Sememangnya kerja-kerja mencanai batu permata memerlukan ketelitian dan kesabaran, di samping kelembutan dan kesenian.
Hasil canaian yang baik bukan setakat tahu cara membaca dan memotong batu mentah, tetapi membentuk dan menggilap. Menggilap permata adalah proses yang paling rumit. Ia juga bergantung kepada serbuk berlian yang digunakan semasa proses menggilap. Jika semakin baik dan semakin mahal serbuk berlian yang digunakan, maka lebih baiklah hasil kilauan permata tersebut. Semakin mahal serbuk yang digunakan, dan semakin sukar penghasilan sesuatu permata, maka upahnya juga semakin mahal, walaupun ia hanya batu Jasper. Bagaimanapun yang jelas, semakin keras batu tersebut maka semakin baik dan semakin mahallah serbuk berlian yang mesti digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan