Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Memaparkan catatan dengan label Rencana batu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rencana batu. Papar semua catatan

Jumaat, April 30, 2010

Alexandrite Quartz 100% authentic

Katogeri : tidak asli
Istilah"quartz" atau di dalam Bahasa Melayu kuartza adalah merujuk kepada pasir yang paling keras yang ditemui pada bahagian penguat dinding sarang/lubang semut, terutamanya di kawasan berpasir samada kawasan padang pasir atau gurun. Masalah yang timbul ialah kerap kali istilah ini digunakan sebagai "asli" bagi sesetengah penjual yang hanya tahu menjual. Sebenarnya memanglah asli untuk kuartzanya tapi bukan asli kepada nama batu berkenaan. Maknanya pasir keras yang telah dicairkan dan ditambah warna sesuai dengan jenis permata, lepas itu dijadikan permata yang bermacam-macam nama....Delima, Alexandrite, Nilam dan pelbagai lagi. Inilah contoh hasil teknologi yang telah banyak mengecewakan pembeli yang terkeliru. Mengharapkan permata asli dari lombong tapi akhirnya terbeli permata dari kilang, Ish, ishh...
















Contoh Alxandrite tidak asli
















Contoh Alxandrite tidak asli
RM seratus ke dua ratus juga harganya

Rabu, Ogos 12, 2009

Kesan warna kepada kehidupan. Bacaan santai....

Kita bertindak balas kepada warna kerana ia memberikan kesan kelemahan atau kekuatan, meningkatkan atau melemahkan semangat, memindahkan tenaga, memberikan tekanan atau kelegaan rasa dan sebagainya.

Ruang bilik tertentu di rumah kita dengan warna hijau muda atau hijau epal akan menambahkan rasa lega, tetapi rasa lega tersebut bertukar menjadi gemuruh jika ia ditukar dengan warna merah terang atau oren terang. Sebaliknya warna yang menghidupkan seperti merah dan oren ini lebih sesuai dipadankan kepada ruang luar bagunan tadika kanak-kanak untuk tujuan keseronokan kepada mereka. Tetapi ruang biliknya mungkin dicat dengan warna biru atau hijau untuk mereka rasa lebih tenang semasa belajar. Begitulah warna digunakan untuk mencapai tujuan tertentu.

Jelaslah warna mungkin memberikan kesan kepada aktiviti kehidupan kita seharian. Bagaimanapun huraian kali ini cuba menjelaskan kesan warna pada batu permata yang kita pakai atau gunakan, seiring dengan kewujudannya dengan pelbagai warna.

HITAM
Tourmaline hitam, Obsidian, Onyx, Jet, Tektite
Merupakan warna pertahanan dan simbol kesedihan. Pemakaian warna hitam membuatkan kita rasa seolah-olah ada kekuatan pertahanan pada badan kita

MERAH

Warna api, kekuatan, semangat dan tenaga. Cincin permata merah sesuai dipakai bila kita rasa agak letih bertujuan untuk menguatkan semula badan. Tidak sesuai untuk mereka yang darah gemuruh atau kanak-kanak hiperaktif,
Jenis batu: 
Delima, Calcite, Tiger eyes merah, Spinel, Crocoite, Vanadenite
Kelabu

Warna keseimbangan. Keseimbangan di antara tenaga positif dan tenaga negatif. Pakailah warna ini jika kita rasa marah atau terdesak.
Jenis batu warna kelabu: batu Sungai Nil, Botswana (akik), Hematite, Galena

Coklat
Warna tanah, Memberikan kita persediaan terhadap alam semula jadi.
Batu warna ini boleh dipakai untuk kerja-kerja dan hubungan yang melibatkan alam semulajadi khususnya tanah dan bumi.
Jenis batu: Akik, Tiger eye (gold), Jasper, Gypsum, Petrified wood, Obsidian Mahagany dan Dolomite.

Sabtu, Mac 07, 2009

PEMILIHAN BATU PERMATA MENGIKUT TERAPI GETARAN WARNA

ASSALAMUALAIKUM DAN JUMPA LAGI.


