HAYATI DAN HARGAILAH KEINDAHAN CINCIN WARISAN KITA
Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal.Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahanyg banyak.bergantung kpd keadaan
FOTO
CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN
Dari leher, pisau ditarik dan ditolak, selepas menggelupur dan hilangnya nyawa binatang sembelihan, maka pakat ramai-ramai menyiangkannya hinggalah ke menanam saki baki yang tidak boleh dimakan. Berapa banyak lembu yang tumbang di ke empat-empat pagi tersebut.... Berapa ramai pula yang telah melihat darah sembelihan yg mengalir....... Dan persoalan terakhir berapa ramai pula tajam hatinya untuk sampai ke maqam Taqwa seperti yang diharapkan. Labbaikallahhummalaibaiq ... InsyaAllah, Wallahhua'lam. Subhanallah Walhamdulillah Walaailaahailallah Wallahuakbar
Sedikit pengalaman rohani yang dikecapi bukan untuk mengembangkan dada, meluaskan lubang hidung macam cerobong kapal, tapi untuk dilayari dan disyukuri. Bahkan kita tetap diuji selagi masih bernyawa. Lihatlah ia sebagai suatu bentuk pengalaman ilmu yang baru untuk acu cuba try test. Ia adalah anugerah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan sememangnya bukan hak kita. Ia sekadar sekelumit untuk menyatakan kepada diri sendiri bahawa itu adalah ilmuNya dan kuasaNya yang memang sementara dalam sementara kepada kita dalam menuju kematian. Semakin kita tahu semakin banyak lagi yang kita tak tahu. Akhirnya menjadi aku tak tahu. Tak tahu dalam sifat TahuNya bahkan Maha Tahu Tuhan.
SAIZ DARI KIRI:
(1 ) NO 19, (2) NO 20 , (3) NO 18, (4) NO 18, (5) NO 17
Kepada rakan yg berminat sila email @ fauzi.zi.ibrahim@gmail.com // sms @ 0139277371
Gambar atas adalah tanpa flash dengan jarak ~ 9' dari lampu flouresent.
Buat pengetahuan rakan kualiti dan harga batu mani gajah adalah bergantung kepada saiz dan warnanya. Lebih besar harganya lebih mahal. Warna yang lebih tua dan terang pula lebih berkualiti kerana usianya lebih lama berada dalam tanah, tentulah harganya juga lebih mahal daripada yang warna lebih muda. ********************************************
sila double click pada gambar untuk pembesaran image
******************************************** SOLD - No 1, 2, 4, 5, 6, 8. untuk tuan yang bertanya
Nota : Harga ; #2, 5 - RM 200/PC // #4, 7 - RM 150/PC // # 3, - RM 100/PC (ASLI - MANI GAJAH MENJADI BATU).
Semasa menghadapi zaman kesusahan dan keperitan hidup, kepala sering tunduk dan insaf. Bercakappun kurang menonjol seperti anak semalu di tepi semak. Namun setelah bersungguh-sungguh berusaha akhirnya berjaya. Seterusnya dapat pula mencipta kejayaan demi kejayaan. Pada masa ini kenapa pula lantang bersuara memperihalkan aku dulu begitu, begini. Kisah sedih dan sardis kadang-kadang diceritakan dengan bangga dan riak kerana akulah yang berjaya mengatasinya. Ingatlah derita, bahagia, miskin dan kaya itu cumalah kecapan sementara belaka. Riang pada dapatan dunia biarlah berpada-pada. Bersyukur adalah sebaiknya kerana telah lulus ujian kecil semasa miskin dan susah suatu masa dahulu. Biarlah pengalaman menjadi guru kepada bunga-bunga rasa tentang neraka dan syurga yang kekal dan abadi nanti
Ulu - Pakkawood
Utk - memburu, melapah, berkemah, dan pemotong,
Panjang mata - 31/2 "
Harga RM 260 (termasuk pos) SOLD 21/10/11 - Milik rakan dari Negeri Sembilan Pahang
Selarikah akhirat dalam urusan dunia kita?. Utamakan akhirat insyaAllah urusan dunia dipermudahkan kepada kita. Berjuang untuk akhirat tidak pernah dijanjikan miskin di dunia, malah sebaliknya, bahkan bergembira pula. Bermatian-matian untuk mandiri dunia, akhirnya kita mati juga. Julat masa duniawi amat singkat sedangkan masa di akhirat tiada tepinya. Tidakkah perjuangan dan mandiri ke sana tak terbanding peri pentingnya. kenapa harus lari dari kenyataan, kenapa harus tahu tapi tidak mengerti, haruskah berlakon tanpa rasa, haruskah bertindak tanpa adil. Yang jelas setiap yang dicanang pasti akan bersifat, dan dengan sifat itulah pastinya kita di sana.
