Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Januari 30, 2011

PC pula meragam.....

Baru nak mulakan balik .... PC pula buat onar.... He..he... seronoknya berehat!...

Jumaat, Januari 28, 2011

Minta maaf

Kepada rakan yang bertanya mengenai items minta maaf banyak-banyak krn tak sempat jengok blog 2@3 hari ni dan tak sempat upload krn lebih out station drp depan PC. Ada masa nanti Insyaallah saya muatkan. Maaf sekali lagi

Sabtu, Januari 22, 2011

Simpanlah bijak kita

Kadang-kadang kita terlalu bijak menilai seni di laman orang. Lebih bijak lagi kita menilai betapa mahalnya nilai sen yang kita ada. Lebih baik kita simpan sahajalah sen kita itu untuk kegunaan lain daripada kita tonjolkan sifat "kedekut" kita dalam tawar menawar yang sangat tidak masuk akal.

Selasa, Januari 18, 2011

Perasan

Perasan atau syok sendiri kerap kali menimbulkan rasa bosan kepada pemerhati. Perasan yang paling tidak munasabah pula ialah jika perasan di depan Tuhan. Waw siapa kita ?

Sabtu, Januari 15, 2011

Jumaat, Januari 14, 2011

5 bersaudara dari Ceylon

Unheated & Untreated natural Ceylon Sapphire
 2 cts lebih setiap satu

Selasa, Januari 11, 2011

Celik Vs buta

Ramai ibu bapa turut bersedih atau menangis apabila keputusan peperiksaan anak tidak memuaskan. Bersyukurlah kerana kita sebenarnya celik dengan kepentingan sijil-sijil itu. Bagaimanakah pula dengan keputusan untuk kehidupan akhirat anak kita,  malah untuk diri kita sendiripun!. Pernahkah kita menangis!..Celik jugakah kita?.. Bersyukurlah bagi mereka yang melihat perkara ini seperti nafas masuk dan nafas keluar untuk dunia dan akhiratnya.

Tasbeh kayu Abanus


Kecil - RM 180
Besar - RM 250

Soalan 2. Apakah yang ada pada diri seorang manusia ?

talian hayat: satu patah perkataan sahaja... "------" apa dia ?
Jawapan yang sepadan mengikut skema akan dihadiahkan satu permata...pat-pat siku lipat!!!...

Isnin, Januari 10, 2011

Ubi atau lalang yang kita tanam ?

Semakin tua manusia fizikalnya semakin teruk. tulang semakin rapuh, kulit semakin berkedut, uban semakin banyak....amat rugilah jika ruh pula semakin kurus dan berpenyakit, serta tidak bermaya menghadpi kematian yang semakin hampir

Ahad, Januari 09, 2011

Bloodstone asli




















Tanpa flash/bawah lampu flouresent





















Dengan flash





















Harga RM 150

Jumaat, Januari 07, 2011

Coral Asli Dari Lautan Atlantik - Jarang ada


Harga Tetap
Beli dalam nilai berat terpaksalah dijual dalam nilai karat juga.
C19 = 19 cts  saiz = 23 x 10 x 9 mm
RM 316
C40 = 40 cts   saiz = 24 x 20 x 13 mm
RM 500

Perbezaan jelas Marjan jenis ini dengan yang biasa ialah ia tidak berliang/poros.
Jika sempat saya akan uploadkan jenis yang berporos/liang dengan jaminan harga yang pasti lebih murah



C19 - sold

Rabu, Januari 05, 2011

Soalan 1. Apakah tajuk yang paling sesuai untuk lukisan abstrak ini?


    b) jiwa keliru gaji akhir
    c) akhir gaji jiwa keliru
    d) gaji keliru akhir jiwa   
     Jawapan yang sepadan akan dihantar satu permata sebagai hadiah ...pat-pat siku lipat!!!...
 Syarat penyertaan;
1. Warga negara Malaysia Sahaja
2. Alamat e-mail hendaklah disertakan  bersama jawapan di ruangan ulasan
3. Tempoh tamat akan diberitahu kelak.
4. Hanya seorang pemenang sahaja yang layak bagi setiap soalan yang telah di jawab dengan betul
5. Jawapan dari penaja adalah muktamad

Selasa, Januari 04, 2011

Ilmu dan rasa

Biasanya jika kita rasa kitalah yang berilmu, sebenarnya kita belum cukup berilmu, dan kita semakin jauh dari kehendak Diri Pemilik ilmu yang sebenar, kerana sampai suatu tahap ilmu itu sendiri akan menjadi hijab di antara kita dengan Pencipta.....Rasa tidak berilmu biasanya akan ditambah sesuatu yang baru dan kita akan merasa semakin tidak berilmu....PELIK TAPI BENAR

Ahad, Januari 02, 2011

Hati berbicara

Kita sering berbicara sendirian di dalam hati, pelbagai perkara yang baik dan buruk kita perkatakan tanpa orang lain mengetahui. Alangkah bernilainya jika bicara hati kita senantiasa diganti dengan zikrullah.

Jumaat, Disember 31, 2010

Tanah Kubur

"Mu dengan agamamu aku dengan agamaku", kubur masing-masing, nafsu-nafsi... Beragama bermakna bersabar dalam menuju jalan kematian. Jangan ambik peduli dengan orang yang tidak minat, kita buat apa yang kita percaya dan kita rasa boleh membantu kita kerana kita yang akan menanggung di kubur kita. Berbaik sangka dengan Tuhan jangan diabaikan.

Khamis, Disember 30, 2010

Kembalilah ke pangkal jalan

Dalam perjalanan memang banyak permainan yang mengasyikkan. Mungkin ada perkara asas yang sangat penting telah kita tinggalkan dan akhirnya kita berhadapan jalan buntu. Contohnya mungkin kita telah tinggalkan amalan zikir yang telah diajarkan guru kita.. Cubalah edit dan analisis semula pangkal jalan dari mana kita pernah bermula,  mulakanlah semula. Naik turun gelombang perjalanan memang lumrahnya begitu. harap jangan kita terus alpa (tok kaba). Perkemaskanlah semula !!!

Selasa, Disember 28, 2010

ingat

Pesan guru kepada muridnya: "Ingat kepada yang jahil kita juga akan jadi jahil, ingat kepada yang berilmu kita juga akan menjadi berilmu, maka sentiasalah ingat kepada yang Maha Berilmu dan berserahlah dengan sepenuh harap, maka insyaAllah kita akan dipelihara dunia dan akhirat. Di kala itu ilmu sendiri telah tertinggal ke bawah, amalan petua menjadi lebih utama, Yang maha Memeliharalah yang diisbatkan sepenuhnya....Bulatkanlah akidah, sebab itulah dalam beragama mesti ada Awalluddin.....dan bukan ikut-ikutan kerana keturunan. Faham tak anak-anakku?!...". Anak murid yang ada terdiam dan terangguk-angguk kepala...sejuk berderau seluruh anggota.

Pasaran mabuk

Sebaik-baik cara untuk mabuk biarlah berilmu. Nak berilmu biarlah berguru. Kerana guru telah masak dalam laluan hakikat. Barulah kita terbimbing dan tidak melilau di tengah perjalanan. Ada juga orang kerana tanpa sedar akan mantap sendiri, akan matang sendiri dan akan unggul sendiri....tapi fitnahnya besar....teruskanlah jika sanggup lalui....Tidak sanggup bererti gagal

Mabuk dalam memuja-muji

Ingatlah selipar jepunpun jika terlebih dipuja akan behantu kepada kita. Apatah lagi batu-batuan atau barangan mistik lain. Hebat yang muhaddas hanyalah sindiran, agar kita mengerti kehebatan diri yang Qadim. tiliklah keindahan dan seni buatannya dan bukan mistiknya. Sedangkan puji memuji hanya untuk yang layak sahaja. Pujalah yang Qadim kerana kegilaan kita hanya untuk yang Kekal dan Abadi sahaja. Jika kita memuja muhaddas bermakna kita masih kebudak-budakan walaupun bunga lalang penuh di kepala. kenapa yang jauh dicari sedangkan yang dekat sentiasa menanti dan memelihara kita, sesekali muhasabahlah diri

Isnin, Disember 27, 2010

Aquamarine untuk perhatian En. Syamsul dari Melaka

 A1 (besar)-saiz belum sempat edit
 A2(besar)
saiz belum sempat edit
 A3(sederhana kecil)
 saiz belum sempat edit
 A4 (8 pcs booked)
Permata terbaik dalam stok kebetulan telah siap dengan ikatan gaya Pok Ku (SOLD)
 Cuma saiznya 16.5 dan bukan 18 (SOLD)
Harga pasaran permata jenis ini dari keluarga Aquamarine adalah agak mahal.
Harga batu shj boleh mencecah RM 65/ct. bermakna harga batu saiz ini boleh mencecah RM 650 - RM 700 satu.
Offer untuk Tuan RM 550 termasuk ubah saiz cincin ke nombor 18 dan pos
SOLD
(Perhatian:"Ikatan  Gaya Pok Ku" adalah sekadar nama shj dan bukanlah dibuat oleh mana-mana orang yang bernama "Pok Ku"-Diharap pembeli tidak terkeliru)

Ahad, Disember 26, 2010

laku atau tak laku....terserah

Juallah apa yang patut sahaja. jangan dijual semua yang kita ada, jangan djual aib orang atau rahsia sendiri, nanti orang kata kita belum amik ubat.

Sabtu, Disember 25, 2010

Ambillah sekadar berpada-pada sahaja jika nak berniaga lama

Bahagilah juga keuntungan kepada pelanggan kita. Jangan hentam habis kesemua keuntungan untuk kita sahaja. Nanti pelanggan lari..rugi banyak hal termasuk hilang kawan dan pelanggan

Berboros pada masa sesuai

Kekadang berbelanja besar terpaksa dilakukan, banyak duit terpaksa dihabiskan untuk perkara yang dirasakan penting. Begitu juga dalam dalam mencurahkan ilmu, biarlah kena pada masa dan tempatnya.mencurah biarlah untuk mereka yang memerlukan. Kerana ilmu seperti bunga yang wangi, jagalah harumnya, seperti cahaya maka jagalah puncanya. Berpada-pada adalah mustahak dalam menjaga diri sendiri...tolong diri dulu baru cuba tulun orang....

