Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, Oktober 08, 2012

Blue Topaz (kod S11)


LONDON BLUE NATURAL TOPAZ OCTAGON

Saiz permata 16 x 7.5 x 5.5 mm

 RM 150/=





Ahad, Oktober 07, 2012

Garnet (kod S9)

Saiz permata 14 x 10 mm

RM 150


Jumaat, Oktober 05, 2012

firuz Iran (kod S8)

 Saiz permata 22 x 15 x 5 mm

 RM 150




Selasa, Oktober 02, 2012

Nilam Opaque Cindai....jantan (Kod S6)

Saiz :

Bentuk jantan.
Sesuai untuk sahabat yang meminati permata besar.




Isnin, Oktober 01, 2012

Zamrud Colombia asli ( kod S5 )

Saiz cincin 18
Saiz permata 14 x 10 x 7 mm
RM 1500/=














Ahad, September 30, 2012

Multi color Sphene ( kod S4 )


BADAN CINCIN ADALAH ALLOY BERKUALITI TIGGI.
Saiz cincin = 17  
Berat permata = 2.04 cts
Saiz Sphene = 7.72 x 7.38 x 4.82 mm
Laporan pengesahan batu Sphene ini adalah daripada IGEC, akan disertakan kepada pembeli tulen.

RM 1500/=

SOLD

SOLD

zamrud colombia (kod S7)

Gambar telah menjelaskannya....
RM 150/= satu

Sabtu, September 29, 2012

seni pertukangan yang halus dan menarik


 














Hasil kerja seni yang halus kurniaan Tuhan kepada mereka yang berbakat besar.

Jika mahu mendapatkan khidmat beliau, silalah berkunjung ke bangunan "Atas Parking" KB, Ayah Su nama yang tidak asing kepada mereka yang berminat dengan ukiran berkualiti tinggi.
Beliau juga miliki pengalaman yang luas dalam pengukiran  pendokok dan sarung keris.

Berlian asli 0.95 cts ( kod S3 )

Saiz cincin 17, saiz permata 6.1 mm, color G, Clarity 13

RM1800/=
OFFER ISTIMEWA !!!
RM 1500/=

Jumaat, September 28, 2012

Toleh kiri dan kanan

Jika tak pandang kiri dan kanan, asyik-asyik kitalah sahaja yang  hebat, walhal ....?

Selasa, September 25, 2012

5 pcs zamrud colombia (kod S1)


SPECIAL OFFER !!!
RM 80  satu termasuk pos





Rabu, September 12, 2012

Maklumat terkini mengenai batu zamrud Kalimantan

Saya minta maaf kepada salah seorang pebicara beberapa tahun sudah mengenai salah faham tentang zamrud Kalimantan....batu zamrud Kalimantan merupakan batu tidak asli dan diperbuat daripada kaca. jika kebetulan harganya sedikit mahal ianya kerana berasaskan cantiknya sahaja...ia tetap tidak asli....berhati-hati!...Jika berminat dengan batu tidak asli...saya ada koleksinya.

Syarat yang menjadi agak sukar apabila bertambah tanggung jawab.

Syarat: Berani, sabar, yakin, ikhlas, tohid (bersungguh-sungguh).....
Begitulah beratnya dalam menuntut ilmu Usuluddin, gunanya untuk mentauhidkan Allah S.W.T.
Carilah dan tuntutlah ilmu semasa usia muda iaitu sebelum berkahwin, kerana ada kelemahan seorang lelaki apabila ia sudah beristeri.....Renung dan kajilah mengapa dan kenapa.....

Seriknya berjanji walaupun akhirnya dapat disiapkan

minta maaf terlewat dua hari daripada janji, namun masih dalam tempoh 3 hingga 5 minggu spt jangkaan.





















Milik Salmie - Zircon (asli)





































Yellow topaz (asli) milik Tg Saqura - Johor





















Zamrud Colombia (asli ) - pemilik bertuah Arief Danial-Batu Caves
( Harga pasaran  cincin ini RM 1200 - RM 1300 )



SOLD OUT !!!
Tunggu untuk pos sahaja.

Gemilang

Kegemilangan hidup pada zaman mana sekalipun adalah bermula dengan mengesakan Allah dalam tiga perkara asas; tasdiq dengan hati, ucap dengan lidah, serta buat dengan perbuatan....pastikan ini berlangsung.

Ahad, September 09, 2012

Jom kita intai satu lagi permata berharga dari Afghanistan

Kadang-kadang ia kelihatan hijau kebiruan. Dikenali sebagai zamrud Pansjhir/Panjshiri atau zamrud Kashmir//  dari negara Afghanistan. Merupakan zamrud yang lebih keras, lebih cantik dan umumnya lebih mahal dari zamrud Colombia (bagi harga pasaran di Kota Bharu).
3 cts zamrud  seperti gambar sebelah boleh mencecah RM 10K - RM 13K...WAW!...Ini betul-betul untuk pengumpul permata yang serious.

