Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Februari 20, 2009

Kecubong/Amethyst RM 150

saiz cincin = 22
saiz batu = 18 x 13 x 6
harga = RM 150 termasuk kos pengangkutan


Rabu, Februari 18, 2009

BATU SUNGAI NIL DAN KAIN PENGGILAP PERAK


BATU SUNGAI NIL
Sangat jarang didapati
Nantikan kemunculannya apabila barang siap diproses dalam bentuk permata cincin
Stok Sangat Terhad!!!
KAIN PENGGILAP PERAK, SUASA DAN LOGAM LEMBUT;
Kain bewarna kuning lembut di bawah batu sungai Nil ini adalah sangat berkesan untuk menggilap cincin atau logam lembut lain. Ia tidak sesuai untuk menggilapkan batu. Kaedah pemakaiannya, cuma gosokkan pada bahagian cincin yang hendak dikilaukan. Bahagian cincin yang sukar digosok, seperti bahagian Bunga Pahat Jawa masih boleh dikilaukan dengan menggulung kain ini, dan menggunakan bahagian hujung yang berbentuk Zig-Zag itu.
AMARAN:
Kain ini tidak boleh dibasuh samada dengan air biasa atau air sabun untuk menghilangkan kehitamannya (kesan atau selepas daripada penggunaannya ia akan menghasilkan warna hitam dan kelihatan kotor)-Jika amaran ini tidak dipatuhi, kesan penggilapnya hilang
KELEBIHAN:
Boleh digunakan berulang kali selagi ia tidak dibasuh
HARGA = RM 10 sehelai
(Sesuai dibeli oleh pelanggan yang sambil/sedang membeli barangan lain dalam blog ini, untuk mengelakkan kos penghantaran)

Sabtu, Februari 14, 2009

CONTOH GAMBAR CINCIN UNTUK TEMPAHAN PEMINAT
















CONTOH GAMBAR CINCIN UNTUK TEMPAHAN PEMINAT
















CONTOH GAMBAR CINCIN UNTUK TEMPAHAN PEMINAT















Kelebihan batu Zabarjad/Peridot



























Saiz cincin no 15.5
Saiz batu permata = 12 x 9 x 7 mm
Bahan cincin = Aloi berkualiti berasaskan perak
Harga RM 280 termasuk poslaju SOLD 28/4/09

Juga dikenali sebagai Zamrud pagi (Morning Emerald)
Kandungan kimia ; Mg2(SiO4)
Warna : Hijau lembut, hijau muda, warna hiau (bertenaga), hijau zaitun : lutsinar atau lut cahaya, bergantung kepada kualiti batu.
Asal negara : Banyak didapati di Burma dan US

Kegunaan:
1) Pada masa dahulu digunakan secara meluas di Rome dan Greece untuk melawan kuasa jahat
atau semangat jahat.
2) Peridot yang baik dan berkuasa tinggi telah lama digunakan untuk merawat penyakit lelah,
mengurangkan kehausan dan kepanasan badan.
3) Ramai ahli batu menganggap ia sebagai "batu senyum" kerana dipercayai ia membawa
cahaya dan mencerahkan masa depan kepada kehidupan sesaorang. Sesetengah peniaga di
Kota Bharu dan umumnya orang Melayu mempercayai dan berikthiar dengan menggunakan
batu ini sebagai pelaris dalam perniagaan. (Ingat !. Allah jualah pembuka, pemberi dan
penarik rezeki. Cuma mereka mencuba; samalah kepada mereka yang menggunakan
citrine/cempaka. Orang Cina menggunakan batu Jade)
4) Memperkuatkan toleransi dan hubungan romantik
5) Bagi mereka yang sedang bermeditasi, mengengam batu ini dalam/jari tangan kanan,
dipercayai akan meningkatkan intuisi:gerak hati
6) Memberikan kesan kepada Cakra ke tiga dan ke empat bahagian badan, berkemungkinan
untuk merawat bahagian buah pinggan dan hati.

Apapun, kita yang mengutamakan nilai Islam, hanya berusaha menggunakan segala ciptaan Tuhan. Berjaya atau tidak bergantung kepada Takdir dan Tawakkal... Selamat mencuba!.

