Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Jun 20, 2023

الذي رتب هذه الحبات داخل قشرتها ، قادر أن يدبر حياتك وأمورك Allah yang menyusun kacang ini di dalam kulitnya , DIA maha berkuasa untuk mentadbir kehidupan kamu dan urusan kamu. Tajuk yg sgt menarik jika utk dibincang. 1. Kenapa fahaman muktazilah tidak diterima 2. Kenapa ulamak seluruh dunia mengakui fahaman ahdah itu sesat 3. Kenapa manusia tidak mampu menafikan diri mrk dn mengisbatkan kpd Allah sehingga mencapai maqam fana atau fana ul fana? seterusnya mencapai makam solatuddaim. Sekadar pandangan shj. sila jgn bertanyakan penulis ken ini cuma drp sumber bacaan dan eujukan shj. 😝😅

Jumaat, Jun 16, 2023

Cukupkah kembali dengan tanpa akidah yg benar dan hubungan yg sejati?
الدنيا ساعة فاجعلها طاعة Dunia ini sekejap sahaja , jadikanlah ia sebagai tempat untuk melakukan ketaatan kepada Allah . Sifat Ilmu Allah SWT itu Maha Luas, Maha Tinggi, dan Maha Dalam. Maka tuntutlah kpdNya walaupun sehingga ke liang lahad. Maka bersungguhlah dlm kembali kpdNya. Sehingga kita sudah cukup haul dn nisab untuk diUji. Jika kita berjaya dlm ujian tersebut, maka di situ bermulalah awalluddin utk kita. Jika gagal, maka terus meneruslah memohon keampunanNya. Bersegeralah kembali sehingga peluang itu dibuka lagi. Diharap kita sentiasa dlm Rahmat dan Kasih SayangNya. #Akumenulisbknkrnnama...

Isnin, Jun 12, 2023

*Dancing with a stranger dn metafora* Negeri awal dan asal perjalanan kita adalah dari alam Ruh (tiupan dari sisi Illahi). Secara ringkasnya setelah selesai lafaz Alastubirabbikum, Qaaluubalaasyahidna, maka dtg dn bertebaranlah kita di muka bumi beserta tubuh zahir. Utk menguji kebenaran lafaz awal kita Qaaluubalaasyahidna. Maka menarilah kita dgn keasingan ini (alam yg kita sdg hidup kini). Latar belakang senja menggambarkan waktu pulang sudah hampir. Dan kembalilah semula kita ke alam Ruh (malakut) utk melihat bukti kata² pengakuan kita sendiri. *Berjaya kah kita?* #menerimakebenaran#tidaksombong#sekadarpandanganpenulis#sekadar renungansebelum tidur

Sabtu, Jun 03, 2023

Hak Pemilik Alam

Kejahatan sering dikaitkan dgn sifat pelupa kita. apabila terlupa kita adalah hambaNya, kita sering merebut hakNya. dn dlm tidak sedar kita selalu berbalah dgn sang pencipta tentang Hak. Kerana kita kurang ingat Dia dn Haknya; *Milik Akulah segala apa yg ada di langit dn di bumi*

Takut

Pengakuan Rasulullah SAW, beliaulah yg paling makrifat dgn Allah. Dan beliaulah yg tpaling takut dgn Allah SWT. Hari ini ramai manusia hidup mcm horey2 shj...termasuk kah kita? Itu persoalannya

Kesedaran

Sekiranya kita berupaya mengubah diri kita daripada yg lebih hina drp haiwan kepada haiwan. itu sudah satu kejayaan yang jarang disedari. apa lagi mrk yg dikurniakan kembali dlm keadaan yg sempurna sebagaiman dia datang se awal mula. sungguh itu satu anugerah yg paling mengembirakan sepanjang kehidupan seorang manusia

Bukan saja-saja

Setiap peristiwa yg berlaku kpd sesaorang bkn lah sja² berlaku. Ia adalah perkara yg penting bagi mereka yg mahu berfikir dan merenung jalan kembali kpd Tuhannya

Sifat penakut, pembohong dan tidak sanggup bertanggung jawab.

Orang yg mempunyai sifat penakut dan pembohong amat sukar dlm menuntut ilmu, kerana salah satu ciri ilmu yg benar adalah mrk terpaksa menongkah arus kehidupannya sendiri untuk melunasinya demi meningkatkan keupayaannya dlm kembali kpd Tuhannya. Tanggung jawab kehidupan untuk kembali bukanlah perkara yg boleh diperjudikan

Tanggung jawab

Orang yg dikurniakan lebih ilmu akan rasa lebih takut tentang keupayaan melaksanakan tanggung jawab yg diamanahkan untuknya berbanding dgn org yg dikurniakan sedikit ilmu

Khamis, Mac 30, 2023

SABAR

Kesabaran, kejujuran dan keikhlasan akan mengalahkan nafsu sesaorang sehinggalah ia menjadi lebih bijak

Jumaat, Mac 03, 2023

Kehidupan manusia

Perjalanan seorang manusia sangat jauh dan lama. Itulah Innalillahhiwainnailaihiraaji'uun 😊

Catatan Kiamat 1: Siapa Sebenarnya Manusia?

Sejak lahirnya manusia ke muka bumi maka bermulalah kelahiran diri yg paling bongsu di antara sekelian makhluk yg ada. Manusia itu sederhana sahaja badannya berbanding dgn makhluk² yg lain. Kejadian badannya adalah drp tanah, sesuai dgn tempat kewujudannya di muka bumi. Sedangkan diri kehidupannya adalah penuh misteri, kerana diri kehidupannya adalah berasal drp tiupan Ruhulquddus. Setiap dirinya adalah menjadi rahsia kpd tuhannya. Sbb ruh itu adalah rahsia Tuhan masing². Manusia itu diciptakan dlm keadaan yg paling sempurna. Dan jika mrk benar² tahu, pastilah ingin kembali kpd tuhannya dlm keadaan yg juga paling sempurna. Kerana ciptaan asalnya adalah utk menjadi khalifah di muka bumi sang pencipta alam. Kesempurnaan manusia itu adalah apb ia menghampiri sifat² kemalaikatan dan ketuhanannya, sedangkan kehinaannya adalah apb ia menghampiri sifat² kebinatangan dan keiblisan. Maka itu demi Sifat Kasih dan Sayang Sang Pencipta, manusia diutus dgn para nabi dan Rasul. Di akhir ketamaddunan manusia mrk diutuskan dgn seorang Rasul Khatamul anbia. Perkara yg paling besar sbg mukjizat Rasul akhir zaman ialah Al-Quran dan Al-Hadith yg masih terpakai sampai ke hari ini. Di awal kehidupan manusia ia berkecamuk dgn nafsunya sendiri. tetapi ia dibekalkan dgn iman dan akal. sementara di akhir zaman manusia melayari kehidupannya seharuanya ia menghadapi dajjal al masih yang sepatutnya dibekali dgn Isa Al-Masih dn Al-Mahdi, dlm perjuangan menuju kejayaan kehidupannya. Yakni imam dirinya menjadi penemannya di akhir zaman penghidupannya. Catatan Kiamat 1

Jumaat, Februari 10, 2023

CINTA

Dalam kehidupan hanya ada satu Cinta. Tiada dua atau tiga - Ertugrul Ghazi pengasas kerajaan Turki Othmaniah

Surau, masjid, dan berhala

ada orang bina surau, ada yang bina masjid. Namun dlm sedar tak sedar ada pula yg cuba bina berhala tersembunyi. Rajin²lah memerhati feal syirik sendiri. takut² belum terlepas.

Misterinya sebuah kehidupan

Di masa jahil manusia dlm kebingungan, mencari² sebuah peta penyelesaian kehidupannya sendiri. Setelah menemui peta kehidupan (ilmu), tugas mejadi semakin berat dan mencabar dalam melurahi laluan peta tersebut. Adakah manusia berjaya mengharunginya ?

Isnin, Oktober 10, 2022

Perjalanan Kehidupan

Jika anda tidak memisahkan diri anda daripada gangguan anda, gangguan anda akhirnya akan memisahkan anda daripada matlamat anda dan kehidupan yang anda inginkan

Waw

😍😍😍😍😍😍😍
Kagum lah kepada diri sebenar diri mu. Ia hanya satu satuny

Indek gear 96. RM 250/=





 

Khamis, September 08, 2022

Qalbu

Satu titik hitam besar ⚫ adalah datang drp banyak titik² kecil yg hitam.

Itulah pelbagai sifat  mazmuumah yg sudah bersarang di hati manusia. Dengki, iri hati, sombong, angkuh, riak, ujub, takkabur dan pelbagai sifat yg tidak layak bagi manusia yg dhaif.

 

Dikurniakan cuba rasa hidup pun baru di alam fana cuma!!!.


Layak kah kita di soal dgn soalan² asas spt marabbuka? Maanabiyuuka? Dll lg di alam kuburnanti...

Atau kita terlebih dahulu dibaham oleh sifat² mazmuumah tersebut, yg sudah lama kita canang di dunia ini, dan kita tidak berusaha mengikisnya sebelum kembali!.

Wana'uuzubillahimintdzalik.

Kesimpulannya. 

Setiap kita perlu perbanyakkan berdoa. Mohon keampunan, mohon sentiasa dikurniakan petunjuk dn hidayah. Serta tuntutlah ilmu, yakni dari buaiyan hingga ke liang lahad.

Wallahhu'aqlam.

Semoga kita semua termasuk ke dlm golongan hambaNya yg meredhaiNya lg diredhaiNya.

Aamiin

Wallahhu'aqlam.

Selasa, Februari 15, 2022

Facet permata

 https://youtu.be/mVsQLJ8SFBg


Kaedah ringkas bagaimana memotong batu permata

Rabu, Januari 05, 2022

Sekadar memori sbg catatan di sini

Bagi musuh mrk mahu menghancurkan nya. Orang muslim menangis melihatnya. Orang tertentu akan cemburu berhadapan dgn nya. Namun mrk yg mengesakan Allah S.W.T akan terdiam & tenang di situ. Ka'abah itu Baitullah. Bermukim lh di situ. Aamiin.



Sabtu, Mei 15, 2021

Tanggung jawab

Memikul biawak hidup adalah suatu tugas yang berat, kecuali kita betul betul bersedia atau terpaksa 🤣

Jika kita berkata kita mampu dengan sukarela memikulnya ia memang suatu pembohongan yang bijak. Biawak sendiripun akan tertipu 🤣🤣🤣

Definisi Bahagia

Orang yang bahagia adalah mereka yang sentiasa menuntut dan menerima perubahan pembelajaran terhadap dirinya sendiri.

Nilai Persepsi

Persepsi minda yg betul2 sihat dan selari dengan kehendak hati kecil manusia yg bertauhidkan akidah agama yg kukuh amat sukar dibina. 

Minda manusia diajar dan dilatih dengan persepsi semasa yg ada di sekeliling mereka puluhan tahun sebelum mereka mencapai usia 40 atau 50 tahun. Dan persepsi ini sentiasa berubah mengikut  arus perkembangan semasa yg sering berubah dan dianggap sentiasa maju ke depan. 

Ini menjadikan orang yg beberapa generasi terdahulu kurang atau tidak memahami banyak maksud percakapan daripada orang yang terkemudian. Sebab utamanya adalah persepsi yg berbeza akibat perubahan tersebut.

Benar perubahan persepsi ini sentiasa melanda kehidupan manusia sejagat. Namun perubahan kepada hati kecil manusia yg bertauhid akidah yg benar tidak pernah berubah malah ia semakin mantap dan kukuh. Ini kerana ia memiliki nilainya yang tersendiri yang sentiasa mengingatkan keadaan diri manusia sebagai hamba.

Percaturan kehidupan manusia adalah untuk merubah persepsi negatif terhadap hati kecilnya kepada nilai tulennya. Ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan kecuali kebanyakannya adalah kerana terpaksa. Sebabnya ialah kerana kita sentiasa merasakan persepsi kita sentiasa positif kepada diri kita sendiri.

Isnin, Mei 03, 2021

Minda

Minda

Apakah definisinya;

Pada pandangan ambo minda adalah tapak asas drp menifestasi (lipatan sifat2) hati (qalbu) yg mempunyai keupayaan menterjemahkan serta merasai sebarang nilai (kualiti) drp -ve infiniti ke +ve infiniti.

Minda merupakan suatu teknologi sains(pengetahuan) yg amat tinggi milik mutlak bg Pemilik seluruh alam ini dan isi2nya, untuk digunakan oleh hamba ciptaanNya yg bernama kita.


