Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Jumaat, Jun 17, 2011
InGaT dAn SeRaH
Kosongkan diri, seperti tiada apa yang diinginkan, tiada apa yang nak digusarkan, di hadapan nanti Dia jua Penentu....hati yang pernah berbolak balik diharapkan akan menjadi bulat, selarikanlah fikir dan rasa.
Jumaat, Jun 10, 2011
Isnin, Jun 06, 2011
Kerenah harga perak
Pada masa ini, jika tidak terliur sangat nak memakai cincin, lebih baik lupakan sahaja niat untuk menempahnya. Ini kerana harga perak di Kelantan telahpun mengikut trend seperti di sebahagian besar negeri lain di Malaysia. Bila sesekali harga perak naik, harga perolehan untuk tukang akan naik mengikut paras tersebut, dan ia akan terus kekal walaupun jika ada penurunan harga baru. Buat masa ini harga perak ialah RM 47XX/kg. Kita pihak peniaga terpaksa membeli mengikut harga yang telah ditentukan oleh pemborong. Maklum sajalah semuanya dah naik harga. Harga gulapun RM 2.30 - RM 2.50/kg. Inikan pula bahan hiasan....Sebentuk cincin perak biasa terpaksa bernilai paling kurangpun RM 150 - RM 180.. Susah jugalah kita nak cari makan nampaknya.
Kenapa bertelagah
Mengenal dengan Asma-Ul-Husna atau melalui sifat 20 sapatutnya saling lengkap melengkapi, dan kita sepatutnya bukan saling bertelagah. Mengetahui, menghafal, atau menghayati nama sahaja belum tentu mampu menterjemahkan siapakah DiriNya, SifatNya dan Afaa'lNya. Tahu nama tak kenal Tuan, macam mana nak mentauhidkan ?. Tahu sifat 20 atau sifat 50, tapi tak menghayati makna berdasarkan semua namaNya macam mana nak mengEsakan ?. Menguasai ilmu "qalam" kedua-duanya belum tentu cukup, apatah lagi satu, sudah mahu bertelagah!. Usah sesat dalam bahasa, berhentilah bertelagah!, satu musuh itu ramai...
Bersedekah
Sebaiknya biarlah pada adatnya kita bagi apa yang kita rasa agak sayang juga untuk diberi. Itupun masih belum berbau ihsan seperti Tan Seri P. Ramlee. Bersedekah mengajar erti tentang kerelaan yang bukan hak kita. Sedangkan kerap kali kita merasakan hak kita sahaja... anak aku, bini aku, kereta aku, rumah aku, ini hak aku, itupun hak aku,...pun-pun hak aku. Bilakah kita nak belajar tentang hak orang lain atau Hak Diri Lain. Menyesal dahulu pendapatan!!!!....
Ahad, Jun 05, 2011
Sabtu, Jun 04, 2011
Permata Delima Burma asli
Saiz permata = 11 x 7 x 2.5 mm
catatan ; bodi pemegang permata sahaja dan bukan cincin sebenar.
RM 250/= sahaja
catatan ; bodi pemegang permata sahaja dan bukan cincin sebenar.
RM 250/= sahaja
Label:
Delima/ruby,
Loose gemstone
Hala tuju destinasi kehidupan
Ada orang amat suka kepada cerita wali-wali. Ada pula bercita-cita nak menjadi wali, tok wali, si mulut masin atau si pahit lidah, atau macam-macam lagi gelaran yang dirasakan amat hebat di sisi manusia. Seorang lelaki tua berpesan itu semua adalah permainan di perjalanan... jagalah hati dan niat kita menuju kematian, Dharap jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
p/s:
saya masih seorang budak
p/s:
saya masih seorang budak
kecil, besar, mengecilkan atau membesarkan
Jika suatu benda yang kecil tapi kita perbesarkan maka ia tetap besar bagi kita....natijahnya ia tetap penghijab walaupun ia adalah diri kita sendiri.
Minat dan kesukaan kita
kerap kali kita tersilap alamat kepada apa yang kita suka dan kepada apa yang kita tak suka. kita sering tidak menyukai apa yang sepatutnya kita sukai kerana ianya pahit dan menyakitkan. sepatutnya pada peringkat awal kita patut mengajar diri menyukai yang pahit dan menyakitkan, kerana kata si arif ia adalah pengenalan atau asas kepada mati sebelum mati....Wallahhua'lam
Tok Dalang
Sita Dewi, Wak Long, Pak Dogol, Raja Serama, Hanuman Ikan, Hanuman kera Putih, dan Pelbagai lagi watak dilakonkan dengan bunyi suara yang pelbagai , dengan watak, gerak dan gaya yang berbeda-beda, mewujudkan suatu suasana yang cukup menarik kepada penonton... Saya kebingungan kerana kata si abang tanpa memerhati kita akan tertipu dengan apa yang dilihat....
Khamis, Jun 02, 2011
Isnin, Mei 30, 2011
Ahad, Mei 29, 2011
Koleksi peribadi
UNAVAILABLE
Akik koleksi kesayangan :
Saiz 20 perak aloi (A) tebal. permata 27 x 22 x 13 mm
UNAVAILABLE
Sabtu, Mei 28, 2011
Guru pendeta
Terbayangkan oleh seorang pengetua di sebuah sekolah...dalam gurau selamba ia berkata...macam manalah agaknya orang itu ya?. Agaknya berjanggut putih yang lebat....atau bermisai panjang yang nipis di kiri dan kanan, kosong di tengahnya...
Mungkin betul yang putih dan kosongnya...
