Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 07, 2011

Pencari, penyampai, dan pemberi ilmu.

Ilmullah dicari dan dituntut oleh penuntut ilmu dari guru yang dilihat mursyid. Pelbagai kaedah penyampaian pula dibuat oleh guru-guru bergantung kepada keadaan murid. Pencetus cerita tentang Ilmullah juga wujud selagi dunia ini ada. Ia wujud di mana-mana sahaja, dari persekitaran sekeliling kita sehinggalah ke alam siber. Namun rezeki serta kadar ilmu dan faham yang akan kita dapat hanya terserah kepada Pemilik ilmu itu sendiri, Yaakni Allah SWT. Berusahalah semasa usia masih muda, selagi peluang masih terbuka. Jangan bersikap tunggu dan lihat sehingga kekangan menghalang kita. Wallahua'lam.

Khamis, Oktober 06, 2011

Tajam

Setajam pisau atau senjata berbahaya belum tentu boleh menggerunkan sesaorang. Kita mungkin dapat mengelak atau mengatur langkah seribu jika takut. Ketajaman yang amat ditakuti oleh manusia adalah berbentuk gelombang bunyi yang datangnya dari semua arah, tiada tempat untuk lari atau bersembunyi. TikamanNya pasti mengena dan bekasnya wajib dihadapi. Laluan harapan selamat adalah bermula dengan "LaailaahaillahMuhammadurrasulullah" dan penamatnya "Mardhatillah". Berjuanglah dengan bersungguh-sungguh selagi nyawa masih terkamil. Walahaulawalaquataillahhila'liyia'zim".

Sabtu, Oktober 01, 2011

Terdiam

terdiam lebih baik dari terlebih cakap
terdiam bukan bererti batu
terdiam bukan bererti kaku
terdiam mengurangkan keliru
terdiam mengurangkan dosa
terdiam menutup perkara tersembunyi
terdiam memberi peluang berfikir dan merenung
terdiam memberi peluang menilai
terdiam lebih dekat menyentuh kalbu
terdiam meluhurkan a'qal dan akhlak
terdiam lebih menginsafkan diri
kata sahabat tapalah lidah dalam mulutmu
sebaik terdiam biarlah dalam rindu

Rabu, September 28, 2011

Esok...

InsyaAllah saya akan mula berniaga semula.....
Kali ini InsyaAllah akan dimulakan dengan beberapa bilah pisau.
Maaklum sajalah agak ramai yang bertanya pasal pisau bagi kerja sembelihan dan melapah. kawan kita ni nak buat persediaan awal agaknya. Musim haji dah nak hampir tiba...kata si arif orang yang benar-benar haji, lidahnya lebih tajam daripada mata pedang, apatah lagi mata pisau...Betullah agaknya tu....

Jumaat, September 16, 2011

Sumber ilmu yang kita ada

Percakapan yang datang hasil dari pemikiran dan sumber terjemahan bacaan kita belum tentu memantapkan kita dalam menilai hidup dan kehidupan sebenar. Belum tentu kita mengenali orang lain (bijak), bahkan belum tentu akan menjamin kita mengenal diri kita (sedar). Bak kata sebelum bercakap telitilah apa yang kita bawa, pedang besi atau pedang plastik yang dicat dengan warna besi....Kadang-kadang kita tak tahu keadaan si polan....nampak macam "tangan kosong", entah-entah pistol dalam kocek.

Rabu, September 14, 2011

R&D

jika kita pakar bercakap dalam banyak perkara mungkin orang akan keliru, dan kesudahannya percakapan kitakah atau diri kita yang akhirnya dinilai....

Khamis, September 01, 2011

Zikir vs Solat....menumpang pengalaman orang untuk dikongsi...

Se orang sahabat yang dapat anugerah zikir hati yang tetap walau dalam apa jua keadaan....
Katanya...  Sembahyang adalah lebih besar lagi daripada zikir tersebut....
Bagaimana dengan kita ?....
...terasa bertapa kecilnya diri ambo....

Selasa, Ogos 30, 2011

Mengaum biarlah bertempat

ada juga jenis juragan yang tidak kenal makhluk sekeliling, masuk kandang kambing mengaum. masuk kandang lembu, mengaum. dalam kandang kerbau...mengaum....ish ish memang amat peliklah jika tempat manusia berlatih menembakpun  dia asyik mengaum juga.

kaba ko tidok

jika dalam sembahyang kita sedar, maka InsyaAllah kita juga sedar semasa di luar solat. maka sebelum solat kita semak dulu ....kaba ko tidok....

beretika lebih sopan

terlajak cari laris kita kadang-kadang tidak kenal tempat. iklankan barangan kita dalam kedai orang. sudah tiada ruang kosongkah kita punya kedai sampai melimpah ruah ke kedai jiran. kesian dengan dia orang sampai tiada ruang untuk berpijak dan melangkah kaki di dalam kedai sendiri. ish..isH..iSH...

