Bernyawa dalam nafas tanpa sedar maka jadilah diri sendiri sebagai tuhan. Orang yang fikirannya suka dipuji akan mengharap pujian dari orang lain. Orang yang petah luar biasa dalam berbicara akan rasa dirinya sentiasa bijak, perasaannya tercair di dalam pujian dari fikirannya, melihat dan merasa dirinya sangat bijak. Apa lagi jika selalu menang dalam bertegang leher, kawanan lain kelihatan selalu megalah kerana kerap kali malas nak layan. Perhatikanlah di sekeliling kita sebagai sempadan, memang terdapat bayak tuhan-tuhan. Ada tuhan duit, tuhan telu'k, tuhan pakar cakap, dan seribu satu jenis tuhan lagi. Inilah tuhan-tuhan palsu yang telah menyangkal
Tuhan Sebenar Tuhan Yang Maha Esa, iaitu Allah S.W.T. Setelah dihidupkan kembali, maka dengan tuhan-tuhan itulah nanti mereka akan diserahkan...Jika hari ini mereka terus berjenaka tanpa insaf dan taubat, maka esok penderitaan yang tidak bertepi pasti menanti...Diharap kita tidak termasuk ke dalam gologan berkenaan...
Amin Ya Rabbala'lamin.