 2011
Terima kasih kepada pengirim dari Shah Alam
pandangan mata selalunya menipu
pandangan akal selalunya tersasar
pandangan nafsu selalunya melulu
Jumaat, Februari 18, 2011
Sempitnya pintu ke fasa hakikat
Mengintai Kekasih Yang Dekat tidak semudah mencari barang fizikal yang kita dapat lihat dengan mata lendir, yang dapat kita pilih dengan sewenang-wenangnya. Lihatlah di dalam pemerhatian mata hati. Gunalah sepenuh pemerhatian rasa kerana pintunya amat sempit dan ia memerlukan pengorbanan serta penumpuan yang bulat. Laluannya amat sempit di depan dan lorongnya semakin terbuka ke hadapan. Jika tersilap laluan kembalilah kepada penasihat di dalam rasa.....jika belum terjumpa carilah guru murshid (berpengalaman) yang berupa manusia biasa.
Isnin, Februari 14, 2011
monolog 4 pagi
Kata si alim apa yang dilihat semuanya bohong belaka, pun begitu tidak semudah bicara kerana ta'akluk di kepala sangat berbeza bicaranya dengan ta'akluk di dada..biarkanlah mereka berperang..kerana itu lumrah seorang manusia..bermadah berpujangga berpantun berseloka..ayuh bisikkanlah kepada diri Walahaulawalaquataillabillhahilaliyila'zim !!!!....
Sabtu, Februari 12, 2011
Jumaat, Februari 11, 2011
Corn Flower Blue Ceylon Sapphire asli +- 2.5 cts saiz cincin 16.5
Corn Flower Blue Ceylon Sapphire ~ 2.5 cts, Saiz cincin 16.5. Harga RM 1800/= (Fix price)
14/2/11 -hold - SOLD
14/2/11 -
Khamis, Februari 10, 2011
Rabu, Februari 09, 2011
Menghargai nilai keletihan diri
Perjalanan bathiniah umumnya amat meletihkan, jesteru itu rugilah jika tersasar destinasi. Ramai orang rasa bangga dengan dapatan yang amat mengujakan tetapi ia hanyalah sekadar habuan berbentuk sementara. Habuan sementara kepada pejalan ini sebenarnya pengeliru yang menghijabkan perjalanan. Letih dan meletihkan
Isnin, Februari 07, 2011
Ahad, Februari 06, 2011
Pandangan dari se orang sahabat mengenai nasib penjual batu permata di KB
Sunday, February 06, 2011
Bila mereka mula berleluasa....
Sedih juga mengenangkan nasib peniaga-peniaga permata Melayu di KB. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, jualan semakin slow tambahan pula kehadiran penjual-penjual haram dari Myanmar merumitkan lagi keadaan. Segenap lorong dan tempat jualan permata kini dikuasai oleh mereka. Apa sudah jadi dengan agensi penguatkuasaan. Kalau sama bangsa pun tak boleh tolong... susahlah.
Otak berlemak
Otak manusia memang kelihatan penuh berlemak, sesuailah dengan kerjayanya mencari hal-hal yang melemakkan kita. Dari lemak yang berkualiti rendah hinggalah lemak yang berkualiti tinggi yang tidak akan habis-habis kreavitinya. Hebatnya ciptaan kepada kita makhluk yang bernama manusia yang tinggal di muka bumi ini semata-mata untuk diuji. Jadi janganlah diikutkan semua kreaviti yang ada pada kelebihan otak kita, kerana ia sebenarnya ta'akluk iblis. Jadi cubalah mencari dan membuka lembaran hati pada diri rasa yang juga dianugerahkan kepada kita...kerana beriman kita bukan dengan otak tetapi dengan rasa di hati. Qalbumukminbaittillah. Wallahhua'lam....
Sabtu, Februari 05, 2011
Pandangan mata Vs pandangan rasa
Pandangan mata lendir kita tempat tafsirnya di otak. Sehebat manapun tafsiran otak kita ia adalah lebih memfokuskan hal berkaitan dunia. Sedangkan pandangan rasa tempat tafsirnya adalah di hati. hitam hati kita hitamlah tafsirannya, putih hati kita putihlah tafsirannya pula. Ambillah yang putih agar kita mengharungi hidup yang lebih bermakna dan meningkatkan pengukuhan kekayaan insaniah. Wallahhua'lam.
Bila dah terasa diri baik
Masalah besar bila hati dah rasa baik, diri kitalah yang baik, maka tenggelamlah kita di dalam perasaan sendiri. Bukanlah nak suruh jadi jahat pula, tetapi berusaha memperbaiki diri dan hati sendiri itupun masih terkebawah daripada nafsu mutmainnah...bererti bila terasa diri baik faham-faham sajalah...
Jumaat, Februari 04, 2011
Berdoa atau tidak ?
Ada orang yang sentiasa meminta segala yang diinginkan dengan Tuhannya, meminta begitu dan meminta begini mengikut kehendak hatinya. Ada juga jenis orang yang kerana takut terasa sombong akan meminta dengan Tuhannya. Namun ada pula manusia yang tak meminta kerana rasa malu untuk meminta. Dirasanya takut-takut mahu mengajar Tuhan, sedangkan hak Tuhannya belum dilaksanakan. Dia akan cuba menunaikan hak Tuhannya kerana ia yakin haknya pasti akan Tuhan tunaikan. Apapun intipati daripada Al-Quran, Allah menyeru kepada orang-orang yang beriman supaya memohon kepadaNya dan akan menunaikan permohonan mereka. Tetapi dalam bab memohon keampunan pula, Rasulullah S.A.W sendiri sentiasa memohon keampunan dari Allah sebanyak seratus kali sehari. Wallahua'lam. Bagaimana dengan kita ? Berdoa atau tidak ?
Khamis, Februari 03, 2011
Rabu, Februari 02, 2011
Sesungguhnya demi masa.....
Janganlah bertangguh di usia muda dalam menuntut ilmu, carilah dan tuntutlah ilmu usul sebelum sifat kita mengusuli diri kita selepas kita tiada di dunia ini !!!
Otak macam beku bila lama tidak mencatat
Mungkin ramai yang tidak berkesempatan ke kutub dunia atau ke puncak Everest.Namun mencari jati diri yang telah gersang dari naluri keinsanan tidaklah di sana, dan ia tidak jauh dari diri kita sendiri. Lebih afdhal jika kita memanfaatkan lebih masa di majlis-majlis ilmu atau di atas sejadah. Merenung dengan diri yang semakin menghampiri "magrid", kubur kata mari rumah kata pergi.....namun urusan dunia juga sememangnya tidak akan putus-putus, jangan pula kita abaikan tanggung jawab kita sebagai siapapun kita.... Khususkanlah dalam hal menuju alam kubur, kerasulanlah ikutan yang mesti. Dia jualah yang tetap memimpin diri kita sendiri. Sesal dahulu pendapatan...
Langgan:
Catatan (Atom)