Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Oktober 28, 2011

Permata Zamrud Colombia asli



Berat = 2.3 gram atau 11.5 cts
Harga RM 750/=

Khamis, Oktober 27, 2011

Selasa, Oktober 25, 2011

Bidalan sentuhan rasa

Semasa menghadapi zaman kesusahan dan keperitan hidup, kepala sering tunduk dan insaf. Bercakappun kurang menonjol seperti anak semalu di tepi semak. Namun setelah bersungguh-sungguh berusaha akhirnya berjaya. Seterusnya dapat pula mencipta kejayaan demi kejayaan. Pada masa ini kenapa pula lantang bersuara memperihalkan aku dulu begitu, begini. Kisah sedih dan sardis kadang-kadang diceritakan dengan bangga dan riak kerana akulah yang berjaya mengatasinya. Ingatlah derita, bahagia, miskin dan kaya itu cumalah kecapan sementara belaka. Riang pada dapatan dunia biarlah berpada-pada. Bersyukur adalah sebaiknya kerana telah lulus ujian kecil semasa miskin dan susah suatu masa dahulu. Biarlah pengalaman menjadi guru kepada bunga-bunga rasa tentang neraka dan syurga yang kekal dan abadi nanti

Key chain - pisau lipat lock back (serrated blade)

Ridge Runner @ China
Berkualiti/razor sharp.
RM 17/pc termasuk poslaju

Jumaat, Oktober 21, 2011

Crosman blades - USA











Ulu - Pakkawood
Utk - memburu, melapah, berkemah, dan pemotong,
Panjang mata - 31/2 "
Harga RM 260 (termasuk pos)
SOLD 21/10/11 - Milik rakan dari Negeri Sembilan  Pahang

Selasa, Oktober 18, 2011

Gol !!!

Bila bola masuk gawang, apakah yang terucap di hati kita ?

Pilihan sendiri

Selarikah akhirat dalam urusan dunia kita?. Utamakan akhirat insyaAllah urusan dunia dipermudahkan kepada kita. Berjuang untuk akhirat tidak pernah dijanjikan miskin di dunia, malah sebaliknya, bahkan bergembira pula. Bermatian-matian untuk mandiri dunia, akhirnya kita mati juga. Julat masa duniawi amat singkat sedangkan masa di akhirat tiada tepinya. Tidakkah perjuangan dan mandiri ke sana tak terbanding peri pentingnya. kenapa harus lari dari kenyataan, kenapa harus tahu tapi tidak mengerti, haruskah berlakon tanpa rasa, haruskah bertindak  tanpa adil. Yang jelas setiap yang dicanang pasti akan bersifat, dan dengan sifat itulah  pastinya kita di sana.

P x L x T = 25x13x7 mm Bloodstone

RM 110 termasuk pos

Isnin, Oktober 17, 2011

Bila alpha dah jadi tuan

Rezeki yang kecil dan senang diperolehi itulah mudah diratah-ratah sehingga ramai yang terlupa batasan. Akhirnya ia terkumpul menjadi bala yang besar. Ramai yg terlupa kepada cara jalan oleh Tuan pemberi rezeki. Kerana yg selalu diingat atau terkeliru dalam amalan ialah rezeki itulah tuan. Cekap bercakap bukan kayu ukur amalan babe!!!

Sabtu, Oktober 15, 2011

Koleksi eklusif dan edisi terhad utk sahabat





































American Mint featuring
tercetak - Buffalo Bill 
mata - 420 stainless blade 
Hulu -  leather washer dan stainless pommel.  
Ukuran panjang - 9"  
mata 5"  
baru dan asli
dalam kotak kayu laminate                                                                  
                                           

Jumaat, Oktober 14, 2011

kain untuk gilap pisau // skrin telefon, skrin komputer, cermin dan lens camera

saiz
8.5" X 8.5"
 RM 10/pc

dia vs kita

dia berkata kepada dia
kenapa kita perasan ?
kerana kita rasa kita hebat
kerana kita rasa berhak
kerana kita rasa belum merempat dan melarat
kerana kita rasa kita bukan keparat
kerana kita tak pernah tersekat
kerana kita tak rasa menyakat
kerana tak rasa kita meyampuk
kerana tak rasa pula kita menyibuk
kerana kita tak pernah rasa terhantuk dan terhempap
dan yang penting sekali kerana kita tak pernah rasa melanggar tembok

berapa

berbilion berjuta beribu beratus
empat tiga dua satu
pakulah kesemuanya
semuanya sekali
dalam satu

hina vs mulia

masa ini
manusia mengaku hamba
mendakwa setia
dalam sembahnya alpa si kaya

si fakir memerhati dalam kemiskinannya
memuji memuja
hanya yang hak kepada yang berhak
menitis air mata
ingatkan yatim dirinya
rupanya kosong
tiada dalam bayang yang ada
menangis ia
mengenangkan bayang itupun hanya hak pemiliknya sahaja
hampa tanpa sengketa

ke mana ?

