SILA AMBIL PERHATIAN
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Selasa, Disember 23, 2008
Untuk Perhatian Saudara Hafiz Dari Kelang
Sokongan Terhadap Blog Cincin-Rings
Terima kasih di atas segala bantuan dan sokongan yang tidak henti-henti tanpa jemu. Segala nasihat dan sokongan semua rakan dan sahabat membuatkan saya rasa lebih bersemangat untuk cuba tambah baik ruangan blog ini, walaupun terdapat kekangan tertentu yang sudah dikenalpasti. Sebenarnya banyak lagi perkara yang hendak saya muatkan di blog ini. Contohnya ruangan aksesori lain seperti jam tangan dan herba. Tapi saya takut ruangan blog ini akan menjadi kelihatan berselerak, dan pengunjung akan rasa agak bosan untuk mencari apa yang dikehendaki. Saya masih memikirkan bagaimanakah kaedah supaya jika saya muatkan ruangan tersebut ia akan kelihatan kemas. Kalau boleh biarlah nampak macam "mini market" dulupun jadilah!
S E L A M A T
Isnin, Disember 22, 2008
Terima kasih sahabat
Stok Cincin Jasper
HOBI : Mengumpul Cincin dan batu permata
Itulah dunia pelajar dengan usia yang masih muda, terasa hebat tapi sebenarnya jauh terkongkong di dunia tersendiri yang tidak nyata. Terasa hebat tapi jauh dengan kehidupan masyrakat sekeliling. Malu nak luahkan apakah perasaan saya kini berkait dengan "aku seorang pelajar universiti" di masa dulu-dulu. Kesimpulannya selagi kita terasa kita hebat, sebenarnya kita semakin jauh dari kehebatan sebenar.
Berbalik kepada minat mengumpul batu permata serta cincin tadi, sebenarnya ada ceritanya yang tersendiri yang tidak dapat saya ceritakan kepada umum. Bagaimanapun bibit-bibit meminati batu permata ini bermula di awal tahun 90'an. Ia seolah-olah mendedahkan naluri saya kepada sifat "keindahan" . Seoalah-olah dengan melihat permata, tercuit pada perasaan saya... wah! indahnya.... , dan mulalah saya mencari dan menilai erti keindahan. Sedikit-sedikit dan hinggalah ke hampir semua dimensi kehidupan saya.
Banyak lagi yang hendak saya tulis di sini, tetapi kekangan masa dan suasana memaksa saya menoktahkannya di sini dulu. Harap dapat disambung lagi. Sekian.
Wassalam
Sabtu, Disember 20, 2008
Stok untuk dijual secara runcit atau borong
Stok 6 - Brumese Saphhire & Rutile
Cincin untuk dujual secara borong
Tapi jika tiada pemborong ia akan dibuka untuk jualan secara runcit.Semuanya adalah batu Citrine / Cempaka asli, dengan ikatan
asas Tangkai Kendi dengan pelbagai saiz.
Dari atas kiri ke kanan 1, 2, 3, 4,5
Dari bawah kiri ke kanan 6, 7, 8, 9, 10
No 5 & 9 - telah dijual
Maklumat Buat Sahabat dari Bachok
S E L A M A T M E M B A N T U
Isnin, Disember 15, 2008
Contoh Kad Pengesahan Batu Permata Tulen
Biasanya jika kita membeli batu permata yang tulen dan berkualiti serta nilaiannya agak tinggi, terutamanya dari kedai-kedai permata yang tersohor, Sijil atau Kad akan disertakan. Ini satu daripada contoh kad itu.
Batu permata Zamrud Colombia tulen yang disahkan oleh sebuah makmal Jepun di Bangkok, Thailand untuk kad ini berharga sekitar
RM 6,500 pada tahun 2007.
Harga batu (yang asalnya tiada sijil) akan menjadi lebih mahal jika kita meminta sijil dikeluarkan untuk pengesahan ketulenan batu tersebut. Ini kerana kos pegesahan melibatkan bahan kimia yang biasanya diimport dari US. Ia pula dilakukan oleh hanya kedai yang bertauliah
sahaja.
Rabu, Disember 10, 2008
Peranan Tangan Kiri
Selamat....
Selasa, Disember 09, 2008
Emerald (Colombia) Ring RM 550
Di Kelantan ukiran ini dikenali dengan nama cincin bentuk jala. Ia di sulam dengan berlian Swiss kualiti AA. Sesuai untuk mereka yang tidak menggemari suasa. Ia di hasilkan dengan menggunakan aloi kualiti tinggi.
Batu Zamrud asli Colombia. Design ini amat sesuai untuk mereka yang bekerja di pejabat dengan gaya kemas.
Saiz cincin: no 17-------
SOLD
-------
"Cincin" famous websites, Examples of..
www.Calibex.com/rings Elegant Rings for Men and Women. Gold Rings, Diamond Rings & More.
www.steelnavel.com Gold Navel Ring -.
o rings o rings
www.foreverubber.com/product
Wide variety of fashionable Jewelry available on the internet today
www.bidz.com
Buy or Sell Products Online? Find New Opportunities Here!
