Batu
permata macam juga orang. Walaupun tersohor dari Kashmir sekalipun, tapi bila dah
tak cantik, kualiti rendah, orang kashmir sendiri tidak pandang, orang
lain apa lagi. Tapi bila dah asli, cantik, berkualiti tinggi, zamrud
zambiapun sangat mahal. Ibarat Selipar
orang berdahi licin kerap menjadi igauan di minda manusia yang lalu
lalang di depan tangga:..
Kalam Sing Waliwar@TV myfb ..hehe...
Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

Ahad, Disember 29, 2013
Khamis, Disember 26, 2013
Sabtu, Disember 21, 2013
Di antara delima asli yang menarik
Orang orang kita memang agak kagum dengan "Delima Burma", tetapi delima Burma telaga lama itu sudah sangat jarang sampai ke negara kita kini. Ramai di antara peniaga dari Burma sendiri tidak berkemampuan untuk modal dan berjualan. Akhirnya rata-rata daripada mereka terpaksa membeli dan menjual permata delima dari telaga baru/muda sahaja. Khabarnya hasil dagangan galian bumi Burma sebahagian besarnya telah dikuasai oleh orang-orang China (dari negara benua tua itu) sejak beberapa tahun lepas.
Berita sensasi terkini yang menjadi pilihan pemain-pemain permata jenis delima ialah dari Kenya (Afrika), delima Hunza (Pakistan), dan delima Jagdalek (Afghanistan), termasuk juga dari Kashmir. Kebanyakan delima itu masih dalam wajah permata galian aslinya, dan tidak dimasukkan kaca plumbum. Bagaimanapun kebanyakan batu delima dari tempat tempat itu jarang di pakai oleh-orang kita kerana harganya! WAW!!!...

Rabu, Disember 11, 2013
Zamrud Panjshir Tip Top mentah boleh mencapai nilai $20,000(USD) sebatang.
Sesiapa yang memang kaya boehlah ke Jaipur, India untuk menyertai lelongan batuan zamrud Panjshir, yang dibuat setiap tahun di sana. Zamrud Tip top Panjshir, Afghanistan...Kadang kadang lebih mahal daripada tip top Colombia.
Ciri tip top Zamrud Panjshir yang sangat jelas ialah siaznya panjang (Ada yang terkeliru dengan batuan mentah tourmalin hijau..haha..), nisbah sepadan yang biasa bagi panjang:lebar ialah 3:1 .Bersih cleans loops, warna terang, tekstur air batu(ais) macam berjeli...melekit-lekit dan menenangkan mata pemerhati...Harga?...huH!!!....jangan tanya...Saya pernah terkejut komodo pada peringkat awal, batuan mentah belum buat apa apa...berat 18 carat = $ 51, 000(USD)....memang pakaian jutawan sahaja...haha....
Sekadar info tentang Raja Batu....Jangan tanya dengan saya pasal nak beli batu ini!...kita boleh tengok gambar kira ok, maaf kerana saya tidak berniat memandang rendah kepada sesiapa...

Khamis, Disember 05, 2013
alahai zamrud Panjshir kualiti cabochon
Modal besar, risiko juga besar. untung belum tentu.
32 carat panjshir
3 bentuk panjshir
2 bentuk permata yang gelap ini bukan Panjshir tapi Swat kualiti cabochon
Panjshir besar...dengan flash
Modal besar, risiko juga besar.
Panjshir besar...tanpa flash (gambar bawah)

Rabu, Disember 04, 2013
Sesuaikan jenis ikatan dengan saiz batu.
Untuk batu permata yang lebih besar, tidak perlu kita menempah badan cincin yang lebar. Ini akan menampakkan ketidaksesuaian. Pemakai nampak seperti tok bomoh saja...hehe...jangan marah gurau saja. Kadang-kadang keinginan planggan saya tidak begitu selari dengan pendapat tukang yang mahir. Apapun apabila barang siap yang ditunjuk kepada penempah, biasanya mereka akan terus setuju dengan sentuhan air tangan tukang. Alhamdulillah.
Sementara untuk batuan yang kecil kita patut membuatkan badan cincin sedikit lebih lebar untuk menyerlahkan cincin. Apapun jika saiz badan cincin yang tidak lebar, ia masih sesuai.

Selasa, Disember 03, 2013
PETUA RUGI
Sudah menjadi lumrah dalam perniagaan. Ada untung, ada rugi. Kadang-kadang bila kita membeli dan tak dapat menjual kerana kelemahan sendiri, mungkn terpaksa menanggung rugi sampai lima angka. apa boleh kita buat?. nak buang semua yang dah jadi milik kita? Jangan...
Jangan kita tambah kerugian kita. Jual sajalah walaupun dengan harga murah. Dah rugi secupak jangan sampai rugi segantang.

pakar
Jika kita bukan pengkaji, cukuplah jadi perujuk kepada pengkaji.
Jika kita cakap apa yang kita kurang tahu, orang akan terkeliru. Lebih baik orang tidak mengenali kita daripada tersohor dengan yang buruk

Apa beza pakai dengan pemakai
Gambar memberikan seribu makna...
Bermaklumatkah kita dalam permainan batu permata?
Sejauh mana kita berpengalaman..
Saya juga tidak pandai pasal batuan
Jika memberikan pendapat, harap jangan sampai meninggi suara.
Hargailah milik orang
Jangan kita menghentam orang lain punya!
Hanya untuk melarisan jualan kita

