Sebenarnya kebanyakan cincin yang ditunjukkan di muatan sebelum ini adalah dari jenis buatan tangan. Ia dibuat oleh beberapa orang tukang Kelantan, dari beberapa tempat pertukangan yang berlainan. Ini adalah untuk mempelbagaikan koleksi untuk rakan sekelian, yang sememangnya memilih pelbagai variasi cincin.
Untuk Maklumat rakan, kebiasaannya cincin tempahan "tangan" ini mahal harganya. Bagaimanapun keseluruhan harga cincin sangat bergantung kepada susah atau senang kerja penukang, kesohoran tukang, jenis bahan yang digunakan, jenis dan kualiti batu permata itu sendiri.
Lain kali saya akan cuba membicarakan hal ini dengan lebih terperinci........Selamat