Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Disember 06, 2008

Nantikan, Akan menyusul

Yang mana satukah pilihan anda, Citrine(Cempaka), Ruby(Delima), Emerald(Zamrud), atau Aquamarine(Akuamarin). Semuanya adalah batu asli.




Nantikan..Akan Menyusul



Rabu, Disember 03, 2008

HATI AIR

"Jika anda ingin membayangkan bayangan Kekayaan Tuhan, maka, belahlah hati satu air. Jika anda mampu membelahnya, nescaya anda akan melihat sejuta lautan di dalamnya". Sungguh misterilah bagi otak di dalam tempurung, manalah mampu nak memikirkan seekor ikan sepenuh lautan, sedangkan dalam masa yang sama, seluruh lautan itu di dalam ikan yang sama. Awaslah di dalam bab seperti ini, jangan tersesat di dalam bahasa!. Memanglah I.Q jauh bezanya dengan E.Q....

Harap selamat!

Delima Burma asli/ Burmese Ruby Silver Ring RM 370


SOLD
Saiz batu: 11x9x5 mm,
Saiz cincin 18.5
(bilangan cincin=1)

Isnin, Disember 01, 2008

Jay Jay berkualiti tinggi - RM 1430

Aloi khusus untuk bahan cincin ini berasasakan perak. Aloi ini mempunyai mutu yang lebih baik daripada perak biasa( tulen). Ini kerana kilauannya tahan lebih lama dan ia lebih keras.



Batu Jay-Jay Gum konsep retak/crack ini di ikat dengan suasa bertatahkan batu hijau kecil sesuai dengan design dan bentuk batu.
Saiz batu: 11x9x6 mm, SOLD on 26/12/08

Drop shape Blue Agate - RM 120 include shipping cost (SOLD)

Cincin daripada perak tulen, juga dipanggil perak 10.





Batu agate biru muda berbentuk titisan air.
Sesuai untuk mereka yang minat dengan gaya ringkas.
Saiz batu: 14x9x4.5 mm

Sabtu, November 29, 2008

*Penyakit Darah Rendah*

Bagi mengatasi penyakit darah rendah, silalah amalkan perkara berikut;
1) Rebuslah air kelapa, minum. cuba amalkan, atau
2) Amalkan memakan sayur bayam merah, ia mengandungi banyak zat besi, baik utk penyakit darah rendah

Jika teman ada maklumat berkaitan dengan penyakit ini atau hal-hal lain yg berkaitan dengan cerita dlm blog kecil ini, janganlah segan silu berkongsi dengan saya.

....Selamat......

Jika Ada Rezeki Teman.....Air Penawar Raja Herba...SOLD OUT

Sila klik tajuk untuk keterangan lanjut

Penggunaan herba ini memang berdasarkan pengalaman saya sendiri ;

AMAT BERBALOI
Saya bersedia menerima tempahan dalam bentuk pukal
atau
Sedia untuk menerima pesanan

SOLD OUT

Isnin, November 24, 2008

Stok 3 - sebahagian dari cincin saya yang baru siap

Jenis batu paling mahal

Biasanya jenis batu asli yang paling mahal tidaklah banyak sangat. Ia terdiri daripada batu dari jenis Delima ( ruby), Zamrud (Emerald), Nilam (Sapphire), Berlian (Diamond) dan Alexender (Alexanderite).

Jangan terkejut jika harga batu berkualiti tinggi dari jenis ini boleh mencapai harga dari RM 900 hingga RM 35,000 (USD 10 000) sekarat. Rakan tahukan satu(1) karat berapa beratnya. Nilai satu karat adalah bersamaan dengan 0.2 gm.

Bagaimanapun janganlah terpedaya hanya kerana jenis batu sahaja. Ini kerana walaupaun sah keaslian batu tersebut, kualitinya banyak peringkat pula.

Maaf rakan ! saya dalam proses mengedit

Sebenarnya kebanyakan cincin yang ditunjukkan di muatan sebelum ini adalah dari jenis buatan tangan. Ia dibuat oleh beberapa orang tukang Kelantan, dari beberapa tempat pertukangan yang berlainan. Ini adalah untuk mempelbagaikan koleksi untuk rakan sekelian, yang sememangnya memilih pelbagai variasi cincin.

Untuk Maklumat rakan, kebiasaannya cincin tempahan "tangan" ini mahal harganya. Bagaimanapun keseluruhan harga cincin sangat bergantung kepada susah atau senang kerja penukang, kesohoran tukang, jenis bahan yang digunakan, jenis dan kualiti batu permata itu sendiri.

Lain kali saya akan cuba membicarakan hal ini dengan lebih terperinci........Selamat

Stok Cincin dari bekas kecil [# 1]