Kali ini kita akan membicarakan mengenai pemilihan batu permata mengikut Terapi Getaran Warna (Colour Vibration Therapy), yang berdasarkan kedudukan kita dalam nombor adik beradik dalam keluarga. Atau berdasarkan bilangan kedudukan kita dalam keluarga, samada sulong, nombor dua, nombor tiga dan seterusnya.

Perasaankah kita tentang warna yang biasanya berbeza yang diminati dan menjadi pilihan dalam satu kumpulan adik beradik. Atau cubalah tanya diri kita sendiri, warna apakah yang menjadi kesukaan dan pilihan kita. Tentu rakan ada jawapan yang tersendiri tentang warna kesukaan rakan. Cuba pula ingatkan warna yang kita kurang minati, juga biasanya ada jawapannya.

Sebenarnya peranan warna adalah mempengaruhi kehidupan dan perasaan kita, samada rasa selesa, atau rimas, atau rasa bersahaja. Begitu juga perasaan orang yang melihat kita, warna pada pakaian kita seperti baju dan sebagainya akan mempengaruhi perasaan mereka. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan peranan warna pada pakaian kita seharian akan mempengaruhi keserlahan dan kejatian diri kita.

Mengikut kajian getaran warna, setiap orang mempunyai kesesuaian warna semulajadi masing-masing. Namun, pada ada masa tertentu terdapat ganguan getaran warna, menyebabkan kita rasa kurang sesuai dengan warna kesukaan kita pada masa tersebut. Namun, kita masih ada pilihan warna lain untuk penyesuaiannya.

Jika tak silap ingat saya, berikut adalah warna semulajadi sesaorang serta warna pilihan yang perlu dipilih apabila terdapat ganguan getaran warnanya;

Nombor adik-beradik dalam keluarga: Warna semulajadi: Pilihan warna pertama//kedua bila ada ganguan warna adalah seperti berikut;


Sulong(1),5, Biru: Merah//Oren
9,13 dan
seterusnya

2,6,10 dan .... Hijau :Kuning//Merah

3,7,11 dan ..... Merah Jambu(?): Hijau//Kuning

4,8,12 dan .... Putih : Putih


Tanda (?) untuk merah jambu/pink adalah merupakan fakta yang saya rasa was-was. Jadi cubalah rakan semak hal ini ditempat lain pula untuk pengesahan.

Sebaik-baik bahan yang kita nak gunakan sebagai pakaian pula, samada batu permata, kain dan sebagainya eloklah dari jenis yang tulen. Tapi pada hari ini, hal demikian menjadi semakin kurang popular. Lihat sahaja contohnya, berapa ramai yang suka gunakan kain kapas tulen sebagai pakaian, berbanding kain kapas campuran atau kain jenis terbitan. Pendek kata, manusia adalah makhluk jenis yang fleksibel, berteknologi dan berdayamaju serta dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai zaman.

Kesimpulannya, cubalahlah dapatkan batu permata dari jenis tulen yang warnanya sesuai dengan diri kita, agar bajet kita dalam hal ini sekurang-kurangnya menyerlahkan kejatian diri kita dan diharapkan ia tidak menjadi pembaziran.

Isnin, Disember 29, 2008

HOBI: Mengumpul cincin dan batu permata (sambungan)

Apa yang paling penting di dalam kita memutuskan atau melakukan sesuatu pastilah dijuruskan oleh keyakinan. Keyakinan pula mestilah berasaskan ilmu. Ilmu banyak pula tahapnya!. Bukanlah niat saya berceramah di sini, tapi oleh kerana hal ini melibatkan akidah, maka tertulislah perkara-perkara yang kelihatan agak meleret.

Pemakaian batu permata dalam apa jua bentuk boleh juga dilihat dari sudut kelebihan terapi getaran warnanya. Kelebihan bahan batu-batuan digarapkan dengan warna berasaskan pembuktian saintifik, adalah lebih menyakinkan kita.
Bagaimanapun pada umumnya, peminat batu memakai batu permata adalah mengikut pengalaman orang lain, khususnya orang yang lebih arif dalam hal tersebut. Jika ditolak campur darab bahagi, "pengalaman" kerap kali memenangi pembuktian saintifik dalam pengamalan kehidupan kita seharian.