Cincin Zamrud Colombia asli - RM 650 - SOLD

  

Saiz cincin no 14. Cincin Aloi kuku suasa
17/3/11 - SOLD
Saiz batu = 10 x 9 mm ( Anggaran 6 - 7 cts )             
RM 650/nett

Rabu, Disember 22, 2010

Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan

Memang kita terasa cemburu dengan orang hebat, dia hebat! pegangannya kukuh! Dia sangat dekat dengan Tuhannya! Tapi pernahkah kita menyelongkari bagaimanakah perjuangannya dari muda sampai ke bila-bilapun! pernahkah kita mengkaji bagaimanakah kesanggupannya, keberaniannya, kesetiaannya, kesungguhannya, ketauhidannya dan perjuangannya yang dengan sepenuh hati dan keringatnya....dia memang patut kaya dan bahagia!!!

peperangan yang pasti

Kerap kali kita terasa malu dengan keputusan peperangan dalam diri, kenapa tidaknya kita jarang sekali berada di pihak yang merasa menang. Sesekali menang hati rasa berbunga....kemudian, peperangan bermula lagi dan akan terus menerus selagi hidup masih ada.... bukan senang memenangi diri kerana diri kita adalah musuh kita...walaupun diri kita adalah penyata, pun begitu dalam penyata ada hijab.Beruntunglah orang yang kosong dengan diri sendiri...kosong...dan...kosong. Untuk berapa lama ? ..... Diri sendirilah yang jawab!.. kemas atau longgarnya pegangan kita...kita tanggung kitalah juga yang jawab ( kata sobat saya..Tuan Haji )

Black Opal asli dari Australia, sesuai untuk ibu loket/pendent

Berat = 11 cts , Saiz = 29 x 20 x 2 mm,
                                                Hijau terang dan magenta adalah warna utama


 tebal =2mm
 bahagian belakang tiadk rata dan bentuk asal
 Hijau dan magenta adalah warna utama
RM 350/nett

Ahad, Disember 19, 2010

Jaga diri

Menjaga haiwan peliharaan seperti kerbau dan lembu orang gunakan pancang atau pelunggol. Apakah tujuannya ?, sudah tentulah untuk menjaga haiwan peliharaan kita supaya terpelihara dari sebarang masalah. Untuk rasa bersih dari mengkhianati hak orang lain seperti tanaman mereka daripada dimakan oleh lembu kerbau kita. Ia akan suci untuk buat korban atau hasil jualannya kita rasa yakin untuk membuat haji nanti,  selain daripada hilang dan kita menhadapi masalah mencarinya, juga keselamatan peliharaan tadi daripada dikhianati orang lain. Tapi bagaimana pula menjaga diri sendiri. Pesan orang-orang tua jangan mudah hilang punca. Apakah maksud punca itu? Kalimah punca itu seakan akan pelunggol pada haiwan peliharaan tadi. Kata orang arif jangan berjauhan daripada pelunggol. Ada apa apa hal cepat kembali kepada pelunggol...asas perjalanan ada di situ,  itulah sebabnya orang-orang yang arif selalu berpesan demikian.

Jumaat, Disember 17, 2010

Minta maaf jika ada yang kurang senang

Budi bicara mengenai harga jualan berkenaan permata tertentu kadang-kadang saya letak di bawah harga yang kadang-kadang saya sendiri tak mampu membelinya. Sengaja saya letakkan harga pada aras tersebut kadang-kadang untuk mengetahui kemahiran orang tertentu mengenai harga pasaran batuan. Maaf jika budi bicara saya menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan peminat

Khamis, Disember 16, 2010

Peridot asli dari Ceylon...

 
 Dari kiri
1 = 2.28 cts ( 7.97 x 7.79 x 5.55 mm) - RM 110 (HOLD)
2 = 3.70 cts ( 9.93 x 5.95 mm ) - RM 180
3 = 5.83 cts (10.13 x 10.11 x 8.23 mm) - RM 250  (SOLD)
4 = 5.90 cts (11.59 x 6.97 mm) - RM 260 (HOLD-16/12/10)
Minta maaf kerana harga terpaksa tetap
* Harga yang tertera adalah termasuk pos di Semenanjung Malaysia* 
Jika ada rakan yang berminat sila emailkan 
 
no 1 (HOLD)

no 2
no 3 (SOLD)




Rabu, Disember 15, 2010

Black Opal asli dari Australia, bentuk bebas

Saiz permata = 11.5 x. 11.5 x 6mm
Berat            = 6.0 cts
 atas
 atas
 atas
pandangan bawah

Harga RM 350/ nett

Delima Ceylon bintang - Star Ceylon Ruby (Maaf harga OFFER yg merugikan sebelum ini terpaksa dinyahkan) - SOLD OUT














"jarang-jarang ada"....














batu kecil star di sisi - Harga RM 350
SOLD OUT













Batu sebelah kanan RM 650 (SOLD)