Mungkin betul yang putih dan kosongnya...
atuk kata...
usahlah belajar usul, nanti sesat keparat. tak belajarpun boleh hidup, buat apa menyusahkan diri....
carilah duit, nanti kita jadi hebat...dah hebat nanti, senang nak menjawab,...kita datang bawa badan,
kita mati bawa aqidah, amboi senangnya cakap...nah cakap...cakap...bercakaplah selagi masih bernyawa
carilah duit, nanti kita jadi hebat...dah hebat nanti, senang nak menjawab,...kita datang bawa badan,
kita mati bawa aqidah, amboi senangnya cakap...nah cakap...cakap...bercakaplah selagi masih bernyawa
Sempurna yang menakutkan
Darah, daging, urat, tulang, kuku, rambut, lendir, nanah, dan kulit...itulah yang ada pada tubuh kita.
Sebahagian lirik S. Effendi dalam lagunya Seroja
Sebahagian lirik S. Effendi dalam lagunya Seroja
Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja
Persoalannya di manakah terletaknya kesempurnaan makhluk yang bergelar manusia ?
Selamilah diri....hayatilah rasa....belahilah jiwa...tanyalah Pencipta
Telanlah kepahitan dulu....Hujungan yang manis kita harapkan
Kadang-kadang kita kecewa kerana tidak dapat apa yang kita inginkan. Tapi dalam rasa kecewa ada kebaikan yang Tuhan Maha Pengasih dan Maha Penyanyang aturkan untuk kita. Seperti kata seorang sahabat bersyukurlah kerana kita masih belum kebuluran, masih kenyang, malah masih dalam golongan yang mewah berbanding mereka yang kais pagi makan pagi, petangnya belum tentu pula....Barang yang lepas usah dikenang
Rabu, Mei 25, 2011
Pemergian
Al-Fatihah kepada mereka yang telah meninggalkan kita dalam tragedi tersebut. Amat sedih bagi keluarga terdekat. Namun mereka masih mampu menerima dengan Takdir itu. Bagaimanapun kadang-kadang kita yang agak tidak kena mengena pula yang terlajak ucap dari tangis, seolah-olah teramat sedih dan terucap perkataan yang menggambarkan ketidakredhaan terhadap Takdir orang lain yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Janganlah begitu...kan kita juga akan mengikuti mereka apabila sampai masa dan ketika...Mati...Apakah ia suatu noktah terakhir atau permulaan kehidupan sebenar ? Bersediakah kita ?
Sabtu, Mei 21, 2011
Nilam asli Ceylon - CLEARANCE SALE untuk barang lama/used
CLEARANCE SALE !!!
Saiz cincin 20.5 - saiz tidak boleh diubah untuk ikatan jenis ini.
Permata 12 x 9 x 8 mm ~ 6.5 cts
Harga
CLEARANCE
SALE !!!
(p/s : harga asal jauh lebih mahal)
CLEARANCE
SALE !!!
(p/s : harga asal jauh lebih mahal)
CLEARANCE
SALE !!!
(p/s : harga asal jauh lebih mahal)
CLEARANCE SALE !!! 50% OFF !!!
(p/s : harga asal jauh lebih mahal)
Khamis, Mei 19, 2011
Jade Asli dengan pelbagai harga
A & B - RM 60/pc, C - RM70 OFFER RM 40 (A DAN B), RM 50 (C)
Bawah;
RM 90/pc OFFER RM 60/PC
BAWAH,C1- RM 130 OFFER RM 90/PC, C2 & C3 - RM 120/pc OFFER RM 70/PC
Bawah;
BAWAH,
Selasa, Mei 17, 2011
Untuk perhatian En. Faizal - Selangor - SOLD OUT
Delima star - cuma tinggal 3 pcs shj. sila pilih di antara no 1, 2, dan 3
SOLD OUT
SOLD OUT
InsaAllah untuk ikatan gaya Pok Ku
(Perhatian:"Ikatan Gaya Pok Ku" adalah sekadar nama shj dan bukanlah dibuat oleh mana-mana orang yang bernama "Pok Ku"-Diharap pembeli tidak terkeliru)
SOLD OUT
SOLD OUT
InsaAllah untuk ikatan gaya Pok Ku
(Perhatian:"Ikatan Gaya Pok Ku" adalah sekadar nama shj dan bukanlah dibuat oleh mana-mana orang yang bernama "Pok Ku"-Diharap pembeli tidak terkeliru)
nasihat seorang rakan dan sobat
Petang ini tersembang dengan sahabat lama, persoalan dari perbualan ringkas ini;
- kekayaankah yang kita cari ?
- atau pangkat dan nama?
- atau segala seumpamanya lagi?
kesimpulan beliau- sepanjang masa kita mesti mempraktik jalan kembali, dan bukan sekali-kali untuk dibuali atau berteori.
Terima kasih daun keladi.....
- kekayaankah yang kita cari ?
- atau pangkat dan nama?
- atau segala seumpamanya lagi?
kesimpulan beliau- sepanjang masa kita mesti mempraktik jalan kembali, dan bukan sekali-kali untuk dibuali atau berteori.
Terima kasih daun keladi.....
Di antara yang laju walaupun berharga tinggi dengan yang tidak berharga (kerana tidak asli) _SOLD OUT
Zamrud Colombia Asli
Zamrud Colombia Asli
Zamrud Colombia Asli
Zamrud Colombia Asli
Gambar bawah : kiri tidak asli, kanan atau atas adalah asli
Zamrud Colombia Asli
Zamrud Colombia Asli
Zamrud Colombia Asli
Gambar bawah : kiri tidak asli, kanan atau atas adalah asli
Langgan:
Catatan (Atom)