Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

Khamis, Julai 09, 2009
Tempahan cincin Sg Nil dah siap, tidak dituntut oleh penempah
Milik saudara kita dari Shah Alam.
Oleh kerana cincintempahan ini tidak dituntut dengan tanpa apa-apa bayaran dibuat, maka mulai hari ini 2/9/09 ia di buka untuk jualan kepada umum
Selasa, Julai 07, 2009
Isnin, Julai 06, 2009
Ahad, Julai 05, 2009
"Mujurnya!..." atau "nasib baiknya!"....
Di kalangan masyarakat melayu, perkataan "mujur" sering kali terungkap di bibir mulut, terutamanya apabila terselamat daripada apa-apa juga bentuk kerugian yang lebih besar. Baik bentuk kesakitan, kerosakan, kesedihan, kewangan, kehilangan, atau apa juga bentuk kengsengsaraan samada zahir ataupun batin. Di kala kengsengsaraan ini tidak terus menerus ke arah yang lebih serius, maka kerap kalilah kita merasa nasib masih menyebelahi diri kita. Perkataan "mujur" atau "nasib baik" inilah yang sering terucap dan kerap kali pula berlaku secara spontan.
Cubalah diamkan diri dan renungkan sejenak, dari manakah punca datangnya ucapan itu sehingga terkeluar dibibir mulut kita sendiri..... takkanlah ia datang dari orang lain atau dari luar tubuh kita. Pastilah dari dalam diri kita. Seperti salah satu daripada lirik dalam lagu M.Nasir "Kebenaran itu ada di dalam". Tanpa renung dan perhati kita mungkin sangat rugi kerana tidak memerhatikan perkara penting yang diajar oleh jiwa kita, yang dijelmakan di mulut, dan dipaparkan di telinga. Semua anggota tadi adalah paling dekat dengan diri kita. Takkanlah ia untuk orang lain. Pastilah untuk diri kita sendiri. Hebatnya jiwa kita mengajar kita jika kita memerhati....Siapakah lagi pada diri kita yang mampu menterjemahkannya jika bukan diri hati yang putih.
Cubalah panjangkan rasa "mujur" tadi lebih sedikit, yakni dengan jiwa kita
ke hadirat Illahi, Tuhan yang kita semua akui. Ia tidak memanjangkan ujian itu ke tahap yang kita tidak mampu. Tanyalah lagi diri sendiri, tidakkah sebenarnya jiwa kita mengajar ke arah erti "syukur" dan "redha" kepadaNya?.

Sabtu, Julai 04, 2009
Jumaat, Julai 03, 2009
Colombian Emerald Cut
SOLD = Drop shape cut sold on 17/3/09
HARGA RUNTUH!!!!
PERMATA EMPAT SEGI PANJANG RM 300
PERMATA EMPAT SEGI PENDEK RM 250
SOLD OUT !!!
Label:
Loose gemstone,
Zamrud/emerald
Khamis, Julai 02, 2009
Bab puja memuja.......
Memang lumrah manusia, suka sangat memuja sesuatu. Tapi harap janganlah tersalah puja. takut-taku yang dipuja lebih hina daripada diri yang memuja.
Dah tahu!... tahu tak apa!
Dah tahu!... tahu tak apa!
Rabu, Julai 01, 2009
JANGAN SEKALI-KALI BERPUTUS HARAP
Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, perkara yang paling penting adalah menuju kematian. Oleh itu diharap janganlah kita berputus harap dalam berdoa, dalam ingat dan zikir kepada yang Maha Berhak, walaupun di tahap atau bentuk seburuk manapun kita. Takut-takut dalam penzahiran akhirat nanti kita tergolong ke dalam golongan yang menyesal atau paling menyesal!. Wanau'zubillah. Di antara kata-kata seorang yang saya anggap arif berkata "Tuhan sangat suka kepada orang yang selalu mengadu kepadanya, walaupun kita menuduh kepadaNya, itu adalah lebih baik daripada menuduh kepada yang lain" .... renung dan intailah!
Selasa, Jun 30, 2009
Kecubong/amethist cut ( batu asli ) RM 35 satu
Isnin, Jun 29, 2009
Ahad, Jun 28, 2009
Sabtu, Jun 27, 2009
Jumaat, Jun 26, 2009
Khamis, Jun 25, 2009
Rabu, Jun 24, 2009
Selasa, Jun 23, 2009
Silalah jamah sedikit juadah dari Kerabubersuara ini
KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK MANUSIA
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya [TERUSKAN MEMBACA ->>]
Posted by kerabu at 6/23/2009 03:00:00 PM , Links to this post , 0 comments

Isnin, Jun 22, 2009
Kenapa dan mengapa ?
Ini teka teki biasa;
Berikut adalah mengenai harga otak bangsa bangsa tersohor di peringkat dunia,
Yahudi RM 80
Inggeris RM 150
Melayu RM 2500
Soalannya
Kenapa otak bangsa lain telah banyak susut nilainya?
Mengapa pula otak orang melayu masih terlalu tinggi nilainya?

Langgan:
Catatan (Atom)