Di masa harta dan anak pinak tidak dapat menolong! Apakah hasil urusan kita semasa masih hidup di sini ?. Tidak cerdik jika kita penuhkan hidup ini dengan bercakap dan hanya bercakap, walaupun pasal makrifat, kerana kita hanya mengundang musuh sendiri!. Tidak cerdik juga jika kita hanya cerdik dalam mengumpulkan kekayaan sementara, kekayaan abadi bagaimana?. Tidak cukup kita hanya dengan beribadah semata-mata, nak buat pembungkus untuk apa jika isi masih kosong? di sinilah tempatnya kita bersedia, di sana hanya masa menuai.
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah di sini hingga nampak
Esok tiada rindu-rinduan.
Intailah di sini hingga nampak
Esok tiada rindu-rinduan
Tuai ke sana sudahkah masak
Rindu ke sini hanya kepalsuan
Tuai ke sana sudahkah masak
Rindu ke sini hanya kepalsuan
Renung agama macam terpasak
Adakah sudah dengan awalan
Tuluuun sambun ambo tok sempat nok siapkan....