Persepsi minda yg betul2 sihat dan selari dengan kehendak hati kecil manusia yg bertauhidkan akidah agama yg kukuh amat sukar dibina.
Minda manusia diajar dan dilatih dengan persepsi semasa yg ada di sekeliling mereka puluhan tahun sebelum mereka mencapai usia 40 atau 50 tahun. Dan persepsi ini sentiasa berubah mengikut arus perkembangan semasa yg sering berubah dan dianggap sentiasa maju ke depan.
Ini menjadikan orang yg beberapa generasi terdahulu kurang atau tidak memahami banyak maksud percakapan daripada orang yang terkemudian. Sebab utamanya adalah persepsi yg berbeza akibat perubahan tersebut.
Benar perubahan persepsi ini sentiasa melanda kehidupan manusia sejagat. Namun perubahan kepada hati kecil manusia yg bertauhid akidah yg benar tidak pernah berubah malah ia semakin mantap dan kukuh. Ini kerana ia memiliki nilainya yang tersendiri yang sentiasa mengingatkan keadaan diri manusia sebagai hamba.
Percaturan kehidupan manusia adalah untuk merubah persepsi negatif terhadap hati kecilnya kepada nilai tulennya. Ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan kecuali kebanyakannya adalah kerana terpaksa. Sebabnya ialah kerana kita sentiasa merasakan persepsi kita sentiasa positif kepada diri kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan