Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, Oktober 23, 2013

Baru 5 tahun usia....

Sempena 5 tahun usia http://cincin-rings.blogspot.com/ , OFFER AKHIR TAHUN Kami diteruskan.
Hanya untuk mereka yang tahu menilai dan menghargai sahaja. RM 250 200 sahaja setiap bekas 9x9 cm.
Kali ini saya menawarkan set permata (bagi setiap bekas plastik) dengan bilangan dan jenis seperti di bawah;
5 pcs zamrud zambia
1pc akit yaman
2 pcs labrodorite
2 pcs firuz tibet
1 jasper
Dan lain-lainnya bergantung kepada kandungan bekas 9 x 9 cm. Ini termasuklah nilam burma, mutiara, nilam afrika, petersite, aquamarine, coral, dan citrine.
Setiap bekas yang mengandungi tidak kurang 14 biji permata adalah beharga RM 250 200 + 10 pos sahaja. Pilihlah mana mana yang tuan puan mahukan.
Sebarang counter offer tidak mampu lagi saya penuhi, maaf. Sekian salam fikir dan salam zikir.
 
 

Jumaat, Oktober 18, 2013

LEBIH SEBULAN TAK JAMAH BLOG SENDIRI (rasa teringin nak muat naik barangan) OFFER AKHIR TAHUN 2013 DAH BERMULA...CEPAT DAN BERSIAP...

SET 1: Offer akhir tahun. Harga meletup.
3 pcs akik yaman (harga biasa RM 70/pc)
3 pcs labrodorite
2 pcs jasper
1 pc jade China

2 pcs delima Burma                                                     SOLD OUT
4 pcs nilam Afrika
2 pcs blue topaz
1 pc citrine dan
2 pcs firus tibet
2 pcs iolite
Termasuk bekas 9 x 9 cm spt dlm foto. Jumlah permata asli ialah 22 pcs..Harga akhir tahun 2013 bagi set 1 = 300 + 10 pos.
Maaf tiada lagi tawar menawar...


lagi offer..

SET 2...harga hampir tak masuk akal...meletup letup di Kota Bharu...
3 pcs firus tibet
1 pc rutile/jarum emas
4 pcs akik yaman(harga biasa rm70/pc)                  SOLD OUT
2 pcs blue topaz
3 pcs citrine
2 pcs delima burma
1 pc garnet dan
3 pcs Labrodorite api lu..lu...19 pcs permata asli termasuk bekas 9 x 9 cm
Offer Akhir Tahun 2013...
RM 300 + 10 pos...
Counter offer!!!...Maaf...ambo dah letih untuk itu..
Cubalah dapatkan di kedai lain pula jika dapat lebih murah pada fikiran tuan puan. Nak ambik ajer!...tak nak kita buat perencah risipi baru lauk qurban...he he...tk pk zk...


Sabtu, Ogos 31, 2013

Tasbeh Merdeka


Tasbeh kayu Gaharu.
500 biji dalam satu utas.
Saiz butir adalah seperti dalam ukuran pembaris.

OFFER HARI MERDEKA
RM 120/= (termasuk pos)

P/S;
Utas terakhir sudah dibooking dan sudah ada pemilik...Harap maaf kepada rakan yang terlambat.

Rabu, Ogos 21, 2013

Waw....merahnya mak ngah

Delima Burma asli (pengikat sementara)
Saiz permata =11 x 9 x 3 mm
RM 350/=

Rabu, Ogos 14, 2013

Terima kasih guu....

Kepada rakan dan sahabat yang sudi bertandang ke rumah saya pada hari raya. Terima kasih daun keladi

Permata daripada kayu tas jadi batu

RM 80 + 10(pos)

Isnin, Ogos 12, 2013

Sabtu, Ogos 10, 2013

Permata Tok Wali untuk perhatian rakan, Ismail Hupbib, P.P

Silalah tuan pilh satu daripada permata ini untuk dihantar ke alamat tuan. Terima kasih

Permata Petersite Brazil

Tambah kapsyen

Rabu, Ogos 07, 2013

Khamis, Ogos 01, 2013

Banyak dan besarnya nilai menyendiri

Maaf kerana tidak sempat urus-mengurus blog. Terutamanya muat naik item baru. Menulis dan mengarang pula menjadi kelabu asap bila hati dah kata biarkan saja idea terdiam sendiri. Muhasabah diri kerap mebuatkan jari jemari kita kaku.

Rabu, Julai 17, 2013

Kedudukan barangan untuk online juga sedang dikemakini

Semoga lebih senang barangan dicari untuk pos apabila diminta rakan atau peminat. Bagaimanapun susunan barangan masih di peringkat awal. Masa belum mengizinkan untuk ambo bereskannya.

Isnin, Julai 15, 2013

BLOG INI SEDANG DALAM PENGUBAHSUAIAN.
HARAP MAAKLUM

Isnin, Julai 08, 2013

Di antara berlian dan monsonite, memang terkeliru.

tidak untuk dijual
 Untuk dijual
 gambar hiasan
gambar hiasan

Jumaat, Julai 05, 2013

Pengumuman

Mulai hari ini (5/7/13), sehingga tarikh yang akan dimaklumkan, pihak kami tidak lagi bersedia menerima apa-apa tempahan cincin buatan tangan. Jika rakan ingin membeli cincin daripada pihak kami, belilah item yang sudah siap, dan telah terpapar dalam blog ini.
Terimakasih dan harap maklum.

Ahad, Jun 30, 2013

Kekangan

Buat masa kebelakangan ni saya kurang sempat menguruskan stok untuk  muat naik. maaf!!!

Isnin, Jun 10, 2013

Ramaikah jauhari ?

Dunia pertukangan cincin tradisional nampaknya semakin pudar. Kenapa tidaknya, di kala harga barangan keperluan harian berlipat naik, harga upah tukang seolah-olah ditakuk lama. Sedangkan mereka juga adalah pengguna yang perlu mengeluarkan belanja untuk keperluan harian mereka. 

Jatuh bangun dunia cincin tradisional melayu bukan terletak kepada mereka sahaja, tetapi juga bergantung kepada pengguna atau pembeli, samada faham nilai seni dan upah, yang selari dengan  kenaikan harga barang asas cincin, atau kejatuhan nilai matawang dalam kos dan upah. Jika pemakai tidak sanggup membayar nilai seni ini dengan nilai yang setimpal, seolah-olah mereka menafikan keupayaan dan kerja tukang-tukang yang terlibat. Akhirnya mereka (tukang) merasakan hasil tangan mereka tidak lagi dihargai. Akhir-akhir ini ramai tukang cincin telah bertukar kerjaya. Nampaknya apa yang dikhuatiri dan membimbangkan selama ini memang sedang terjadi kini. Siapalah ambo untuk menahan semua ini.

Penjual atau orang tengah pula sukar untuk menjual cincin buatan tangan degan harga kos dan upah yang semakin meningkat. Tambahan pula cincin "casting" atau buatan kilang merupakan saingan utama kepada cincin tradisional ini. Terserahlah kepada pengguna, samada mahu alah membeli menang memakai atau membiarkan sahaja keindahan cincin tradisional oleh tukang mahir semakin hilang di pasaran. Hanya jauhari  mengenal manikam.


Jumaat, Jun 07, 2013

Kerdilnya

Omongan si arif...kenal, taat, patuh. Di mana kita ?.  "terasa kerdilnya diri ambo!, demo adik kakok  guano ? Nok mati nih!!!..kita tiada pilihan melainkan datang untuk pergi...dihitung hari atau tidak...masanya pasti tiba jua"

Khamis, Jun 06, 2013

Stok herba tradisional...cukup terhad

Buang toksik/flush
Darah tinggi
Gastrik
Demam mengigil
Batuk-batuk
Lelah
Buasir
Resdung (perlu ambil lebih lama)



Dibuat daripada bahan tradisional seperti :
Sinar maki, gorek, dan lain-lain bahan tradisional
Boleh diambil bersama ubat hospital dan tidak memabukkan.
Cara makan:
1 tudung (putih) = 25 ml setiap malam
Harga:
RM 15 sebotol

Jumaat, Mei 31, 2013

Menjengok Teori Pemasaran

Dalam membeli kita tak tahu berapa modal orang, cuma kalau boleh kita mahu lebih murah, jika boleh harga di bawah modal, dapat free lagi bagus....Teori Pemasaran

Tanpa keris, tanpa kayu atau batu, pensyirik tetap mensyirik juga...

Tanpa ilmu, akidah tauhid atau pegangan yang benar, bersendirianpun belum tentu belum menysirikkan Tuhan. Mensyirik atau menyekutukan Allah adalah kesalahan dan dosa yang paling besar. Merasakan wujud lebih dari satu tanpa mengesakan dan mengisbatkan kepada Allah adalah merupakan sumber syirik yang paling utama. Mengesa dan merasakan wujud Allah tanpa batasan ruang dan masa adalah lebih menghampiri tauhid yang benar....Wallahhua'lam.

Rabu, Mei 29, 2013

Jam Theorema World City Full Calender asli German....bagus punya kualiti...pernah tak rakan memakainya ?

Sila double click gambar untuk foto yang lebih jelas
Automatik35 jewels
RM 850/=

SOLD - 31/5/13

SOLD

SOLD