Ambopun ada satu, macam jelly manis....InsyaAllah tidak untuk dijual (gambar bawah)
                                                                                                                                                                 

Khamis, September 06, 2012

Sabar sikit masa lagi...

Kepada sahabat dan rakan penempah cincin diharap dapat bersabar. InsyaAllah pada minggu depan, hari isnin atau selasa tiga bentuk cincin dapat siap untuk dihantar ke destinasi tuan. Maaf juga kerana kurang entry dimuatkan. Penjualan di luar blog kadang-kadang melimitkan entry.

Isnin, September 03, 2012

Contoh Batu Nilam/Sapphire asli yang berasal dari Kashmir, sukar dapat dan sangat mahal

JOM SEKADAR UNTUK MENCUCI MATA 
Purple + biru (bi-color//multicolor)
 berat ~ 5 cts








Waw!!!!


 Biru + natural
lebih 12 cts
 


































Lebih halus texturnya tentulah lebih mahal lagi.

Khamis, Ogos 30, 2012

Gula-gula

Rasa gula-gula adalah pelbagai dan biasanya berasaskan rasa manis, memang disukai oleh ramai orang. Sekali sekala cubalah yang pahit kerana ia biasanya adalah ubat.

Sabtu, Ogos 25, 2012

Tiong tetap tiong walaupun berbulu emas

Ahad, Ogos 19, 2012

Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar

Sayangilah orang-orang Islam itu kerana Islamnya. Janganlah membenci sesama Islam hanya kerana sedikit perbezaan pendapat di dalam fahaman politik. Sesungguhnya Neraca Allah adalah Maha adil, dan kita tidak layak menghukum sesiapa melainkan mencari apa sahaja kelemahan diri untuk diperbaiki Janganlah kita mengherdik sesama seagama. Sesungguhnya haram hukumnya mewujudkan perbalahan di kalangan sesama Islam/kita. Tolaklah sebarang persepsi politik yang boleh mendatangkan perpecahan di kalangan Ummat Islam. Ambillah Rasional A'qal dan Berpeganglah Dengan Tali Allah, Islam Yang Kita Anuti. Redhalah di atas nasib kita sebagai "Generasi Melayu" selepas era merdeka setelah generasi sebelum ini dijajah. Mungkin juga suatau rahmat tersirat yang pengetahuannya hanya di sisi Allah jua. Tuhan Melayu dan Tuhan semua bangsa, serta Tuhan Seru (Pemilik) Sekelian Alam. Selamat Menyambut Lebaran Suci 1 Syawal 1433 Hijrah. MAAF ZAHIR BATIN.

Sabtu, Ogos 18, 2012

Matahari naik dari barat ?

Akhir-akhir ini selalunya Mekah terlebih awal sehari daripada kita dalam meyambut hari raya haji
(10 Zulhijjah) atau hari raya puasa (1 Syawal). Sedangkan Mekah berada lebih ke barat daripada kita (Malaysia). Kita yang tidak terlibat secara langsung ini agak kebingungan dan terasa agak ragu dengan Persidangan Hilal Negara-negara Islam Sedunia di Istanbul, Turki (1978). Y

ang dibimbangi kita masih berpuasa di hari yang diharamkan berpuasa seperti pada 1 Syawal. Di manakah hilangnya cerdik pandai kita dalam hal ini?....Bilakah akan selesainya perkara yang penuh membingungkan ini?

Rujukan : Sejarah Dan Amalan Merukyah atau Melihat Anak Bulan yang boleh dilawati;
http://www.kasihsalina.com/2012/07/sejarah-dan-amalan-merukyah-atau.html

Selasa, Ogos 07, 2012

Berhala yang mati vs patung hidup

Semasa zaman kanak-kanak kita sering diberitahu bahawa syirik itu adalah menyekutukan Allah dengan benda-benda yang lain seperti menyembah berhala. Setelah dewasa kita sering terlupa dan terlepas pandang dengan satu lagi patung hidup yang kita tidak menyembahnya, tetapi mengikut kehedaknya sehingga boleh terlupa dan terlanggar serta menolak  kehendak Allah dan Rasulnya. Syirik itu halus dan tersembunyi dalam gelap ...Asthagfirullahulazim.. Asthagfirullahulazim..  Asthagfirullahilazim..

Isnin, Ogos 06, 2012

jika itu lebih baik

Ada beberapa entry untuk items dan idea terkini terkarang dalam minda, tapi diam lebih menenangkan buat masa ini. Maka terdiamlah dulu ambo!

