Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

Jumaat, Januari 27, 2012
Ke dalam diri
Naluri keinsanan itu cantik dan indah. Teras atau intinya kesempurnaan. Ada orang perlu menyental keras dan lama untuk melihat atau mendapatkannya. Mungkin kursus intensif (menuntut) diperlukan bergantung kepada keperluan sesaorang. Ia seperti belajar beniaga dan mencari harta. Kita mungkin rugi sedikit, rugi besar, untung sedikit, atau untung besar. Cuma arahnya terbalik menongkah arus dunia.
Khamis, Januari 26, 2012
Rabu, Januari 25, 2012
Di antara peribahasa yang kerap disilap faham
1) Harapkan pagar, pagar makan padi.
Sepatutnya : Harapkan "pegar", "pegar" makan padi
(pegar atau pgar = burung pemangsa musuh padi , ejaan asal/jawi = Pa Ga Ra = pegar atau pgar)
Lagipun orang dulu-dulu tak buat pagar untuk lindungi sawah padi, dan pagar tak munasabah nak makan padi.
2) Melepas batok di tangga
Makna "batok" = gayung bukan batuk
Orang dulu-dulu meletakkan batok (gayung) dalam tempayang, untuk basuh kaki sebelum masuk ke dalam rumah. Namun ada pula orang yang buat acuh tak acuh akan meletak (campak) batok di tangga selepas gunakannya dan bukan dalam tempayang

Zamrud Colombia Asli AAA (Real Gentle Colombian Emerald Colour)
saiz cincin no 16, permata 8.xx cts.....mahar RM 7999/=
mini report disertakan. sila email jika tuan berminat...
...Warnanya maTang...ofFerNya terlaRang...
Pengisian majlis
Kita harus meninggalkan suatu majlis yang penuh dengan gelak hilai dan ketawa. Apatah lagi jika tujuan kita ke majlis tersebut adalah untuk tujuan baik dan kebajikan, bukan pula untuk bergalak dan berseronok. Perlu kita ingatkan diri sendiri bahawa hiburan dalam naluri keinsanan adalah apabila hiburan itu dapat menambahkah rasa takut dan taqwa terhadap Allah S.W.T.
Gelak hilai dan ketawa akan menambahkan bilangan anak-anak setan tanpa kita sedar. Ini adalah salah satu sebab kenapa kita harus senantiasa sedar (kaba) tanpa alpa (lupa). Ketika kita ketawa lebih-lebih bila pula hati mampu ingat dengan zikir, bila pula kita mampu fikir dalam zikir, atau zikir dalam fikir. Bila lupa bagaimana pula Hidayah Allah akan kita kecapi. Kesimpulannya keadaan sedar ketika ramai atau bersendiri amat penting.

