Thursday, June 17, 2010
Banyak cakap..
Bila terlalu banyak cakap dan nafas mulai terasa panas rasanya setan dah bersama kita. Tidak ada lagi manafaat, yang jernih akan mulai jadi keruh, sulaman ketawa kecil hanyalah hipokrit untuk menjaga aib dan kebodohan diri sahaja. Dari menjentik jadi menggodam, dari mencubit jadi mencakar, dari berbisik jadi menjerit. Akhirnya dari kawan jadi lawan. Apa yang kita dapat, kita hanya dapat senyum sinis dan senyum sumbing kerana segala kecerdikan sudah mula hilang, luka dah jadi kudis, kudis akan jadi parut.
Apa sudah jadi...
Sebagai insan, kita mungkin ada membuat kesilapan. Itu lumrah kehidupan. Sebaiknya kesilapan masa lalu mengajar kita erti kebijaksanaan dan tidak mengulanginya. Pendidikan tinggi dari menara gading tidak menjamin kita untuk bepekerti mulia. Pesan orang-orang tua, kesayangan orang jangan diambil, kebencian orang jangan dibuat. Kalau kita bijak menilai, jangan ingat kita tidak dinilai. Masyarakat akan jadi aman jika budi dan adap menjadi pilihan. Elakkan biadap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan