Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, November 30, 2009

Permata Bloodstone dan kegunaannya


Contoh permata Bloodstone berkualiti dalam simpanan saya.
( Saiz kecil - berat 2-3 cts )
Asal : Amarika Selatan, Afrika dan India
Hardness (H) / kekerasan = 6.5 - 7
Kandungan kimia : Silikon dioksida

Bloodstone dipercayai dan digunakan untuk:
1) Menambah keyakinan diri dan membekalkan tenaga (kekuatan badan)
2) Meningkatkan perasaan ingin tahu, keberanian, keseimbangan fikiran
3) Menguatkan jantung. Sangat digalakkan untuk mereka yang mempunyai masalah penyakit jantung
4) Menyeimbangkan peredaran darah, dan digalakkan untuk mereka yang mempunyai masalah tekanan
    darah  samada rendah atau tinggi
5) Merangsang dan membetulkan peredaran haid bagi wanita



Ya'akob


Ahad, November 29, 2009

Contoh permata agate api beharga RM 800

NOT FOR SALE
NOT FOR SALE
 
 
NOT FOR SALE 

                                                                                 

Kecil tapi harganya pedas - Cincin Yellow Sapphire Ceylon Asli


Milik 3 Puan dari Tumpat, siap dah!...Jom tengok dan pilih saiz jari untuk cincin puan!



 
                                              

Jumaat, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Qurban

Kepada semua pembaca yang budiman, SELAMAT HARI RAYA QURBAN diucapkan. Maaf Zahir Dan Batin.

Nilai takut dan nilai berani dapat dihayati semasa melihat darah sembelihan mengalir yang sememangnya disunatkan untuk kita melihatnya.
Rasa takut melihat kematian yang paling menyakitkan yang tidak tergambarkan oleh fikiran kita, melainkan apabila kita sendiri melalui saat sakaratulmaut ini. Ini diharap dapat memanjangkan ingatan kita kepada rasa takut dan harap kepada Diri Empunya Pemilik yang Sebenarnya.
Rasa takut dan harap yang hebat ini akan mendekatkan kita kepadaNya. Inilah salah satu hiburan dalam Islam, iaitu  hiburan yang dapat mengkayakan kita kepada rasa takut dan harap kepada Tuhan.

Perasaan yang semakin taqwa ini akan mengubah kita daripada seorang yang takut bekorban kepada lebih berani berkorban dan berubah, berani dalam menjalankan perintah yang Haq. Kitalah manusia yang sangat kerdil di sisi Rabbula'lamin...Walahaulawalaquawataillabillahhila'liyila'zim!!!

Sabtu, November 21, 2009

Lama rasanya tidak mencatat....

Bukan apa, tapi kerana dah seharian urusan diluar, terasa letih dan malas. Tambah pula "bila idea tak mari".
Cuma hari ini nak pesan termasuk pesan kepada diri sendiri..Bila lihat pakaian orang khususnya cincin atau keris, mulut sebolehnya jangan cepat celupar, hati mesti dijaga, jangan pula puji lebih-lebih, takut lebih sudu dari kuah,  lagi takut jika pemakainya memang jauh lebih tahu dari kita. Bila nak membeli pula, kena hati-hati agar tak terkena tipu, khususnya jenis batu-batuan baru pada diri kita....Agak banyak batu yang kelihatan cantik pada masa ini, tapi sintesis dengan teknologi terkini..cantiknya mengalahkan batu asli..WASPADA sebelum TERKENA. Contoh NILAM GUM (tidak asli/tiruan)

Khamis, November 19, 2009

Motivasi Team FlareBiz kepada blogger


 Team FlareBiz
kepada saya
Tunjuk butiran
 12:31 (8 jam yang lalu) 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hi fauzi ibrahim, apa khabar dan bagaimana cuaca di sana? Semoga anda
berada dalam keadaan yang sihat dan ketika kami menulis email ini,
cuaca di sini hujan lebat.

Kami ingin beritahu anda bahawa kami pernah gagal. Bukan sekali
tetapi banyak kali!