Sebagaimana acuan, begitulah bentuknya
Alat penting untuk penghasilan acuan lilin cincin
Hubungi saya (untuk tempahan pukal shj)
Cincin yang kualitinya masih bagus kerana peratus campuran perak dan alloy yang betul. Biasanya dihasilkan dalam jumlah yang banyak. kaedah menghasilkannya adalah dengan menggunakan acuan daripada sejenis lilin seperti di dalam foto sebelah. Untuk tujuan tempahan rakan atau anda yang mahu berniaga, saya harap akan dapat memenuhi permintaan. Bagaimanapun rakan hendaklah faham, bila sebut saja barang tempah, ia memerlukan lebih masa berbanding dengan barang siap.
Isnin, Disember 08, 2008
Tempahan buatan tangan sangat berkualiti
Ahad, Disember 07, 2008
BOLA
Sekarang ni musim bola, bola lagi, dan bola lagi.. Seorang tua di kaki bukit pernah berkata kepada abang saya "Jika tiada angin dalam bola, kita tak boleh bermain, dan jika tiada angin dalam pemain bola, lagilah tak boleh main". kanapalak ?, he..he..sebab kalau dah tiada angin dalam badan alamatnya dah expiredlah tu. Lebih kuranglah dengan kata-kata seorang confucious "If you breath you inspire, if you do not breath you expire". Saya rasa imej ini sesuai dipaparkan untuk renungan bersama.
Gambar ini membawa seribu makna. Pun begitu gambar ini amat sesuai untuk tatapan rakan sekelian. Kerana ia juga boleh membawa makna "HIDUP"(objek) dan "MATI"(bayang). Bukan nak berceramah kepada rakan yang sudah sedia arif, tapi sekadar mengingatkan "diri". Kerana Pesanan "Baginda" Kekasih Tuhan, "Orang yang bijak di antara kamu adalah mereka yang paling banyak mengingati mati. Dan orang yang paling bijak di antara kamu adalah mereka yang paling banyak bersedia
ke arah kematian"-Auqamaqal.
Dengan kata lain, Nak menuju kematianpun mestilah berilmu. Nak berilmu mestilah berguru. Memperolehi Ilmu pula banyak cara. Ada yang dapat dengan membaca sahaja, atau mendengar, melihat, mengeksperimen dan sebagainya. Tapi kata orang bijak pandai ilmu mentauhidkan Tuhan mestilah "dituntut", dan bukan ilmu yang "menuntut". Hai rakan, ini hanyalah sekadar asas maklumat sahaja, walaupun bagi sesetengah orang hal ini "kedengaran" nipis seperti kulit bawang !, mungkinlah ia penting bagi "budak" yang berminat. Saya sendiri melihat saya masih "budak" dalam hal seperti ini.
Sabtu, Disember 06, 2008
Nantikan, Akan menyusul
Khamis, Disember 04, 2008
Rabu, Disember 03, 2008
HATI AIR
Harap selamat!
Selasa, Disember 02, 2008
Isnin, Disember 01, 2008
Jay Jay berkualiti tinggi - RM 1430
Drop shape Blue Agate - RM 120 include shipping cost (SOLD)
Ahad, November 30, 2008
Sabtu, November 29, 2008
*Penyakit Darah Rendah*
1) Rebuslah air kelapa, minum. cuba amalkan, atau
2) Amalkan memakan sayur bayam merah, ia mengandungi banyak zat besi, baik utk penyakit darah rendah
Jika teman ada maklumat berkaitan dengan penyakit ini atau hal-hal lain yg berkaitan dengan cerita dlm blog kecil ini, janganlah segan silu berkongsi dengan saya.
....Selamat......
Jika Ada Rezeki Teman.....Air Penawar Raja Herba...SOLD OUT
Isnin, November 24, 2008
Jenis batu paling mahal
Jangan terkejut jika harga batu berkualiti tinggi dari jenis ini boleh mencapai harga dari RM 900 hingga RM 35,000 (USD 10 000) sekarat. Rakan tahukan satu(1) karat berapa beratnya. Nilai satu karat adalah bersamaan dengan 0.2 gm.
Bagaimanapun janganlah terpedaya hanya kerana jenis batu sahaja. Ini kerana walaupaun sah keaslian batu tersebut, kualitinya banyak peringkat pula.
Maaf rakan ! saya dalam proses mengedit
Untuk Maklumat rakan, kebiasaannya cincin tempahan "tangan" ini mahal harganya. Bagaimanapun keseluruhan harga cincin sangat bergantung kepada susah atau senang kerja penukang, kesohoran tukang, jenis bahan yang digunakan, jenis dan kualiti batu permata itu sendiri.
Lain kali saya akan cuba membicarakan hal ini dengan lebih terperinci........Selamat