Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

Jumaat, Jun 12, 2009
Khamis, Jun 11, 2009
Rabu, Jun 10, 2009
CINCIN ZAMRUD ASLI AIR BERKACA RM 550
Antena Diri ....
Bagaimana pancaindera kita berfungsi ?. Jawapan mudah "Semulajadi" dikurniakan Tuhan. Memang benar jika kita malas nak berfikir, kerana lagipun sudah lama sejak kita mula hidup lagi ia telahpun ada bersama kita. Buat apa nak fikir buat susahkan dan peningkan kepala sahaja!. Pun begitu semua sedia maaklum bahawa ia sangat penting dan perlu dijaga senantiasa. Itu pancaindera yang lima, yang zahir. Tapi antena rasa atau antena dalaman bagaimana?.
Sebenarnya antena dalaman ini boleh diperkuatkan atau dipertajamkan. Bagaimana ?. Perhatikanlah gerak pada badan atau petanda yang diisyaratkan oleh badan kita, rasa atau gerak hati kita, hubungkait mimpi-mimpi kita terutamanya mimpi yang berlangsung di antara jam 2 hingga 6 pagi. Semua itu penting. Belajarlah mentafsir mimpi kita sendiri. Tidak sepatutnya diwar-warkan kepada sembarangan orang untuk kepastiannya.
Kesimpulannya realiti diri kita, kita sendirilah yang menguruskannya.
Selamat berusaha mempertajamkan antena ini.

Selasa, Jun 09, 2009
Bagaimanakah Menentukan Saiz Cincin Jari Manis Anda ?
Bagi yang pernah memakai cincin, biasanya telahpun tahu saiz cincin jari manis diri sendiri. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak pernah memakainya berkemungkinan tidak tahu saiz cincin tersebut. Kadang-kadang mungkin terlintas di fikiran untuk memiliki cincin walaupun suatu masa dahulu tidak pernah terlintas untuk memakainya. Namun oleh kerana tidak tahupun saiz cincin, maka KIV dululah niat di hati.
Saya kadang-kadang menerima e-mail daripada peminat yang tidak tahu saiz cincin untuk diri sendiri. Oleh kerana minat untuk memiliki, maka saiz cincin diukur sendiri dengan mengukur jari manis. Eh! saiz berapa tu?, silaptu sayang! kekadang pelik saiz yang diberi kerana terasa agak over!. Jika ikutkan saiz yang diberikan dah pasti kurang atau lebih sebanyak 1 hingga 6 unit dari sebenar. Sedangkan tersilap + - 1/2 (setengah) nombor sahaja boleh mengurangkan keselesaan memakainya.
Cara lebih tepat ialah dengan menggunakan suatu dawai agak tebal. Cubalah mengukur di bahagian pergelangan dalam (sendi dalam atau sendi kedua dari kuku) jari manis anda. Selepas itu ukurlah garispusat dalam ataupun ukurlilit dalamnya. Selepas dapat nilai itu, gunakanlah jadual untuk menentukan nombor saiz cincin di bahagaian bawah mukasurat pada blog ini. Selamat mencuba !.