Mungkin kami sentiasa berhadapan dengan kegagalan kerana kami
sentiasa bertindak untuk mencapai kejayaan. Kami rasa kegagalan
yang kami hadapi juga lebih banyak dari anda!

fauzi ibrahim, kegagalan adalah sebahagian daripada perniagaan walaupun
perniagaan yang kita semua jalankan adalah perniagaan Internet dan
itulah yang kami sering hadapi ketika mula menjalankan perniagaan
Internet sejak 2006.

Ada kegagalan yang kecil dan ada kegagalan yang besar.

Percayakah anda bahawa kami pernah kehabisan wang dan terpaksa
makan nasi berlaukan ikan sardin sahaja akibat satu projek yang
tergendala?

Perkara ini sering berlaku di dalam perniagaan di mana tidak semua
projek yang kita rancang akan berjaya. Namun setiap kali kami
menghadapi kegagalan, kami akan lebih kuat, semakin positif,
semakin berilmu, semakin berpengalaman dan banyak lagi benda yang
positif.

Akhirnya, semua ini akan memberikan kami keuntungan jangka masa
panjang.

Kami tidak pernah menganggap kegagalan adalah noktah akhir di dalam
perniagaan kerana kami percaya bahawa kegagalan adalah satu peluang
untuk bermula semula dengan lebih bijak.

Kalau tak, kami tidak mampu untuk menyiapkan NiagaKit v2 kerana
kami sering dikritik dan ditekan oleh pelanggan lama.

Pernah anda dengar kisah Thomas Edison mencipta mentol lampu?
Berapa kalikah dia gagal di dalam percubaanya sebelum berjaya?

Adakah 10 kali? Atau 50 kali? Oh, mungkin 200 kali?

Tidak. Beliau gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya! Beliau tidak
pernah berputus asa dengan kegagalan yang dihadapi.

fauzi ibrahim, kegagalan akan membawa kita kepada kejayaan.

Kami percaya anda pernah merasai pahit dalam mencuba buat duit di
Internet dan berhasrat untuk berhenti daripada menjalankan
perniagaan Internet.

Mungkin anda pernah belanjakan ratusan ringgit untuk membeli ebook
tetapi tidak member kesan. Mungkin anda pernah belanjakan ribuan
ringgit untuk menghadiri seminar tetapi tiada apa perubahan.

Namun semua itu bukanlah satu kegagalan mutlak kerana dari sudut
lain anda belajar sesuatu. Daripada pahit yang anda rasai itulah
anda akan lebih bijak pada masa akan datang.

Konklusinya, anda janganlah takut dengan kegagalan. Tolonglah
gagal... kemudian perbaiki kenapa anda gagal... akhirnya anda akan
berjaya!

Berfikirlah secara positif!

Zhafran & Labanon,
Team FlareBiz.

Selasa, November 17, 2009

Ahli syurga di depan mata

Sayang seribu kali sayang, zaman kanak-kanak kita sudahpun berlalu. Alam kanak-kanak adalah alam syurga yang berada di depan mata kita. Kita cuma dapat melihat dan memerhati bagaimana mereka berseronok, bergelak ketawa, sentiasa riang dan gembira. Mulianya mereka dengan jiwa yang penuh telus dan bersih. Sayang, kita hanya dapat melihat dan memerhatikan sahaja, tetapi tidak dapat merasa apa sebenarnya yang mereka rasa. Cukup hebat mereka!, malah jauh lebih hebat daripada seorang raja yang sedang bertakhta. Alam mereka kita semua telah rasa dan sudahpun lupa. Kini, giliran kita pulalah yang sedang dan akan mencorakkan mereka, anak-anak kita!!!. Alangkah menakutkan dalam melakukan tugas ini agar ia seiring dengan kehendak Tuhan. Apakah yang akan kita corakkan mereka ?, tepuklah dada tanyalah jiwa.