PETERSITE ASLI DARI BRAZIL body perak




Saiz 16.5
saiz batu
= 17 x 9 x 7 mm
Harga RM 200












Agate oren batu besar body perak






RM 170 ternasuk tambang

Khamis, Februari 12, 2009

Sabtu, Februari 07, 2009

6 perkara Allah sembunyikan-Dicilok dari laman sahabat

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baikdaripada aku?.'Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu. Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?, Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? 'Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang sepertiyang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ..'Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya AllahS.W.T telah menyembunyikan enam perkara iai tu :* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalamsolat (yang lima waktu).* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari. Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimatyang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...Ahmad Zamani Ishak,Publishing Department,Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Posted by Mohd Nasir at 3:23 PM 0 comments

Tanyalah kepada diri kenapa kita sering lupa banyak perkara semasa lapang. Dan kenapa pula semua yang terlupa itu, biasanya semuanya datang semasa kita sedang bersolat. Itukah solat kita ?... Wah kita sedang menempah almari buruk semasa sembahyang kan ?!!!

Bagaimanapun amalkanlah beristigfar walaupun di dalam hati, kerana itulah satu-satunya warisan untuk kita "kaum manusia" yang ditinggalkan Adam a.s ; Warisan ini amat besar kepada kita !!!!

Contoh balasan e-mel terbaru untuk Encik X.

Salam;
Maaflah hari ini baru tengok e-mel Encik X. Sebenarnya 1 minggu kebelakangan ini saya cukup-cukup sibuk, sejak balik dari KL sabtu lepas, saya rasa sekurang-kurangnya 2 minggu diperlukan untuk menyelesaikan urusan tersebut (hal lain). Sementara itu ada 3 bentuk cincin sedang dalam tempahan yg perlu disegerakan termasuk satu yang En. punya. Tak termasuk yang saya sendiri tempah. Pasal batu Firuz tu, tengoklah nanti tak sempat nak negok stok sekarang. jenis yang macam mana yg diminati. Jika saya, yg paling diminati adalah jenis yg ada tanah di bahagian bawah, colour dan kilau bahagian atas sahaja atau jenis yang berbijih (mengandungi besi). Jika jenis berbijih biasanya utk kekuatan fizikal badan. Jenis tanah di bawah adalah di antara jenis firus yang paling lama dan paling tulen, sangat baik untuk kesihatan. En. sangat perlu berhati-hati dengan menilai batu jenis ini; Biasanya yang sangat cantik adalah jenis buatan atau terbitan dan jarang yang asli. Sekarang ini terlalu banyak batu jenis firuz buatan, dan agak menakutkan. Sebab itulah saya suka terus terang dalam berjualan, batu ini asli atau tulen, buatan atau synthetic. dari pengalaman saya batu firus buatan biasanya adalah dari bahan plastik termoset. Apabila terlalu cantik, jika batu tulenpun ada diselit/attach dengan logam/warna suasa atau emas untuk kelihatan cantik, tak seperti mana warna asli emas pada batu Lapis Lazuli dari Mesir. Pernah seorang peniaga Cina memulangkan balik kesemua duit saya dan tidak mahu mengambil semula batu tersebut setelah saya membuktikan yg batu batu tersebut tidak tulen, sebaliknya 100% jenis plastik termoset. Jika nak pakai yang berkhasiat, pastikan ia tulen. Jika nak pakai yang terlalu cantik, jangan peduli pasal ketulenannya. Kerana Biasanya batu tulen yang sangat cantik adalah sangat jarang dan mahal, dan kebiasaannya jika jenis batu yang sudah tersohor harganya mungkin yang tidak mampu milik.
Sekian Wassalam dan TK

Pendant/loket - Agate & Amber asli



Gambar kiri ;
Permata Agate bercorak bunga
body perak tulen bersadur emas (boleh disadur berulang kali)
Saiz 2.2 x 2.2 cm
Harga RM 70

Gambar kanan ;
permata asli Amber
body perak tulen bersadur emas (boleh disadur berulang kali)
Saiz 2.5 x 1.8 cm
Harga RM 70
Kos penghantaran RM 10

Merupakan loket buatan tangan dari tukang Kelantan