Isnin, Ogos 29, 2011

MAAF ZAHIR BATIN

Salam buat semua pengunjung.
Semoga puasa tuan dan kami seluruh keluarga diterima Allah SWT. Maaf Zahir Batin dan Selamat menyambaut Hari Kemenangan...

Sabtu, Ogos 27, 2011

Mewah dan bertuahnya bumi Malaysia

foto pada 26/8/11 - emas di tepi jalan






Teringat pula sejarah jatuhnya Kota Melaka dulu...

Aie !!!....Syiekh dari Timur Tengah pun ada juga....
bertuahnya Bumi Malaysia

Selasa, Ogos 23, 2011

Hal dan cerita

Usah bawa hal dan cerita serta aib orang dalam hidup kita. Tetapi bawalah hal, cerita dan aib sendiri untuk kita renung dan kaji. Kaji mengkaji memantapkan kita dalam melangkah hidup untuk esok dan masa mendatang. Utamakan yang penting kepada diri, jika kita nak pening pun untuk diri kita juga. Hal orang lain dia punya pasal

Sabtu, Ogos 13, 2011

Tabir pandangan

Di sebalik pandangan dunia yang sentiasa membohongi kita ada pandangan akhirat yang sentiasa mengukirkan kebenarannya. Yang tinggal pada kita cuma memerhati atau tidak. Terlalai sejenak bererti gagal yang menggelapkan diri. Tergelakkah kita dalam kegagalan itu atau terdiam mencari sebab kenapa kita lalai...

Jumaat, Ogos 05, 2011

.......

Bila diam itu lebih baik....Diam sajalah

Selasa, Ogos 02, 2011

Sengaja saya pinjam dari Tuan yang Terhormat

Murahnya... 

Permata yang berharga jarang ditemui di tepian jalan. Jarang sekali mutiara ditemui di air cetek. Intan dan berlian pula jarang dilombong ditepi sawah. Pelik juga sesekali memikirkan bila orang menjaja emas dalam bakul di tepi jalan seperti menjual "etak".

  0 comments

Isnin, Ogos 01, 2011

Perlu berhati-hati

Dalam percakapan harian kita perlu berhati-hati. Apalagi terutamanya sebagai orang atasan, kita yang sering bercakap dalam mesyuarat,  kita bercakap berdasarkan penilaian terhadap anak buah. Anak buah serta orang lain juga menilai kita. Jangan sampai orang lain menilai kita sebagai "kera sumbang" kerana dari percakapan kita orang boleh hilang mood untuk menghormati dan menghargai diri kita yang mungkin terasa sudah hebat. Berpada-pada adalah percakapan idaman daripada anak buah yang semuanya mempunyai hati dan perasaan seperti kita. Cemerlangnya sesebuah organisasi diwajahkan oleh kita sebagai pemimpin.

Salam Sepanjang Ramadhan Tahun 2011(1432H)

Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, "Ya Rasulullah, apa amal yang
paling utama di bulan ini? Jawab Nabi, "Ya Abal Hasan, amal yang
paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang
diharamkan Allah".

Selamat berpuasa!

Isnin, Julai 18, 2011

KADANG-KADANG...hairan bin ajaib !....

Ada juga penggemar nak beli bahan kain sahaja setelah baju siap dijahit di kilang. "tetaslah baju yang telah dijahit itu, saya nakkan kainnya sahaja!, sebab harga kain mentah lebih murah...". Yang paling pening ialah penjual baju yang sudahpun membayar segala upah kerja, bahan dan penat lelah tukang jahit. Penat lelah serta modal yang telah dikeluarkan oleh penjual ? ..........

Jumaat, Julai 15, 2011

Siapa kita untuk menilai

Semakin ditilik semakin banyak dan pelbagai laluan dalam memahami ilmu. Setiap orang tidak sama cara dan laluannya. Janganlah kita merasa hanya laluan kita atau kumpulan kita sahaja yang betul. laluan orang lain kita anggap salah dan sesat. Sedangkan mereka juga bersyahadah, sembahyang, dan mengikut laluan tuntutan Al-Quran dan Al-Hadith juga. Hebatkah kita jika kita berjaya memperlekehkan orang ?