Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Rabu, Februari 29, 2012
Isnin, Februari 27, 2012
Sabtu, Februari 25, 2012
Jumaat, Februari 24, 2012
Sedikit tergendala
Urusan perniagaan saya agak sedikit tergendala buat masa ini kerana urusan pindah rumah secara beransur-ansur. Jika saya sempat menguruskan pemindahan alamat talipon/stereamyx nanti, insyaAllah urusan perniagaan saya akan berjalan seperti biasa. Buat masa ini sebarang urusan jual beli lebih mudah jika rakan dapat menghubungi saya melalui SMS (0139277371). Harap maaf kepada beberapa orang rakan atau pelanggan yang turut merasai kesan ini kerana kelemahan daripada saya. Untuk rakan yang membuat sebarang urusan tempahan seperti cincin atau barangan kraf tangan....Mohon maaf banyak-banyak...dhaifnya saya seminggu dua ni. Banyak hal yang tumpul termasuk urusan berblog.
Selasa, Februari 21, 2012
Jumaat, Februari 17, 2012
MAAF
Buat masa ini sim card telefon saya sedang mengalami gangguan/bermasalah dan InsyaAllah dapat diatasi setelah saya menukarkannya dengan yang baru, ia masih dengan nombor biasa yang saya gunakan (013 9277371). Kepada rakan atau sahabat yang sedang menunggu barang tempahan, InsyaAllah besok atau lusa ada beberapa item yang di harap dapat dihantar.
Isnin, Februari 13, 2012
Martabat wajah
Kadang-kadang kita terlupa tajalinya martabat pada wajah sesaorang. Mulut, hidung, mata dan telinga yang kita nampak hanya sekadar untuk diri si anu dan si polan sahaja. Kita sering terlepas pandang kepada diri yang sebenar. Kadang-kadang kita ditegur secara langsung melalui mulut manusia biasa. Kenapa kita harus berkecil hati dengan apa yang tidak selari dengan keinginan kita, sedangkan ia bersalahan dengan syaria't. Kaji dan teliti dulu sebelum bertindak atau terlatah, kerana dibimbangi kita tidak bercanggahan dengan makhluk tetapi dengan diri yang lain. Dialah yang layak memuji dan memuja diriNya dan nyata dalam kerajaanNya. Awas!.
Ahad, Februari 12, 2012
Beertikah laluan harian kita...
Apa yang kita fikir itu tidak semestinya benar. Jika kita tidak jujur dengan diri sendiri maka apa yang datang kepada kita termasuk mimpi adalah bohong juga. Melalui jalan terbohong oleh perbuatan diri sendiri adalah petanda sukar untuk diri. Perbanyakkanlah merenung diri terutamanya dalam hubungan kita dengan Tuhan dan dengan kehidupan sekeliling kita. Terlalu besar bezanya di antara Tuhan dengan hamba tak terjangkau oleh fikiran kerdil kita. Hamba itulah yang sebenarnya yatim yang amat sunyi....tidak memiliki apa-apa...fana dalam kosong...kosong dalam fana. Hamba amat kerdil sedangkan Tuhan Maha Kaya dan Maha Sempurna dengan segala Kesempurnaan KerajaanNya di langit dan di Bumi serta seluruh isi-isinya. Tiada sedetik masa atau sezarah ruangpun milik kita. Wallahhua'lam.
p/s:
Untuk makluman saya terpaksa menghentikan sementara entry kerana tak berkesempatan, harap maaf dan maklum. Sekian terima kasih
p/s:
Untuk makluman saya terpaksa menghentikan sementara entry kerana tak berkesempatan, harap maaf dan maklum. Sekian terima kasih
Jumaat, Februari 03, 2012
Kerap kali
Dunia hari ini, kita kerap kali tidak tahu siapa yang lebih sesat daripada yang sesat, dan siapa yang lebih benar daripada yang benar. Oleh itu kita sepatutnya lebih mengadili dan bertindak untuk diri sendiri daripada mengadili dan bertindak untuk orang lain. Neraca pada diri kita belum tentu selari dengan neraca yang Haq. Arahkanlah kepada NeracaNya, elakkan bertangguh.
Langgan:
Catatan (Atom)