Selasa, Januari 24, 2012
Blue Ceylon Sapphire
Isnin, Januari 23, 2012
purplish wax (berlilin ) Ceylon Sapphire
Cincin aloi 985
Berlian Swiss 2.0 sisi kiri dan kanan
Saiz cincin = 16.5
Permata = 8.5 x 7.2 x 5 mm ( 2.87 cts)
sold
RM 900/=
termasuk pos
Berlian Swiss 2.0 sisi kiri dan kanan
Saiz cincin = 16.5
Permata = 8.5 x 7.2 x 5 mm ( 2.87 cts)
sold
RM 900/=
termasuk pos
Khamis, Januari 19, 2012
19/1/12 : Jam ~ 11 malam Jumaat
Al-Fatihah...
Bapaku Ibrahim Bin Mamat kembali ke Rahmatullah...Semoga Rohnya dicucuri Rahmat Allah S.W.T
Selamat disemadikan di Kubur Beka', Wakaf Siku pada 20/1/12 ~ jam 11.40 sebelum Sembahyang Jumaat.
Bapaku Ibrahim Bin Mamat kembali ke Rahmatullah...Semoga Rohnya dicucuri Rahmat Allah S.W.T
Selamat disemadikan di Kubur Beka', Wakaf Siku pada 20/1/12 ~ jam 11.40 sebelum Sembahyang Jumaat.
Rabu, Januari 18, 2012
Penjual jarang berada di dalam kedai
Kebelakangan ini saya lebih sibuk di luar kedai. Bila balik rumah dan letih saya tidur. Sesekali ada idea saya menulis...Tapi untuk entri baru anggaplah penjual sedang bercuti sementara ini...Terima kasih
Apa yang kita cari
Berkatalah kepada Yang Mendengar bukan kepada yang tuli. Perlihatkanlah kepada Yang Melihat bukan kepada yang buta. Merayulah kepada Yang Sudi bukan kepada yang pembenci...dalam hidup ini apa yang kita nak buru, nak cari. Carilah yang Ada jangan dicari yang tidak ada. Rugilah kita jika rasional aqal ditolak ke tepi. Mencari yang tidak ada memang sukar kerana sampai ke bilapun ia tetap tidak akan ketemu. Mencari Yang Ada diharap sekurang-kurangnya kita dalam senaraiNya yang sedang mencari...Dalam mencari Yang Hidup bukan yang mati, bekalkanlah dengan kesungguhan (tohid)
Jumaat, Januari 13, 2012
Rabu, Januari 11, 2012
Isnin, Januari 09, 2012
Perhatian.
Buat masa ini saya benar-benar kesuntukan masa untuk memenuhi permintaan beberapa orang rakan termasuk Cik Siti. Ekoran itu saya mohon maaf di atas kelemahan saya kali ini...entri yang terbaru yg telah dimuatkan inipun kebetulan kerana gambar-gambar items yg sudah diambil/edit. terima kasih
Delima burma asli body suasa
Sabtu, Januari 07, 2012
renung diri
Jika tanpa amalan semasa hidup, cukupkah dengan mengharapkan belas kasihan orang lain seperti hadiah Al-Fatihah dan ratib mereka apabila kita tiada. Kita ambil pedulikah dengan kewajipan beragama serta kebajikan lain seperti zikrullah dan perkara yang sepatutnya. Halal haram kerja buat kita ?, jarang insan mahu menegur, apatah lagi apabila mereka merasakan diri mereka juga serba kekurangan. Maka kitalah sebaik penegur kepada diri kita sendiri.
Selasa, Januari 03, 2012
Sindir
semasa memandang, alam kerap menyindir
semasa tersindir, fikiran selalu terkeliru
semasa terkeliru, manusia kerap tertipu
semasa tertipu, kebenaran menyedarkan diri
ketika sedar.....kenalilah watak pak pandir kita, isihlah
semasa mengisih, perhaluskanlah
diharap dalam gagal kita masih lulus

Isnin, Januari 02, 2012
Naluri manusia dari sindiran secawan kopi
Ahad, Januari 01, 2012
Made In-Cherang, Kota Bharu Kelantan.
SEMPENA TAHUN BARU 2012
Pertama-tamanya oleh tukang melayu Kelantan !!!...Semua permata Delima Burma asli ini adalah diikat dengan Aloi-stainless stell (rustfrei), merupakan "body" cincin yang keras dan tahan lasak. Mahalnya cincin ini bukan kerana harga bahan Aloi-stainless stellnya, tetapi upah ukirannya yang tinggi kerana kekerasan bahan. Gaya ikatan atau corak "body" ini juga adalah agak terhad kepada saiz permata kecil dan sederhana. Tukang atau pembuatnya meminta bayaran yang lebih berbanding daripada perak biasa. Harga (upah ikatan sahaja) boleh mencecah sehingga RM 350 - 400 tak termasuk harga batu permatanya. Tercalar (Menelah) tangan tukang jarang orang tahu. Untuk makluman rakan ini adalah yang pertama-tamanya oleh tukang melayu Kelantan, merupakan buatan tangan 100%. Sekalung Tahniah kepada Che Ba di atas inovasi terbarunya.........
Murnikan
Dalam menjaga hati yang manis tidak terus ditelan, yang pahit tidak terus diluah, yang bisa dan berbahaya pula tidak terus dibunuh, sebaliknya ditangkap dan dibuang jauh-jauh dari kelompok ramai. Yang baik jangan dihitung-hitung, yang buruk disempadani. Yang banyak disatukan, dan yang satu pula diEsakan.
Banyak dan pelbagai adalah pada nama dan feal, seperti apa yang kita dengar dan lihat. Banyaklah berbilang pada sifat, seperti wujud, hayat, qalam, samaq, basar dan lain-lainnya. Satu pada diri "Pemilik Empunya Diri". Sementara mengesa itu tugas hamba dalam urusan kembali kepada Tuhannya. Dengan berhipotesis dan berteori sahajakah?, tidak...tapi dengan tasdiq(niat), kata, dan buat, yang menjadi amalan sepanjang masa. Berpanduankah?, ya! bersandarkan Al-Hadith dan Al-Quran..
Untung baik dan untung jahat itu bagaimana pula?...itu urusan Tuhan!!!!. Janji kitakah yang benar ?, bahkan janji Tuhanlah yang Maha Benar. Urusan kita ialah melangkah kepadaNya...berlari, berjalan, bahkan merangkak sekalipun....
Terserahlah kepada diri sendiri dalam mencari berkat dan kebajikan dalam bekalan kembali.

Langgan:
Catatan (Atom)