Bagaimana caranya?.
Belajarlah...tak cukup.
Mengajilah.....tak cukup.
Bergurulah........tak cukup.
Menuntutlah....pun carilah guru yang murshid.
......ramai orang dah terkena kerana salah pilih guru......sebab guru yang dah tersohor namanya akan mula buat "onar". Kerana tugasnya telah selesai di suatu tahap. Tahap onar guru adalah tahap murid dalam kebingungan tak tahu lagi bagaimana nak pahatkan Allah dan Muhammad di hati.......Kasihan.
Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

Sabtu, Februari 27, 2010
Coral berkualiti belum diproses
Berasal dari Lautan Pasifik, ia lain dari yang lain kerana selain keasliannya, ia tiada liang halus dan sangat berkualiti.
Jumaat, Februari 26, 2010
2 bentuk sahaja dapat siap. maaf
Khamis, Februari 25, 2010
Bomoh pandai khatan
Tak sakit...tak sakit... ramailah ibu bapa menghantar anak mereka ke umah Pak Cik Khatan tak sakit yang baru menyewa rumah di kampung itu (nama kampung dirahsiakan).
Seronoklah anak-anak mereka dan anak jiran tetanga kerana telah berjaya berkhatan. Tapi apabila sudah sampai waktu menukar balutan baru, Pak Cik Khatan yang baru datang ke kampung mereka telahpun pindah.
Terpaksalah pergi berjumpa dengan Pak Khatan lama kampung itu. Dipendekkan cerita ....Pak Khatan lama tertawa terbahak-bahak....berair matanya kerana sessi rawatan membuka dan menukar balutan bertukar menjadi sessi sumpah-menyumpah siibu-bapa...."Cis!...Cis!....."slide" tapi tidak dipotong, balut aja rupanya patutlah tak sakit....rugi..rugi...."

Selasa, Februari 23, 2010
Urusan harian
Terlalu sibuk amat meletihkan. Apalagi jika banyak sangat channel pemikiran terpaksa dibuka. Hal itu hal ini dan hal-hal lain. Silap-silap satupun tak beres, apa lagi jika berurusan dengan pihak ketiga seperti tukang. Kadang-kadang terfikir juga supaya buat apa yang mesti dibuat sahaja dan bukan semua yang nak dibuat. Kelam walkabutlah alamatnya jika tak uruskan masa dengan baik. Dalam hal ini saya harap penempah faham. Pada hari khamis terdekat ini tukang dah beri jaminan akan ada beberapa cincin akan siap: cincin 4 permata-Muar, cincin tourmalin-Bachok, dan mungkin satu dua lagi....harap-harap begitulah, ya seperti dikata.
Isnin, Februari 22, 2010
Cerita orang sesat
Si pak cik tua itu terketar-ketar berjalan sambil disokong tongkatnya, dan apabila sampai di situ, tiba-tiba tongkatnya terjatuh ke dalam satu lubang. Terkial-kial dia menyeluk tangannya dan cuba mendapatkan semula tongkatnya tadi. Semakin diselok dia terasa semakin dalam dan semakin luas lubangnya. Di benak fikirannya terasa amat kehairanan , namun oleh kerana azamnya yang menggunung untuk mendapatkan barangnya semula. maka dia tidak hiraukan lagi kepelikan yang sedang dialaminya. Grrruuugk ....alangkah terkejutnya apabila seluruh badannya terjerelus masuk ke dalam lubang itu.
Rupa-rupanya di dalam lubang yang sempit itu ternyata merupakan tempat yang sangat luas. Walaupun masih dalam kehairanan, ia tetap dengan keinginannya untuk terus mendapatkan semula tongkat yang telah menyokong badannya selama ini. Setelah 2 hari mencari tongkatnya dia bertemu dengan seorang yang agak muda sedikit daripadanya.
"mencari apa tu abang ?"
'mencari tongkatku yang hilang, engkau macamana? nak ke mana?'
"Aku dah 10 hari mencari basikalku yang juga telah hilang di sini"
Begitulah seterusnya pada hari-hari yang berikutnya. Sentiasa ada sahaja orang yang tidak sama ditemui. ada yang hilang motosikal, rumah, kereta dan pelbagai lagi harta kesayangan masing-masing.
Akhirnya setelah puas mencari tongkatnya, dia sudah tidak tertahan lagi, sambil menangis dan meraung "siapa-siapa ada nampak tongkatku di sini tak ? sudah seminggu aku di sini mencarinya, tak jumpa-jumpa jugak! huh ! huuh! huuuh!..."
Kebetulan pada masa itu ada seorang jutatawan di depannya. Membeliak biji matanya sambil berkata
"Ooi engkau ni tak boleh diam ke ?!!! engkau baru seminggu ?! hanya hilang tongkat aje, aku ni dah 50 tahun sesat di sini....hilang segala-gala hartaku disini...!!!!." Di dalam fikirannya "hai, mengapakah ceritaku berakhir dengan sad-ending dan tidak happy-ending seperti mana yang aku harapkan, tiba-tiba terlintas satu soalan dihatinya, apakah sebenarnya yang aku cari selama ini? "....
Diadaptasikan dari cerita seorang kawan