tergantung
ke langit tidak sampai
ke bumi tidak jatuh
malu dalam gelap
bagaimana?
nafi berkamir isbat
menongkah arus ...dahsyat
kosong....selamat

Khamis, Oktober 13, 2011

titik kosong

seluruh alam ini terdiri daripada nama-nama
apa ada pada nama
sedangkan semuanya kembali kepada pemiliknya

berserah

dakwa bermakna dusta
mengaku bermakna tipu
mengharap bermakna belum yakin
apakah nak dikorbankan sedangkan tiada milik hamba

Bertukar

Air boleh bertukar menjadi ais. Begitulah juga sebaliknya ais harus bertukar kepada air semula. Itu apa yang alam bagitahu kita. Tetapi oleh kerana kering pandangan terhadap pengajaran alam ini atau terlalu merendah rasa maka sukarlah nak mengerti. Umpama cawan yang terlalu rendah duduknya, menanti air yang terpercik  dari cerek yang terlalu tinggi pula tempatnya, hampir semuanya terkeluar. Apa lagi yang tinggal....hanya sekadar dapat merasa beberapa titis air, sedangkan haus dahaga tidak hilang. Begitulah tergelapnya dalam syirik yang bergelar "kita"

Milik Tuan Hj. Yassin dan rakan dari sarawak - siap dan sedia utk dihantar

 SOLD

Jumaat, Oktober 07, 2011

Batu Bukit Burma

RM 30 (1,2,4). RM 50 (3)/pc termasuk poslaju




Pencari, penyampai, dan pemberi ilmu.

Ilmullah dicari dan dituntut oleh penuntut ilmu dari guru yang dilihat mursyid. Pelbagai kaedah penyampaian pula dibuat oleh guru-guru bergantung kepada keadaan murid. Pencetus cerita tentang Ilmullah juga wujud selagi dunia ini ada. Ia wujud di mana-mana sahaja, dari persekitaran sekeliling kita sehinggalah ke alam siber. Namun rezeki serta kadar ilmu dan faham yang akan kita dapat hanya terserah kepada Pemilik ilmu itu sendiri, Yaakni Allah SWT. Berusahalah semasa usia masih muda, selagi peluang masih terbuka. Jangan bersikap tunggu dan lihat sehingga kekangan menghalang kita. Wallahua'lam.

Khamis, Oktober 06, 2011

Tajam

Setajam pisau atau senjata berbahaya belum tentu boleh menggerunkan sesaorang. Kita mungkin dapat mengelak atau mengatur langkah seribu jika takut. Ketajaman yang amat ditakuti oleh manusia adalah berbentuk gelombang bunyi yang datangnya dari semua arah, tiada tempat untuk lari atau bersembunyi. TikamanNya pasti mengena dan bekasnya wajib dihadapi. Laluan harapan selamat adalah bermula dengan "LaailaahaillahMuhammadurrasulullah" dan penamatnya "Mardhatillah". Berjuanglah dengan bersungguh-sungguh selagi nyawa masih terkamil. Walahaulawalaquataillahhila'liyia'zim".

Sabtu, Oktober 01, 2011

Terdiam

terdiam lebih baik dari terlebih cakap
terdiam bukan bererti batu
terdiam bukan bererti kaku
terdiam mengurangkan keliru
terdiam mengurangkan dosa
terdiam menutup perkara tersembunyi
terdiam memberi peluang berfikir dan merenung
terdiam memberi peluang menilai
terdiam lebih dekat menyentuh kalbu
terdiam meluhurkan a'qal dan akhlak
terdiam lebih menginsafkan diri
kata sahabat tapalah lidah dalam mulutmu
sebaik terdiam biarlah dalam rindu

Zamrud Colombia utk perhatian rakan dari Negeri Sembilan.

 No 4 dari kiri (gambar atas) atau no 2 dari kanan (gambar bawah) - SOLD
Saiz permata seperti skala pada pembaris (unit mm)