Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Memaparkan catatan dengan label Kelebihan batu permata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelebihan batu permata. Papar semua catatan

Rabu, Disember 02, 2009

Permata Opal dan kelebihannya

Kandungan kimia : Silikon dioksida terhidrat
Kekerasan           : 5.5 - 6.5
Negara asal         : Australia, Brazil, US, Peru dan Maxico
Warna                 : Bayangan samada putih, transparent, kelabu, coklat, dan hitam dimana ia berkilau dengan
                             kilauan warna atau warna-warna hijau, biru, oren, pink dan merah.
Jenis-jenis opal    : di antaranya: Black, Blue, Cat eye, fire, dan Common Opal.
Kegunaan            :

Bersambung lagi

Rabu, April 29, 2009

KELEBIHAN PERMATA DELIMA (RUBY GEM)

Batu Delima atau Ruby (Corundum)
Kandungan Kimia = Aluminium(III)oksida = AL2O3 (*no 2dan 3 adalah angka subscript)
Warna = merah, merah-ungu
Negara Asal = Burma, Australia, Brazil, Tanzania(Benua Afrika), Sri Langka, Thailand dan India.
Kekerasan;Hardnest = 9 (Nota: paling keras ialah berlian/diamond: H = 10)

Merupakan salah satu "Raja Batu" yang tersohor. Berdasarkan pengalaman manusia, mengamalkan pemakaiannya dipercayai membekalkan kelebihan-kelebihan seperti berikut:

1) Menikmati kesihatan, kekayaan, kebebasan dan memiliki nilai atau hubungan cinta
yang baik
2) Menikmati kekuatan, kecerdasan, kerancakan, serta semangat badan yang lebih baik.
***Disarankan kepada mereka yang selalu merasa
lemah-lemah badan, selalu keletihan dan kelesuan. Namun tidak digalakkan kepada
mereka yang bersifat garang atau bengis serta berdarah gemuruh


Ia juga merupakan "batu kebahagiaan", yang dipercayai mengekalkan hubungan cinta serta meneguhkan kestabilan ekonomi.

Selain itu ia juga dikenali sebagai "batu kesuburan". Sangat digalakkan kepada wanita mengandung. Ini dipercayai akan menambahkan rasa selesa semasa mengandung, mengekalkan kesihatan si ibu serta kandungannya (Sebaik-baiknya dipakai dalam bentuk cincin atau loket)

Kelebihan Delima Star;

Memperbaiki rasa kemakmuran dalam diri. Bila kurang bermaya atau keletihan, ia mencetuskan spak kekuatan baru badan.

Kelebihan-kelebihan dalam bentuk fizikal dan kesihatan badan, biasanya akan dirasai oleh mereka yang mengamalkan pemakaian batu delima yang sesuai dengan diri masing-masing. Kerana ia memang menghasilkan terapi getaran warnanya, seperti yang saya bincangkan sebelum ini. Bagaimanapun berkaitan perkara mistik pada batu yang dipercayai oleh kumpulan-kumpulan tertentu, adalah lebih berdasarkan kepada pengalaman manusia setempat atau bangsa tertentu.

Bagi orang Islam, suatu hal yang penting untuk menjaga apa-apa juga jenis batu permata; Seelok eloknya janganlah kita membawanya bersama masuk ke dalam tandas (seolah-olah menjaga kereta supaya kelihatan sentiasa bersih dan menyegarkan pandangan, ia selalu dilap atau dipolish), atau ke tempat maksiat. Apatah lagi melakukan maksiat. Dipercayai kekuatannya akan menurun atau hilang. Ia juga makhluk yang dipercayai senantiasa berzikir kepada Tuhannya dengan caranya tersendiri. Hukum hakam agama perlulah dijaga sebaik mungkin, bukan kerana memakai batu dan mahu mendapatkan kelebihan atau mengharapkan kekuatannya agar semakin bertambah. Tetapi dilakukan dengan ikhlas terhadap Tuhan.

PERHATIAN!!!
TIAP-TIAP SESUATU KEWUJUDAN BUKAN UNTUK MENAMBAHKAN KESYIRIKAN, TETAPI UNTUK MEMANTAPKAN KEIMANAN. DIHARAP BEGITULAH HENDAKNYA....

SELAMAT

Sabtu, Februari 14, 2009

Kelebihan batu Zabarjad/Peridot



























Saiz cincin no 15.5
Saiz batu permata = 12 x 9 x 7 mm
Bahan cincin = Aloi berkualiti berasaskan perak
Harga RM 280 termasuk poslaju SOLD 28/4/09

Juga dikenali sebagai Zamrud pagi (Morning Emerald)
Kandungan kimia ; Mg2(SiO4)
Warna : Hijau lembut, hijau muda, warna hiau (bertenaga), hijau zaitun : lutsinar atau lut cahaya, bergantung kepada kualiti batu.
Asal negara : Banyak didapati di Burma dan US