Fossil ikan air tawar dari zaman purba
Merupakan bahan koleksi sendiri. Lapisan tanah liatnya adalah berlapis-lapis dengan warna coklat muda dan tua serta tidak serupa di antara satu sama lain. yang menggambarkan perubahan masa, musim atau zaman . Sementara itu masih ada ikan yang terputus dan terpotong di antara lapisan tanah tersebut. Menyatakan jenis ikan air tawar ini sangat banyak dan lama mendiami kawasan perairan air tawar tersebut.
Ahad, Februari 21, 2010
Sabtu, Februari 20, 2010
Jumaat, Februari 19, 2010
Khamis, Februari 18, 2010
Terima kasih di atas kesabaran Tuan.....
Kepada penempah cincin, diharap dapat bersabar. Tukang baru balik dari bercuti. Agak lambat sikit kali ini. Tambah pula musim raya cina yang baru dilepasi. Tauke-tauke emas baru nak buka kedai. Tukang buat sarang cincin, tukang semawar(api), tukang kikir dan kilau, tukang tebuk dan tukang pahat jawa serta tukang tanam berlian baru nak mulakan tugas.... Jika lambat banyak....saya juga terpaksa menyusun banyak jari untuk mohon ampun dari peminat yang sedang menempah
Lihat ke dalam diri
Perhatilah, renungilah dan koreksilah diri sendiri. Jika perlakuan orang di sekeliling menjijitkan.... juga kembalikan perbuatan itu kepada diri sebagai ukuran...masih di situkah diriku ? dan masih akukah itu ?, akukah yang masih keji itu ?. Sentiasalah kembali kepada landasan kehidupan dan sentiasalah "refresh" hal ini kerana lima kali sehari kita doakan "IHDINASHIRATHALMUSTAQIM" semasa solat. Semoga akhirnya kita dikurniakan jalan yang lurus. Basuhlah otak kita dengan air kebaikan, semoga Tuhan membasuh jiwa kita dengan sifat kesucianNya
Rabu, Februari 17, 2010
Diam biarlah seperti ubi
Berisi, semakin lama semakin mantap, bertutur dan berbincang untuk faham perkara yang diminati adalah pada tempat dan masa yang sesuai, jika tidak perlu maka diam lebih berbaloi. Turutilah rasmi padi yang menguning dan matang sendiri bila sampai masanya, dan bukan lalang yang menyampahkan keadaan.
Selasa, Februari 16, 2010
Isnin, Februari 15, 2010
Ahad, Februari 14, 2010
Kelakarnya cara mandi wap (sauna) si PakCik.
Tengah hari tadi sempat berbual dengan En Bakri dari Tumpat. Mengenai seorang pak cik.
Ceritanya sebuah kotak peti sejuk besar diletakkan di belakang rumahnya, terjemur di tengah panas.
Dah lama dah!!!, bertahun-tahun dia telah amalkan duduk di dalam kotak itu apabila waktu panas.
Berpeluh-peluh....tapi air masak disediakan secukupnya untuk hilangkan haus
Bila ditanya....jadi macam mana pak cik buat begitu ?
"inilah mandi wap, sauna....jadi sihatlah!!!"
Balik dari Tumpat tadi, saya bersauna dalam kereta sahaja...apabila panas saya tutup air cond, buka satu dan sedikit sahaja cermin belakang kereta takut lemas tak boleh bernafas, saya pandu dengan perlahan sahaja...eh menjadilah, berpeluh-peluh!...Sauna baru tanpa kos, tapi harap tidak pengsan semasa memandu pulak.

Sabtu, Februari 13, 2010
Khamis, Februari 11, 2010
Rabu, Februari 10, 2010
Di manakah silapnya kita
Sering membicarakan dan mengutamakan diri yang "adami" walaupun sedang di dalam solat, kering dan beratnya pandangan kita kepada Diri yang memiliki sifat-sifat yang kekal dan abadi, sedangkan Ia yang paling tersohor. Kurang air takkan benih mudah tumbuh, kurang baja kering gersanglah fasa akhirat kita. Tujulah dulu persoalan ini kepada diri sendiri, dan seterusnya kepada diri sendiri....di situ lagikah aku?
Ahad, Februari 07, 2010
2 minggu tukang bercuti
Kuala Lumpur merupakan destinasi utama tukang saya kali ini. Selama 2 minggu beliau di sana diharap akan dapat membuang segala kusutan fikiran. Balik daripada cuti panjang nanti diharapkan dapatlah dimulakan tugas
sebagai "silversmith" yang lebih komited
sebagai "silversmith" yang lebih komited
Khamis, Februari 04, 2010
Rabu, Februari 03, 2010
Bertanyalah diri berkali-kali
Amalkanlah bertanya kepada Diri Tuhan kita dalam hati....kerana berdasarkan kajian seorang ilmuan dari Barat keupayaan sesaorang adalah 40 kali ganda daripada kemampuannya yang biasa. semoga dengan cara itu kita sering mengingati Allah, Tuhan Rabbula'lamin.
Selasa, Februari 02, 2010
Isnin, Februari 01, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)