Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Jumaat, Disember 31, 2010
Tanah Kubur
"Mu dengan agamamu aku dengan agamaku", kubur masing-masing, nafsu-nafsi... Beragama bermakna bersabar dalam menuju jalan kematian. Jangan ambik peduli dengan orang yang tidak minat, kita buat apa yang kita percaya dan kita rasa boleh membantu kita kerana kita yang akan menanggung di kubur kita. Berbaik sangka dengan Tuhan jangan diabaikan.
Khamis, Disember 30, 2010
Kembalilah ke pangkal jalan
Dalam perjalanan memang banyak permainan yang mengasyikkan. Mungkin ada perkara asas yang sangat penting telah kita tinggalkan dan akhirnya kita berhadapan jalan buntu. Contohnya mungkin kita telah tinggalkan amalan zikir yang telah diajarkan guru kita.. Cubalah edit dan analisis semula pangkal jalan dari mana kita pernah bermula, mulakanlah semula. Naik turun gelombang perjalanan memang lumrahnya begitu. harap jangan kita terus alpa (tok kaba). Perkemaskanlah semula !!!
Rabu, Disember 29, 2010
Selasa, Disember 28, 2010
ingat
Pesan guru kepada muridnya: "Ingat kepada yang jahil kita juga akan jadi jahil, ingat kepada yang berilmu kita juga akan menjadi berilmu, maka sentiasalah ingat kepada yang Maha Berilmu dan berserahlah dengan sepenuh harap, maka insyaAllah kita akan dipelihara dunia dan akhirat. Di kala itu ilmu sendiri telah tertinggal ke bawah, amalan petua menjadi lebih utama, Yang maha Memeliharalah yang diisbatkan sepenuhnya....Bulatkanlah akidah, sebab itulah dalam beragama mesti ada Awalluddin.....dan bukan ikut-ikutan kerana keturunan. Faham tak anak-anakku?!...". Anak murid yang ada terdiam dan terangguk-angguk kepala...sejuk berderau seluruh anggota.
Pasaran mabuk
Sebaik-baik cara untuk mabuk biarlah berilmu. Nak berilmu biarlah berguru. Kerana guru telah masak dalam laluan hakikat. Barulah kita terbimbing dan tidak melilau di tengah perjalanan. Ada juga orang kerana tanpa sedar akan mantap sendiri, akan matang sendiri dan akan unggul sendiri....tapi fitnahnya besar....teruskanlah jika sanggup lalui....Tidak sanggup bererti gagal
Mabuk dalam memuja-muji
Ingatlah selipar jepunpun jika terlebih dipuja akan behantu kepada kita. Apatah lagi batu-batuan atau barangan mistik lain. Hebat yang muhaddas hanyalah sindiran, agar kita mengerti kehebatan diri yang Qadim. tiliklah keindahan dan seni buatannya dan bukan mistiknya. Sedangkan puji memuji hanya untuk yang layak sahaja. Pujalah yang Qadim kerana kegilaan kita hanya untuk yang Kekal dan Abadi sahaja. Jika kita memuja muhaddas bermakna kita masih kebudak-budakan walaupun bunga lalang penuh di kepala. kenapa yang jauh dicari sedangkan yang dekat sentiasa menanti dan memelihara kita, sesekali muhasabahlah diri
Isnin, Disember 27, 2010
Aquamarine untuk perhatian En. Syamsul dari Melaka
A1 (besar)-saiz belum sempat edit
A2(besar)
saiz belum sempat edit
saiz belum sempat edit
A3(sederhana kecil)
saiz belum sempat edit
saiz belum sempat edit
A4 (8 pcs booked)
Permata terbaik dalam stok kebetulan telah siap dengan ikatan gaya Pok Ku (SOLD)
Cuma saiznya 16.5 dan bukan 18 (SOLD)
Harga pasaran permata jenis ini dari keluarga Aquamarine adalah agak mahal.
Harga batu shj boleh mencecah RM 65/ct. bermakna harga batu saiz ini boleh mencecah RM 650 - RM 700 satu.
