Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Selasa, April 30, 2013
Tetapkanlah diri dengan berlapang dada
Terfitnah pada hari ini adalah perkara biasa. Anggaplah ia sebagai balasan di atas dosa-dosa kita yang telah lalu serta cabaran dalam menuju destinasi. Terfitnah di dalam bidang perniagaan atau politik memang lumrah. Sememangnya ia merupakan bidang yang mencabar kerana salah satu risikonya adalah musuh yang sentiasa mencari ruang dan peluang. Biarkanlah mereka kerana jerat tak pernah lupa pelanduk. Binalah diri kita dan jadilah diri sendiri. Jangan kita layan ketidakcerdikan jika kita berhasrat menjadi lebih bijak.
Ahad, April 28, 2013
Jumaat, April 26, 2013
Rabu, April 24, 2013
tuhan-tuhan
Bernyawa dalam nafas tanpa sedar maka jadilah diri sendiri sebagai tuhan. Orang yang fikirannya suka dipuji akan mengharap pujian dari orang lain. Orang yang petah luar biasa dalam berbicara akan rasa dirinya sentiasa bijak, perasaannya tercair di dalam pujian dari fikirannya, melihat dan merasa dirinya sangat bijak. Apa lagi jika selalu menang dalam bertegang leher, kawanan lain kelihatan selalu megalah kerana kerap kali malas nak layan. Perhatikanlah di sekeliling kita sebagai sempadan, memang terdapat bayak tuhan-tuhan. Ada tuhan duit, tuhan telu'k, tuhan pakar cakap, dan seribu satu jenis tuhan lagi. Inilah tuhan-tuhan palsu yang telah menyangkal Tuhan Sebenar Tuhan Yang Maha Esa, iaitu Allah S.W.T. Setelah dihidupkan kembali, maka dengan tuhan-tuhan itulah nanti mereka akan diserahkan...Jika hari ini mereka terus berjenaka tanpa insaf dan taubat, maka esok penderitaan yang tidak bertepi pasti menanti...Diharap kita tidak termasuk ke dalam gologan berkenaan...Amin Ya Rabbala'lamin.
Selasa, April 23, 2013
Isnin, April 22, 2013
Sabtu, April 20, 2013
sky blue topaz asli
Purata saiz 6 x 6 mm
Harga RM 12/cts
atau RM 13/pc jika beli satu sahaja
Kos pos RM 6 (Semenanjung M'sia)
Khamis, April 18, 2013
Selasa, April 16, 2013
Jumaat, April 12, 2013
Di antara lalai dan taat
Di antara lalai dan taat, letakkanlah zikir di antaranya, ingatlah DiriNya dalam nafasmu...nipiskanlah lalai, tebalkanlah taat.
Rabu, April 10, 2013
Isnin, April 08, 2013
Sabtu, April 06, 2013
Fikir dengan renungan
Jadilah Melayu Islam yang tidak merosakkan akidah dalam beragama, bangsa, dan negara. Semoga suatu hari nanti, anak cucu tidak menyalahkan generasi kita kerana tersilap membawa hala tuju untuk generasi mereka. Kita mungkin tidak mampu mencorakkan warna generasi mereka yang mendatang, namun tinggalkanlah sedikit buah fikiran untuk mereka mengenal akan zikir dan fikir, atau sebaliknya. Fikir agama dalam diri, fikir bangsa dalam beragama, fikir negara yang akan semakin bebas dan merdeka.....Selamat Maju Jaya.
Isnin, April 01, 2013
nilai
Langgan:
Catatan (Atom)