Kegunaan:
1) Pada masa dahulu digunakan secara meluas di Rome dan Greece untuk melawan kuasa jahat
atau semangat jahat.
2) Peridot yang baik dan berkuasa tinggi telah lama digunakan untuk merawat penyakit lelah,
mengurangkan kehausan dan kepanasan badan.
3) Ramai ahli batu menganggap ia sebagai "batu senyum" kerana dipercayai ia membawa
cahaya dan mencerahkan masa depan kepada kehidupan sesaorang. Sesetengah peniaga di
Kota Bharu dan umumnya orang Melayu mempercayai dan berikthiar dengan menggunakan
batu ini sebagai pelaris dalam perniagaan. (Ingat !. Allah jualah pembuka, pemberi dan
penarik rezeki. Cuma mereka mencuba; samalah kepada mereka yang menggunakan
citrine/cempaka. Orang Cina menggunakan batu Jade)
4) Memperkuatkan toleransi dan hubungan romantik
5) Bagi mereka yang sedang bermeditasi, mengengam batu ini dalam/jari tangan kanan,
dipercayai akan meningkatkan intuisi:gerak hati
6) Memberikan kesan kepada Cakra ke tiga dan ke empat bahagian badan, berkemungkinan
untuk merawat bahagian buah pinggan dan hati.

Apapun, kita yang mengutamakan nilai Islam, hanya berusaha menggunakan segala ciptaan Tuhan. Berjaya atau tidak bergantung kepada Takdir dan Tawakkal... Selamat mencuba!.

Sabtu, Januari 24, 2009

Kelebihan batu Jasper (Quartz)

Kandungan kimia : SiO2 ( Silicon diokside )
Warna : Campuran dagingan/bayangan (shades of) coklat, merah dan kuning, ungu, hijau, hitam, putih, dan kelabu. Biasanya daripada beberapa campuran warna ini.
Asal negara : Seluruh dunia
Kekerasan batu : 7-7.5

Kelebihan:
-Mengimbangkan emosi
-Menguatkan badan yang lemah dan membekalkan kekuatan fizikal
-Memberikan kesan kesihatan di kawasan abdomen badan (dada ke pinggul)-mengurangkan kesakitan dan mungkin merawat bahagian abdomen yang sakit.
-Batu jasper bewarna kecoklatan adalah berhubungan dengan kesihatan "liver" (hati)_ dan sistem digest/penghadaman badan. Sementara campuran warna kemerahan pada batu jasper menguatkan dan merawat impotence/lemah tenaga batin bagi lelaki.

Sekian dan BERSAMBUNG LAGI.....jika ada masa dan peluang yang sesuai.

Selasa, Disember 30, 2008

Warna Batu Permata Dan Hubungannya Dengan Terapi Getaran Warna

Terapi getaran warna (Colour vibration therapy) merupakan salah satu cabang ilmu yang dikaji untuk tujuan perubatan. Jika kita berminat, kita boleh mempelajari bidang ini, malah melanjutkan pengajian ini sehingga ke peringkat Ph.D. Di antara perkara penting dalam pengkajian ini ialah warna mempunyai jarak gelombang dan frekuensi tertentu. Ia boleh memberikan kesan keseimbangan kepada sistem badan. Begitu jugalah halnya dengan warna pada batu permata. Selain itu batu-batan terdiri daripada gabungan bahan
kimia tertentu yang terbentuk secara semulajadi, biasanya oleh kesan luluhawa(mampatan/tekanan dan suhu dalam suatu tempoh yang sangat lama).

Soalan: Apakah kesan memakai permata kepada kita?.
Sebenarnya ia memberikan kesan perubatan yang sesuai kepada badan kita jika pemilihan permata yang dipakai adalah betul.

Soalan: Bagaimanakah permata memberikan kesan perubatan ?
Batu menyerap gelombang cahaya daripada matahari atau punca cahaya lain. Apabila kita memakai permata tersebut, Gelombang atau getaran warna daripadanya diserap oleh badan kita. Ini memberikan kesan tertentu kepada bahagian badan kita, samada kepada organ seperti jantung, sistem seperti saraf atau aliran darah, dan sebagainya. Kesan getaran ini akan menstabilkan semula sistem dalam badan. Contohnya sesaorang yang mempunyai tekanan darah rendah, boleh meninggikan balik tekanan darahnya dengan mengamalkan pemakaian batu Garnet.

Kita ambil satu lagi contoh secara terperinci tentang batu permata, kandungan bahan kimia semulajadi, dan warnanya, serta kesan kesihatan yang boleh dimanfaatkan;
Firuz (Turquoise):
Kandungan kimia- CuAl6(PO4)4(OH)8.4(H2O): Copper(1),Aluminium
(6),Hidroksid(8),Air(4 molekul)-huruf condong adalah angka subscrib(kecil)
mewakili bilangan atom atau sebatian: menghasilkan warna
hijau/kehijauan atau biru/kebiruan + hitam/keemasan (pyrite).
Kesan:
Menguatkan serta membetulkan semula alingment badan,
mengimbangkan sistem saraf dan sistem peredaran darah, membantu melegakan pernafasan dan sangat baik untuk pesakit asma, juga membantu mengurangkan kesakitan kerongkongl.
Sebab itulah kita perhatikan ramai di kalangan orang yang lebih berusia meminati batu jenis Firuz. Orang melayu yang tahu hal ini menganggap Firuz adalah batu jagoan lelaki.