Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, November 28, 2013

Bilakah orang kita akan mampu?

Di antara sampel batu mentah yang belum mampu diusahakan oleh orang kita. Memang tip top tapi kaedah facet sahaja...kecilnya 0.5 -3 cts, jika ada lagi besar saiz tip top ini baram, harga bukan lagi berkadar terus tapi berkadar 10 kuasa 27. Justeru itulah tak muat dek keinginan orang kita. Kita suka yang besar comel dan murah...Saya sendiri rasa macam tidak mampu dan tidak pula sanggup menjual atau memakai yang sintetik. Rasa saya nama batu buatan atau sintetiknya ialah byron @ bayron..mungkin.
Ini pula yang asli: Harga tip top facet grade ini RM 400/carat (untuk harga setiap satu), tiada yang besar. Sila lihat duit 5 sen sebagai perbandingan ukuran. gambar semua batu ialah 50 carat.
Bulih kiro...supo demo kato!...hehe......menne ore lebih diut buat koleksi..ambo penjual sahaja WAW!!!...

 

 
Gambar 5 ketul batu di sebelah kiri duit, dan terdekat dengan mata pemerhati itu adalah dari grade ke 2. Yang lain bewarna gelap adalah grade tip top facet seperti di atas.

Sabtu, November 23, 2013

Peridot offer RM 60/carat

Kata salah sa orang daripada ustaz yang juga sahabat saya (dulu dia belajar di sana), orang Arab suka pakai "zamrud pagi", yang memang lebih dikenali sebagai zabarjad atau peridot. Kepada mereka inilah zamrud!!!.....Betul ke tu ?...Wallahhua'qlam...Kita nak pakainya boleh juga (saya pembekal)...tapi jangan nak perasaan atau koya jadi tok arab pulak..hehe..
Jika rakan dan sahabat terlebih duit bolehlah pm..70/cts...jahatnyo!..hehe...

Ambo boleh offer ke RM 60/carat sahaja. Maaf itu sahaja yang saya ddapat bagi










Saiz cabochon yang paling besar dalam gambar di sebelah kiri ini
adalah sekitar 17.XX carat
Bermakna rakan telah jimat RM 170

Jumaat, November 22, 2013

Warna permata dan hubungannya dengan sifat garam dari sudut kimia.

Garam mengikut ilmu kimia ialah suatu sebatian ionik yang terbentuk daripada ion logam dan ion bukan logam. Pelbagai gabungan unsur logam dan bukan logam ini pula akan membentuk pelbagai jenis garam. Apapun untuk memudahkan kita mengkaji garam, ia di kelaskan kepada dua, iaitu jenis larut dan tidak larut.
Contoh mudah garam larut adalah garam dapur (natrium klorida - pepejal putih) dan garam natrium iodida yang mudah diperolehi di hospital. Contoh garam yang tidak larut pula ada yang ringkas seperti Kalsium Karbonat (batu kapur), dan yang kompleks pula adalah seperti gabungan ion-ion Berilium aluminium silikon oksida/ Be3Al2Si6O18 (kita panggil Zamrud, yang juga dikenali sebagai batuan  jenis Beril). Ia merupakan gabungan tiga jenis ion logam dan satu jenis ion bukan logam (ion dari oksigen/oxide ion).
Ion-ion dari jenis logam daripada unsur peralihan dalam Jadual Berkala Unsur (The periodic table of element) akan membentuk warna warna tertentu dalam sebatian ionnya, bergantung kepada jenis unsur. Misalnya ion kuprum (Cu2+) akan menghasilkan warna biru dalam larutannya. Namun tidak bermaksud semua batuan biru itu akan terdiri daripada unsur kuprum, kerana keadaannya adalah pepejal. Contoh batuan yang ada kuprum dan bewarna biru ialah batu firuz
(terdiri daripada Kuprum aluminium fosfat hidroksida terhidrat/ada air). Contoh batuan biru yang tiada ion kuprum pula ialah opal biru/kebiruan yang umumnya terdiri daripada unsur Silikon oksida terhidrat/ada air (tiada ion logampun).  Begitulah anehnya Tuhan jadikan sifat gabungan bahan sebatian ion yang menyerlahkan warna-warna tertentu kepada batuan dan permata.
Permudahkan cerita, ahli makmal batuan menggunakan maklumat bahan kimia yang wujud di dalam batu-batuan tersebut untuk mengeluarkan sijil dan mengesahkan keasliannya. Itu baru dari sudut bahan kimianya.
Kesimpulannya jika mahu dikarang dan diceritakn secara teori, atau asyik berteori dan bahas...9 hari 9 malam belum tentu habis. Belum sentuh lagi sifat kejadian batuan, sifat kekerasannya, serta asal negaranya. Akhirnya akan asyik berteori. Harap tidak pula sampai berangkuh dan merasa lebih hebat daripada orang lain. Kerana sedikit pengetahuan yang kita ada cumalah tahu daripada apa yang sudah ada dan sudah diwujudkan....sekian wassalam


Rabu, November 13, 2013

Apabila line internet merumitkan...

Tak payahlah ambo nak menyusahkan diri  menunggu upload  items yang memang menyenakkan kepala...banyak lagi urusan lain boleh dibuat. Tok payoh sakit paloO...he..he