JADE 100% ASLI BURMA - sold





HARGA  RM 120
SOLD

Ahad, November 01, 2009

Ceylon Light Blue Sapphire Ring (Batu Asli)


Saiz Cincin = 18
Saiz Batu = 12 x 8 x 5 mm
Harga RM 400





HARGA RUNTUH!!! RM 350

Sabtu, Oktober 31, 2009

Syariat dan hakikat

Mengikut seorang yang saya percayai arif berkata, mencapai "Hakikat" adalah perkara yang sangat sukar. Sedangkan seorang arif yang lain mengatakan bahawa mengekalkan "Syariat" itulah yang paling sukar. Jika direnungkan rasa malu berbaur hina untuk mengaku yang kita berada dalam mana-manapun golongan itu.

Jumaat, Oktober 30, 2009

3 utas tasbeh Kemuning Hitam 99 pcs milik orang Singapura, Tahniah!

Diharap Tuan Mas dapat bersabar kerana items ini akan dikirim pada hari Sabtu 31/10/09 melalui Airpak Express. Bayaran Tuan dah clear pada petang Khamis (29/10/09). Namun perhidmatan pos petang dah tutup. Terima kasih di atas sambutan pihak tuan terhadap barangan ibadah.

Isi Dan Kulit

Jika kita sukakan kulit jangan pula isi dilupakan. Kerana biasanya isi yang cantik dibungkus dengan kulit yang cantik. Ramai orang suka menyangkal tanpa faham. Jangan pula cepat menelan atau meluah bulat-bulat. Fahamilah sedikit-demi sedikit samada melalui amalan tertentu terlebih dahulu.

Rabu, Oktober 28, 2009

sayang dan benci

Jika kita kita terlalu sayangkan sesaorang seperti guru kerana sangat menghargainya, simpankanlah sedikit kebencian kerana takut-takut nanti jika kita sudah benci, pasti masih ada sedikit sayang. Ini biasa dalam perguruan dan tuntutan mengenai hakikat diri

Selasa, Oktober 27, 2009

Pedoman

Berjalan biarlah berpedoman. Orang dulu-dulu menggunakan bintang untuk menentukan arah bila berjalan di waktu malam. Terutamanya untuk perjalanan yang lama dan jauh. Begitulah dalam menuju hakikat kehidupan, tanpa pedoman guru yang berpengalaman tentu sekali kita akan menemui kesukaran atau mungkin akan melilau di tengah perjalanan. Kerana menuju hakikat kehidupan adalah perjalanan yang sangat jauh.

Ahad, Oktober 25, 2009

Cincin Delima Burma kembar Colourless.( SOLD on 7/11/09 )

Saiz Cincin = 16.5.
Body cincin ini lebih baik daripada perak 985 aloi berkualiti tinggi.
Harga RM 350

Sabtu, Oktober 24, 2009

Cincin Perak 985 Aloi berkualiti. Permata Zamrud Colombia Asli - RM 700 (SOLD)

SOLD
 

SOLD
 
Saiz cincin = 17.5
(SOLD)

Tempahan siap - Kota Bharu + Melaka : SOLD OUT


SOLD -Contoh Tempahan Beharga
RM 250 tak termasuk batu

 
 
SOLD OUT - Contoh tempahan beharga
RM 180 tak termasuk batu

Selasa, Oktober 20, 2009

Mana ditumpu mana dicapah...

Tumpulah sebulatnya iktikad dan niat, susulilah kata dengan tindakan demi mencari dan menuju redhaNya. Latihan di sini perlukan kesungguhan, keberanian,  kepatuhan, ketaatan dan kesetiaan, keikhlasan dan kesabaran. Ringkasnya segala sifat elok dalam diri diperlukan. Sukarkan!.
Capahkanlah pemikiran dan cara selagi tidak bertentangan dengan syariat dalam mencari hal dunia. Bertekunlah agar kemiskinan batas kekufuran diatasi.

Amat Malangnya...