Isnin, Jun 08, 2009
Yang Cantik....
Tak terkata bertapa relatifnya kecantikan dan keindahan mengikut masa dan rasa, diri kitalah neracanya. Jika kita sudah tiada, ke mana perginya neraca ini ?. Siapakah diri kita untuk menilai, atau nanti diri kitalah yang akan pasti dinilai oleh sebenar-benar neraca.
Ahad, Jun 07, 2009
Erti Doa
Erti doa bukanlah sekadar meminta segala-galanya yang kita ingini. Sebaliknya membuat kearah kecapaian doa itu sendiri
Mengintai Diri
Dalam mengintai kekasih biasanya sesaorang akan rabun terhadap yang lain. Begitulah juga dalam memerhati kebesaran diri yang Maha Esa makhluk haram dicampuradukkan dalam intaian kita. Semoga kita sentiasa ingat, menilai, berdoa, dan memerhati kerana Dia adalah sentiasa dalam keadaan memerhati. Selangkah kita ke hadapan dalam hal ini, Dia sudahpun "berlari" kepada kita.
Kadang-kadang
Untuk peringkat awal kadang-kadang kita perlu mengikut kata hati walaupun akibatnya agak pahit. Ini penting kerana kata orang berpengalaman, setiap yang berbunyi di luar pasti berbunyi di dalam walaupun telinga "basyirah" kita masih tuli. Jangan kisahkan dulu benar atau tidak bisikan itu jika belum pasti. Jangan pertikaikan dulu sebelum kita benar-benar dapat pengesahan, sebaliknya terimalah dulu kerana itulah realiti semasa diri kita.
Sabtu, Jun 06, 2009
Jumaat, Jun 05, 2009
Zamrud Colombia Asli ( Authentic Colombian Emerald )- Stok sangat terhad!
Khamis, Jun 04, 2009
Delima Burma Asli RM 150 Setiap Satu...SOLD OUT
Ahad, Mei 31, 2009
Bercuti Sekejap....kerana terapi minda!
Mulai hari Isnin, 1/6/09 hingga mungkin dua atau tiga hari lagi, saya sekeluarga tiada di rumah. Sekadar menyahut secuit daripada cuti-cuti Malaysia, rehatkan minda bercuti bersama keluarga kjap!. Terapi bersahaja ini kekadang perlu. Jadi kepada rakan atau pelanggan, jangan terasa hati jika e-mail lambat dibalas, kerana notebook saya tidak dapat berfungsi buat sementara waktu ini.
Sabtu, Mei 30, 2009
Tik..Tek..Tik..Tek.. Debaran bakal pengantin !
Cincin emas permata Nilam kuning Ceylon, bertatahkan berlian asli, bahagian atas chrome platinum.
Tempahan bakal
"Raja Sehari"...Bukan setakat mereka berdua aje, tapi saya juga turut berdebar!. Kenapa tidaknya. Tukang tidak "dan" tangan riuh pasal barang tempahan musim pengantin. "Ronaldo" selaku penyerang utama pula tidak turun padang. Janji nak betul-betul "sharp time" tempahan mesti siap!. Indahnya Tuhan menyusunkan kerja untuk kita jalankan secara berpasukan. Nervouspun tak apalah, harap jangan kena darah tinggi.
Selasa, Mei 26, 2009
Pencuci mata tidak semestimya beharga mahal
Isnin, Mei 25, 2009
Cincin Peridot synthetic wanita
Sabtu, Mei 23, 2009
MATAHARI VS MATA HATI
Bissmillahirrahmanirrahim.
Walaupun jaraknya sangat jauh, cahayanya serta bahang panasnya jelas dirasai oleh kita. Tindakbalas di antara nukleus hidrogen di dalam matahari membebaskan 15 juta darjah celcius tenaga haba. Menjadikan matahari amat istimewa dan merupakan sahabat kepada manusia dan kehidupan. Merupakan sumber tenaga utama kepada kehidupan di bumi. Peranannya yang terpenting dalam menjayakan proses fotosintesis sebagai sumber tenaga dan kesinambungan kehidupan di bumi, sehinggalah orang-orang Jepun amat mengagongkannya dan melihat matahari sebagai tuhan mereka.
Kepada mereka yang mentauhidkan Allah, matahari dilihat sebagai sahabat. Setiap hari matahari memberikan peringatan, bahawa api sangat panas. Setiap hari kita dipanaskan di bawah bahangnya. Setiap hari dengan tanpa sepatah suarapun menyerukan kita bahawa api sangat panas!, neraka sangat dan amat menyeksakan!!!!. Pun begitu, kepanasan neraka bukanlah kerana mahu menyeksa manusia, tetapi merupakan proses menulenkan semula manusia daripada segala sifat kotor dan keji, mensucikan mereka kepada sifat semulajadinya, iaitu sifat suci. Proses pembersihan yang mesti dilalui oleh setiap jiwa yang kotor. Kecuali kita sudah bersih sebelum kembali, Kita sudah suci sebelum disucikan, Kita sudah sembahyang sebelum disembahyangkan, dan kita sudah mati sebelum dimatikan.
Sebaliknya mata hatilah yang melihat dan membaca semua ini. Membedakan yang benar dengan yang bathil, membedakan yang kotor dan keji dengan yang suci, membedakan laluan yang jahil dengan yang mengerti, membedakan jalan yang sesat dengan jalan yang lurus. Kealpaan dan kelalaian dikejutkan dan disuluh oleh mata ini, iaitu mata hati, kerana di situlah "Qalbumukminbaitullah"

Jumaat, Mei 22, 2009
Batu permata penawar tok wali yang baru siap - RM 60 setiap satu . Mulai Minggu depan saya bersedia untuk jualan borong
Khamis, Mei 21, 2009
Tasbeh sederhana besar (99 pcs) dan kecil (165 pcs) milik Encik Masagoes - Singapura
Rabu, Mei 20, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)