Khamis, November 28, 2013
Bilakah orang kita akan mampu?
Di antara sampel batu mentah yang belum mampu
diusahakan oleh orang kita. Memang tip top tapi kaedah facet
sahaja...kecilnya 0.5 -3 cts, jika ada lagi besar saiz tip top ini
baram, harga bukan lagi berkadar terus tapi berkadar 10 kuasa 27.
Justeru itulah tak muat dek keinginan orang kita. Kita suka yang besar
comel dan murah...Saya sendiri rasa macam tidak mampu dan tidak pula
sanggup menjual atau memakai yang sintetik. Rasa saya nama batu buatan
atau sintetiknya ialah byron @ bayron..mungkin.
Ini pula yang asli: Harga tip top facet grade ini RM 400/carat (untuk harga setiap satu), tiada yang besar. Sila lihat duit 5 sen sebagai perbandingan ukuran. gambar semua batu ialah 50 carat.
Bulih kiro...supo demo kato!...hehe......menne ore lebih diut buat koleksi..ambo penjual sahaja WAW!!!...
Gambar 5 ketul batu di sebelah kiri duit, dan terdekat dengan mata pemerhati itu adalah dari grade ke 2. Yang lain bewarna gelap adalah grade tip top facet seperti di atas.

Sabtu, November 23, 2013
Peridot offer RM 60/carat
Kata salah sa orang daripada ustaz yang juga
sahabat saya (dulu dia belajar di sana), orang Arab suka pakai "zamrud
pagi", yang memang lebih dikenali sebagai zabarjad atau peridot. Kepada
mereka inilah zamrud!!!.....Betul ke tu ?...Wallahhua'qlam...Kita nak pakainya boleh juga (saya pembekal)...tapi jangan nak perasaan atau koya jadi tok arab pulak..hehe..
Jika rakan dan sahabat terlebih duit bolehlah pm..70/cts...jahatnyo!..hehe...
Ambo boleh offer ke RM 60/carat sahaja. Maaf itu sahaja yang saya ddapat bagi
Saiz cabochon yang paling besar dalam gambar di sebelah kiri ini
adalah sekitar 17.XX carat
Bermakna rakan telah jimat RM 170

Jumaat, November 22, 2013
Warna permata dan hubungannya dengan sifat garam dari sudut kimia.
Garam mengikut ilmu kimia ialah suatu sebatian ionik yang terbentuk daripada ion logam dan ion bukan logam. Pelbagai gabungan unsur logam dan bukan logam ini pula akan membentuk pelbagai jenis garam. Apapun untuk memudahkan kita mengkaji garam, ia di kelaskan kepada dua, iaitu jenis larut dan tidak larut.
Contoh mudah garam larut adalah garam dapur (natrium klorida - pepejal putih) dan garam natrium iodida yang mudah diperolehi di hospital. Contoh garam yang tidak larut pula ada yang ringkas seperti Kalsium Karbonat (batu kapur), dan yang kompleks pula adalah seperti gabungan ion-ion Berilium aluminium silikon oksida/ Be3Al2Si6O18 (kita panggil Zamrud, yang juga dikenali sebagai batuan jenis Beril). Ia merupakan gabungan tiga jenis ion logam dan satu jenis ion bukan logam (ion dari oksigen/oxide ion).
Ion-ion dari jenis logam daripada unsur peralihan dalam Jadual Berkala Unsur (The periodic table of element) akan membentuk warna warna tertentu dalam sebatian ionnya, bergantung kepada jenis unsur. Misalnya ion kuprum (Cu2+) akan menghasilkan warna biru dalam larutannya. Namun tidak bermaksud semua batuan biru itu akan terdiri daripada unsur kuprum, kerana keadaannya adalah pepejal. Contoh batuan yang ada kuprum dan bewarna biru ialah batu firuz
(terdiri daripada Kuprum aluminium fosfat hidroksida terhidrat/ada air). Contoh batuan biru yang tiada ion kuprum pula ialah opal biru/kebiruan yang umumnya terdiri daripada unsur Silikon oksida terhidrat/ada air (tiada ion logampun). Begitulah anehnya Tuhan jadikan sifat gabungan bahan sebatian ion yang menyerlahkan warna-warna tertentu kepada batuan dan permata.
Permudahkan cerita, ahli makmal batuan menggunakan maklumat bahan kimia yang wujud di dalam batu-batuan tersebut untuk mengeluarkan sijil dan mengesahkan keasliannya. Itu baru dari sudut bahan kimianya.
Kesimpulannya jika mahu dikarang dan diceritakn secara teori, atau asyik berteori dan bahas...9 hari 9 malam belum tentu habis. Belum sentuh lagi sifat kejadian batuan, sifat kekerasannya, serta asal negaranya. Akhirnya akan asyik berteori. Harap tidak pula sampai berangkuh dan merasa lebih hebat daripada orang lain. Kerana sedikit pengetahuan yang kita ada cumalah tahu daripada apa yang sudah ada dan sudah diwujudkan....sekian wassalam

Rabu, November 13, 2013
Apabila line internet merumitkan...
Tak payahlah ambo nak menyusahkan diri menunggu upload items yang memang menyenakkan kepala...banyak lagi urusan lain boleh dibuat. Tok payoh sakit paloO...he..he
Ahad, November 03, 2013
Isnin, Oktober 28, 2013
Langgan:
Catatan (Atom)