Alangkah malang rasanya jika sedang sembahyang, fikiran dan jiwa kita masih melayang-layang ke tempat lain. Rasa seronok beribadah tentu sekali tawar dan sembahyang kita hanya sekadar melepas batuk di tangga sahaja.
Di luar sembahyang apatah lagi jika kita demikian dalam sembahyang. Kurang merenung kelemahan diri, kejahilan, terutamanya cintakan dunia adalah punca terjadi hal tersebut. Mengenangkan yang hidup menjadi manusia hanya sekali serta mati pasti menyusuli adalah ubat yang mujarab  untuk memperbaikinya. Sememangnya jika tidak bersungguh-sungguh terasalah bertapa sukarnya mentarbiah diri agar sentiasa merasa yang Dia selalu  dekat di hati. Maka hambarlah hidup sehari-hari. Walahauwalaquawataillabillahila'liyila'zim....

Ahad, Oktober 18, 2009

Sabtu, Oktober 17, 2009

E-mail daripada seorang "Sahabat"

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"  


Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF  

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat , kerana itu bermakna kita cukup makan .

5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar .

7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada
pakaian untuk dipakai.


8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja , kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih
hidup untuk meneruskan hari tersebut... 



 Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
Iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya..

Delima Afrika (Permata kecil)


Harga termasuk kos post
no. 1 = RM 170
no. 2-10 = RM 130
Saiz :
Belum edit
SOLD ; 6, 7, 9,

Ahad, Oktober 11, 2009

Tasbeh 100 kayu dan teras



Harga RM 280 termasuk kos pengangkutan
Nota: stok hanya ada satu utas sahaja 

Rabu, Oktober 07, 2009

hentikanlah

Melakukan maksiat secara terang-terangan adalah agenda yang tidak lagi segan-silu dilakukan dewasa ini. Hari ini kita sudah tidak tahu lagi "si anak siapa membonceng si anak siapa, atau si anak siapa di bonceng oleh si anak siapa", baik di kampung apatah lagi di bandar. Ingatlah gelombang bala di peringkat Benua Asia belum lagi reda edahnya!. Hentikanlah perbuatan mempelawa dan mengundang bala daripada alam ini, kerana ia ada pemilikNya. Bangunlah dari lena yang panjang.... Bangunlah wahai bangsaku,  Melayu yang mengaku Islam berzaman. Hentikanlah dari terus menghampiri pagar-pagar neraka ini. Takutlah dengan kemurkaan Tuhan Rabbula'lamin. "Ya Rahman, murkaMu amat memeritkan dan tiada siapa mampu menghalang. Ya Rahim kurniailah kami kesempatan seperti mana jalan orang-orang yang telah engkau bimbingi dan bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai".....Amin.

4 kumpulan manusia berdasarkan "percakapan dan kecerdikan"

Kumpulan 1: Cakap bodoh, empunya diri memang bodoh............ramai
Kumpulan 2: Cakap pandai, empunya diri masih bodoh ...............ramai
Kumpulan 3: Cakap bodoh, empunya diri sebenarnya cerdik........tak ramai
Kumpulan 4: Cakap bijak, empunya diri sememangnya bijak dan cerdik.....sedikit

Kita dalam kumpulan yang mana ?.

Nota:
Nilai IQ paling tinggi otak manusia tercatat dalam rekod dunia ialah 250 % - 300 % 
adalah milik seorang berbangsa Yahudi.

Kurang Mood

Kekadang rasa kurang mood untuk memuatkan entry atau upload baru. Pelbagai alasan bela diri boleh diberi jika ditanya. Terutamanya bila kurang sempat mengadap PC. Inilah niaga sendiri!,  bukan kerana kurang atau lebih duit tapi realiti pengurusan hidup kadang-kadang menjadi terlalu mencapah. Jika boleh "hologram"kan diri alangkah seronoknya melakukan segala perkara yang perlu dibereskan.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Chrysoberyl - SOLD



Pasti asli
SOLD










Saiz cincin = 20
Saiz batu   = 23 x 18 x 7 mm
Harga = RM 390



SOLD