Offer untuk Tuan RM 550 termasuk ubah saiz cincin ke nombor 18 dan pos
SOLD
(Perhatian:"Ikatan Gaya Pok Ku" adalah sekadar nama shj dan bukanlah dibuat oleh mana-mana orang yang bernama "Pok Ku"-Diharap pembeli tidak terkeliru)
SOLD
(Perhatian:"Ikatan Gaya Pok Ku" adalah sekadar nama shj dan bukanlah dibuat oleh mana-mana orang yang bernama "Pok Ku"-Diharap pembeli tidak terkeliru)
Ahad, Disember 26, 2010
laku atau tak laku....terserah
Juallah apa yang patut sahaja. jangan dijual semua yang kita ada, jangan djual aib orang atau rahsia sendiri, nanti orang kata kita belum amik ubat.
Sabtu, Disember 25, 2010
Ambillah sekadar berpada-pada sahaja jika nak berniaga lama
Bahagilah juga keuntungan kepada pelanggan kita. Jangan hentam habis kesemua keuntungan untuk kita sahaja. Nanti pelanggan lari..rugi banyak hal termasuk hilang kawan dan pelanggan
Berboros pada masa sesuai
Kekadang berbelanja besar terpaksa dilakukan, banyak duit terpaksa dihabiskan untuk perkara yang dirasakan penting. Begitu juga dalam dalam mencurahkan ilmu, biarlah kena pada masa dan tempatnya.mencurah biarlah untuk mereka yang memerlukan. Kerana ilmu seperti bunga yang wangi, jagalah harumnya, seperti cahaya maka jagalah puncanya. Berpada-pada adalah mustahak dalam menjaga diri sendiri...tolong diri dulu baru cuba tulun orang....
Cincin Zamrud Colombia asli - RM 650 - SOLD
Saiz cincin no 14. Cincin Aloi kuku suasa
17/3/11 - SOLD
Saiz batu = 10 x 9 mm ( Anggaran 6 - 7 cts )
RM 650/nett
Rabu, Disember 22, 2010
Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan
Memang kita terasa cemburu dengan orang hebat, dia hebat! pegangannya kukuh! Dia sangat dekat dengan Tuhannya! Tapi pernahkah kita menyelongkari bagaimanakah perjuangannya dari muda sampai ke bila-bilapun! pernahkah kita mengkaji bagaimanakah kesanggupannya, keberaniannya, kesetiaannya, kesungguhannya, ketauhidannya dan perjuangannya yang dengan sepenuh hati dan keringatnya....dia memang patut kaya dan bahagia!!!
peperangan yang pasti
Kerap kali kita terasa malu dengan keputusan peperangan dalam diri, kenapa tidaknya kita jarang sekali berada di pihak yang merasa menang. Sesekali menang hati rasa berbunga....kemudian, peperangan bermula lagi dan akan terus menerus selagi hidup masih ada.... bukan senang memenangi diri kerana diri kita adalah musuh kita...walaupun diri kita adalah penyata, pun begitu dalam penyata ada hijab.Beruntunglah orang yang kosong dengan diri sendiri...kosong...dan...kosong. Untuk berapa lama ? ..... Diri sendirilah yang jawab!.. kemas atau longgarnya pegangan kita...kita tanggung kitalah juga yang jawab ( kata sobat saya..Tuan Haji )
Black Opal asli dari Australia, sesuai untuk ibu loket/pendent
Berat = 11 cts , Saiz = 29 x 20 x 2 mm,
Hijau terang dan magenta adalah warna utama tebal =2mm
bahagian belakang tiadk rata dan bentuk asal
Hijau dan magenta adalah warna utama
RM 350/nett
Ahad, Disember 19, 2010
Jaga diri
Menjaga haiwan peliharaan seperti kerbau dan lembu orang gunakan pancang atau pelunggol. Apakah tujuannya ?, sudah tentulah untuk menjaga haiwan peliharaan kita supaya terpelihara dari sebarang masalah. Untuk rasa bersih dari mengkhianati hak orang lain seperti tanaman mereka daripada dimakan oleh lembu kerbau kita. Ia akan suci untuk buat korban atau hasil jualannya kita rasa yakin untuk membuat haji nanti, selain daripada hilang dan kita menhadapi masalah mencarinya, juga keselamatan peliharaan tadi daripada dikhianati orang lain. Tapi bagaimana pula menjaga diri sendiri. Pesan orang-orang tua jangan mudah hilang punca. Apakah maksud punca itu? Kalimah punca itu seakan akan pelunggol pada haiwan peliharaan tadi. Kata orang arif jangan berjauhan daripada pelunggol. Ada apa apa hal cepat kembali kepada pelunggol...asas perjalanan ada di situ, itulah sebabnya orang-orang yang arif selalu berpesan demikian.