Rezeki yang kecil dan senang diperolehi itulah mudah diratah-ratah sehingga ramai yang terlupa batasan. Akhirnya ia terkumpul menjadi bala yang besar. Ramai yg terlupa kepada cara jalan oleh Tuan pemberi rezeki. Kerana yg selalu diingat atau terkeliru dalam amalan ialah rezeki itulah tuan. Cekap bercakap bukan kayu ukur amalan babe!!!
dia berkata kepada dia
kenapa kita perasan ?
kerana kita rasa kita hebat
kerana kita rasa berhak
kerana kita rasa belum merempat dan melarat
kerana kita rasa kita bukan keparat
kerana kita tak pernah tersekat
kerana kita tak rasa menyakat
kerana tak rasa kita meyampuk
kerana tak rasa pula kita menyibuk
kerana kita tak pernah rasa terhantuk dan terhempap
dan yang penting sekali kerana kita tak pernah rasa melanggar tembok
masa ini
manusia mengaku hamba
mendakwa setia
dalam sembahnya alpa si kaya
si fakir memerhati dalam kemiskinannya
memuji memuja
hanya yang hak kepada yang berhak
menitis air mata
ingatkan yatim dirinya
rupanya kosong
tiada dalam bayang yang ada
menangis ia
mengenangkan bayang itupun hanya hak pemiliknya sahaja
hampa tanpa sengketa
Air boleh bertukar menjadi ais. Begitulah juga sebaliknya ais harus bertukar kepada air semula. Itu apa yang alam bagitahu kita. Tetapi oleh kerana kering pandangan terhadap pengajaran alam ini atau terlalu merendah rasa maka sukarlah nak mengerti. Umpama cawan yang terlalu rendah duduknya, menanti air yang terpercik dari cerek yang terlalu tinggi pula tempatnya, hampir semuanya terkeluar. Apa lagi yang tinggal....hanya sekadar dapat merasa beberapa titis air, sedangkan haus dahaga tidak hilang. Begitulah tergelapnya dalam syirik yang bergelar "kita"
Ilmullah dicari dan dituntut oleh penuntut ilmu dari guru yang dilihat mursyid. Pelbagai kaedah penyampaian pula dibuat oleh guru-guru bergantung kepada keadaan murid. Pencetus cerita tentang Ilmullah juga wujud selagi dunia ini ada. Ia wujud di mana-mana sahaja, dari persekitaran sekeliling kita sehinggalah ke alam siber. Namun rezeki serta kadar ilmu dan faham yang akan kita dapat hanya terserah kepada Pemilik ilmu itu sendiri, Yaakni Allah SWT. Berusahalah semasa usia masih muda, selagi peluang masih terbuka. Jangan bersikap tunggu dan lihat sehingga kekangan menghalang kita. Wallahua'lam.
Setajam pisau atau senjata berbahaya belum tentu boleh menggerunkan sesaorang. Kita mungkin dapat mengelak atau mengatur langkah seribu jika takut. Ketajaman yang amat ditakuti oleh manusia adalah berbentuk gelombang bunyi yang datangnya dari semua arah, tiada tempat untuk lari atau bersembunyi. TikamanNya pasti mengena dan bekasnya wajib dihadapi. Laluan harapan selamat adalah bermula dengan "LaailaahaillahMuhammadurrasulullah" dan penamatnya "Mardhatillah". Berjuanglah dengan bersungguh-sungguh selagi nyawa masih terkamil. Walahaulawalaquataillahhila'liyia'zim".
terdiam lebih baik dari terlebih cakap
terdiam bukan bererti batu
terdiam bukan bererti kaku
terdiam mengurangkan keliru
terdiam mengurangkan dosa
terdiam menutup perkara tersembunyi
terdiam memberi peluang berfikir dan merenung
terdiam memberi peluang menilai
terdiam lebih dekat menyentuh kalbu
terdiam meluhurkan a'qal dan akhlak
terdiam lebih menginsafkan diri
kata sahabat tapalah lidah dalam mulutmu
sebaik terdiam biarlah dalam rindu