Selasa, Julai 31, 2012

Kagum dengan arif besi

Semalam sempat bersembang dengan seorang pandai besi mengenai isi pada besi.
soalan ringkas saya ajukan dijawab dengan ringkas juga.

soalan : secara ikhlas saya minta dijelaskan apakah benar tiada apa-apa pada besi seperti isi pada keris?
jawapan: ada !, memang ada....malangnya manusia tidak mencari Tuhan, mereka cari yang lain.

Ahad, Julai 29, 2012

Orang dulu-dulu dan kita...

Mereka mampu berjaga demi ibadah pada waktu malam, mampu pula berperang disiang hari. Kita pula tak terlarat berperang dengan mengantuk sendiri. Akidah, ilmu dan amal lah yang membezakan dua generasi ini....di manakah tersembunyinya mutiara itu?...apakah kuburnya masih bisa digali?
Yang jelas mereka miliki akidah yang mantap disusuli dengan amal berdasarkan ilmu yang benar, kita pula lebih membesarkan amal, halal dan haram daripada akidah.

Zamrud Colombia untuk perhatian rakan 016-42XXX140


















 Harga asal RM 800, kini offer RM 550
 


 Harga asal RM 850, kini offer RM 600
batu bawah - rm600/= SOLD

Jumaat, Julai 27, 2012

Segala puji bagi Allah

Bertakbir, bersujud, dan segala puji serta puja hanya bagi Allah pemilik segala sifat Kebesaran dan Kesempurnaan . Maka bergembiralah orang yang kusyuk dalam solatnya. Rajin ke masjid atau surau untuk memuji-muja dan memartabatkan hak Allah bagi diri hamba semata-mata. Beruntunglah kerana tidak menoleh kepada makhluk sekeliling untuk mendapat pujian kepada diri sendiri, yang sememangnya tiada hak bagi seorang hamba. Imam bersuara merdu dan lunak serta lancar dalam segala bacaan bukan kerana untuk dipuji pandai dan hebat. Bahkan suara dan segala tingkahlaku dalam sembahyang hanyalah mendayu-dayu si hamba kepada Pemilik Maha Sempurna. Makmum jua bagaikan satu tari mengikut satu rentak serta satu irama bersama imam. Satu dalam niat, kata dan perbuatan. Bagaikan alam kerdil yang dibatasi kulit mahu menjangkau saujana keagungan kesempurnaan tanpa batasan.....Selamat meneroka rahmat Ramadan Al-Mubarak.

Dah bercuti.....

Baru kembali dari bercuti. mudahnya cuti yang diambil sendiri, tanpa surat kebenaran doktorpun....inilah alam bloger yang tiada perjanjian kontrak dengan sesiapa....jangan tiru ya!!!
Harap saya akan dapat kembali berblog spt biasa. Tarima kasih...

Ahad, Julai 15, 2012

Peringatan kepada penjual dan pembeli permata

Tiada kayu atau batu yang boleh membawa tuah kepada diri kita. Segala benda-benda/makhluk  adalah baru, mengalami ubahan, serta tidak memberi sebarang bekas kepada kita. Qada dan Qadar adalah dari Allah jua. Jika inginkan diri bertuah bertaqwalah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya. Bertuahlah kita apabila tidak bergantung kepada yang lain selain dari Allah, sebaik dan sebenar tempat berserah tanpa ada perantaraan.

Selasa, Julai 10, 2012

Bahasa Melayu

Bahasa jiwa bangsa. Maka memahami intipati Agama Islam tidak semestinya kita perlu tunggu fasih berbahasa Arab terlebih dahulu. Lebih afdal kita "fasih" dalam mengamalkan apa yang telah kita tahu dan faham. Jangan sampai kita asyik dalam bahasa sampai terlupa ilmu untuk diamal.

Isnin, Julai 09, 2012

Berontakan

Apalah seronoknya peberontakan diri yang menuding jari ke arah orang. Meludah ke atas lagilah tidak akan ke mana, malah dalam masa yang singkat air liur akan jatuh ke muka sendiri. Belajarlah menujah ke dalam diri dengan zikrullah, lembutkanlah hati dengan banyak mengingat mati.

Jumaat, Julai 06, 2012

Bila dah terlebih pandai

Guru sendiripun kita nak ajar....
Apa perasaan mereka ?
Lorong mana yang telah kita susul ?
Apakah penghujungnya ?

Khamis, Julai 05, 2012

Rabu, Jun 27, 2012

pelik apabila pemandu kenderaan besar lebih berhati-hati

ke sana ke mari, "steady"...kenderaan kecil bergerak guna laju. kenderaan besar pula biasanya bergerak guna lajak, walaupun mereka juga mampu menekan pedal minyak untuk menambahkan kelajuan. jika kita pengguna kenderaan kecil awaslah, sentiasa berwaspada, dan tahu mengambil hati pemandu kenderaan besar. jangan pakai ikut terlintas apa yang ada di kepala dan bersikap sembarono sahaja. nanti terbalik terguling, kita akan rasa padan muka