Minda terbahagi kpd 2 bhg. 

1) Bentuk zahir untuk menterjemahkan cara Zahiriah yg kita alami oleh kesemua 5 panca indera zahir. termasuklah merasai segala rasa kesenangan dan kesusahan termasuk lazat dan sakit.

2) Bentuk batin oleh panca indera batin kita (ex: mata batin/penglihatan basirah dan telinga batin/pendengaran basirah) spt yg kita alami semasa mimpi di waktu tidur.

Contoh nilai -ve infiniti ialah merasai segala keburukan spt perbuatan syirik, kejahatan, kesakitan termasuk kesakitan di alam barzah yg tidak terbayang kan oleh kita sekarang ini spt kepedihan azab neraka. 

Nilai +ve infiniti pula termasuklah segala kebaikan lahir dan batin spt amalan mengesakan Allah, nikmat dll spt merasai nikmat syurga.

Gabungan kesemua nilai +ve dan -ve tersebut akan memperlihatkan kpd kita bhw yg banyak tersebut akan kembali kpdNya (yg  Maha Esa) jua

Jumaat, Mac 12, 2021

Sekilas cahaya

Apb kau sedang kalah dlm perlawanan dgn (nafsu) diri mu sendiri, kau tidak akan dapat lg mengawal tindakan mu. kau sedar kau telah kalah tetapi kesedaran itu timbul hanyalah selepas terlaksana tindakan mu yg salah.

Itu adalah penyesalan kesesatan yang lebih tersiksa daripada orang yg tidak pernah menempuhi jln kegelapan

😞

Isnin, Mac 08, 2021

Titik buta

Titik buta paling bahaya ialah kita tidak tahu membezakan peranan minda dan hati.

Kedua dua ini terbahagi kepada dua yang berpunca dari satu (hati).
Kedua duanya juga perlu sentiasa dicerakin, dicerap, diisih, diproses, di "upgrade" dan di "update". Piawaiannya juga kembali kepada punca asal  yang satu tersebut.
Semoga selamat dalam meruskan pelayaran bahtera kehidupan masing masing.
Sekadar perkongsian

Rabu, Mac 03, 2021

Syukur

Syukuri apa yg ada, itulah bahagia. Siapa yg ada, siapa yang tiada?

🤣🤣🤣

Teruskan mencari

Mereka mencari cari tanda ketandaan pada makhluk.. sedangkan ketandusan didalam makhluk itu adalah thunder.. thunder.. thunder cat hoooooooo... dia tak tau.. sekali kena thunder.. padam trus.. 🤣 🤣 🤣 carilah tanda ketandaan kematian yang husnul khotimah..

copy & paste

 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3928819990490767&id=100000884142294

 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3928823627157070&id=100000884142294

Colour of human body

 A Board needed to be marked with A marker.. and The Marker which to be marked with A colour. Whom so ever has nor have been marked with A marker should be presented as the colour Being marked onto the Board of the colours of the favour. Which colour you are as you been marked with by the Presenter on the board of the marker.. 🤣 🤣 🤣 are you the saka or the puaka? 🤣


C&P

Selasa, Februari 23, 2021

Menjadi khalifah kerana sifat tidak tahu

Orang yang merasakan dirinya berilmu akan jauh dari Tuhannya kerana sifat sombong telah menguasai dirinya. Ketahuilah salah satu hijab yang besar di antara hamba dengan pencipta adalah rasa Berilmu.

Wallahu'aqlam

Rabu, Julai 29, 2020

Rabu, November 27, 2019

Jalan Pulang

Tersesat dengan jalan pulang, angkuh mempertahankan minda keduniaan, buta dalam terang, tamak tidak pernah cukup, lupa tentang keturunan mati. Apakah daya mu wahai bangsa seagamaku andainya mereka menawan berjuta dunia. Barangkali yang tinggal bersamamu hanya nyawa dan ruh , itupun hanya untuk jenis2 melayu tertentu, yang amat sedar semuanya mutlak milik Allahhurabbul'aalamiiin. Kita tidak memiliki apa-apa. Wallahu'aqlam 

Sabtu, Oktober 13, 2018

https://www.ebay.com/itm/263986973675 Very Beautiful Russia Demantoid Garnet