Jumaat, Disember 17, 2010
Minta maaf jika ada yang kurang senang
Budi bicara mengenai harga jualan berkenaan permata tertentu kadang-kadang saya letak di bawah harga yang kadang-kadang saya sendiri tak mampu membelinya. Sengaja saya letakkan harga pada aras tersebut kadang-kadang untuk mengetahui kemahiran orang tertentu mengenai harga pasaran batuan. Maaf jika budi bicara saya menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan peminat
Khamis, Disember 16, 2010
Peridot asli dari Ceylon...
Dari kiri
1 = 2.28 cts ( 7.97 x 7.79 x 5.55 mm) - RM 110 (HOLD)
2 = 3.70 cts ( 9.93 x 5.95 mm ) - RM 180
3 = 5.83 cts (10.13 x 10.11 x 8.23 mm) - RM 250 (SOLD)
4 = 5.90 cts (11.59 x 6.97 mm) - RM 260 (HOLD-16/12/10)
Minta maaf kerana harga terpaksa tetap
* Harga yang tertera adalah termasuk pos di Semenanjung Malaysia*
Jika ada rakan yang berminat sila emailkan
no 1 (HOLD)
no 2
no 3 (SOLD)
Rabu, Disember 15, 2010
Delima Ceylon bintang - Star Ceylon Ruby (Maaf harga OFFER yg merugikan sebelum ini terpaksa dinyahkan) - SOLD OUT
"jarang-jarang ada"....
batu kecil star di sisi - Harga RM 350
SOLD OUT
Batu sebelah kanan RM 650 (SOLD)
Label:
Delima/ruby,
Loose gemstone
Selasa, Disember 14, 2010
Contoh ikatan untuk tempahan - Milik Sahabat baru siap-SOLD OUT-
Contoh ikatan beharga
RM 250 tak termasuk batu
RM 250 tak termasuk batu
SOLD OUT
RM 380
tak termasuk batuSOLD OUT
Isnin, Disember 13, 2010
Malaikat di kiri dan di kanan tetap dengan tugasnya
Samada kita percaya atau tidak, kita bersama orang ramai atau berseorangan, dia di kiri dan kanan kita tidak pernah diam dalam mencatat, tidak terlebih dan tidak pula terkurang dalam laporan tentang perbuatan kita. Sampai masanya pasti kita terima apa yang kita buat. Semoga kita berbanyak-banyak Istigfar....Amin.
Jumaat, Disember 10, 2010
Cincin belah rotan-aloi perak delima burma asli
NOT FOR SALE
Saiz cincin = 16.5Diameter permata = 7 mm
Harga = XXX, Tidak untuk dijual, untuk koleksi dan pakaian sendiri
Selasa, Disember 07, 2010
Ahad, Disember 05, 2010
Asas batuan buatan berkualiti tinggi
Di antara asas yang digunakan untuk menerbitkan batu permata buatan berkualiti tinggi (tapi masih tidak asli) adalah berdasarkan kekerasan dan indeks biasannya. Jika kita menggunakan alatan seperti Presidium untuk mengukur aliran haba bahan batuannya atau menggunakan refractometer untuk mengukur indeks biasan bahan kimia batu tersebut, ia pasti akan menunjukkan ciri seperti batu asli, amat mengecewakan!!!, namun ini adalah perkara biasa yang digunakan untuk menghasil ciri-ciri batu asli. Sudah tentulah kaedah pengecaman permata dengan alatan tersebut mungkin akan mengecewakan kita. Perlu juga diingatkan bahawa membentuk batuan buatan adalah berkonsepkan dengan lapisan demi lapisan sehingga terbentuk batuan yang cukup besar....maka sukar juga untuk mengesan keasliannya. Itulah sebabnya ramai yang telah tertipu bila membeli batu permata yang sangat cantik dan dianggap berkualiti. Ia tak mengenal kaum !!!.... Nak tahu lebih lanjut ?...Silalah bertandang kerumah...jangan lupa bawa pengeras..he he gurau aje!
Jumaat, Disember 03, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)