Sunday, February 06, 2011
Bila mereka mula berleluasa....
Sedih juga mengenangkan nasib peniaga-peniaga permata Melayu di KB. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, jualan semakin slow tambahan pula kehadiran penjual-penjual haram dari Myanmar merumitkan lagi keadaan. Segenap lorong dan tempat jualan permata kini dikuasai oleh mereka. Apa sudah jadi dengan agensi penguatkuasaan. Kalau sama bangsa pun tak boleh tolong... susahlah.
Bolehkah kita nak berniaga bebas begini di tempat mereka ?
Jika di Mekah kita langsung tak boleh berniaga begini...teruk dan hina kena halau
Nak berniaga di Petaling Street ??? - maaflah kalau melayu yang tak power (tak ada orang yang betul-betul kuat) pasti dihalau dek gengster atau samseng jalanan di situ
Nak berniaga di premis batu ramai orang kita tak mampu....bangsa lain lebih gagah, lebih kuat, lebih kaya. Di tempat sendiri pula dah ada bangsa asing baru yang rampas peluang.
Apa dah jadi dengan nasib peniaga jalanan Melayu!!!...Sungguh kesihan..... tapi siapa nak ambik peduli!!!
Sepatutnya mereka ini hanya layak mendapat elaun sebagai pelarian (UNHCR) sahaja
Dan bukan perampas hak peniaga jalanan Melayu di Malaysia, apa lagi di kawasan Kota Bharu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan