Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Jun 30, 2013

Kekangan

Buat masa kebelakangan ni saya kurang sempat menguruskan stok untuk  muat naik. maaf!!!

Isnin, Jun 10, 2013

Ramaikah jauhari ?

Dunia pertukangan cincin tradisional nampaknya semakin pudar. Kenapa tidaknya, di kala harga barangan keperluan harian berlipat naik, harga upah tukang seolah-olah ditakuk lama. Sedangkan mereka juga adalah pengguna yang perlu mengeluarkan belanja untuk keperluan harian mereka. 

Jatuh bangun dunia cincin tradisional melayu bukan terletak kepada mereka sahaja, tetapi juga bergantung kepada pengguna atau pembeli, samada faham nilai seni dan upah, yang selari dengan  kenaikan harga barang asas cincin, atau kejatuhan nilai matawang dalam kos dan upah. Jika pemakai tidak sanggup membayar nilai seni ini dengan nilai yang setimpal, seolah-olah mereka menafikan keupayaan dan kerja tukang-tukang yang terlibat. Akhirnya mereka (tukang) merasakan hasil tangan mereka tidak lagi dihargai. Akhir-akhir ini ramai tukang cincin telah bertukar kerjaya. Nampaknya apa yang dikhuatiri dan membimbangkan selama ini memang sedang terjadi kini. Siapalah ambo untuk menahan semua ini.

Penjual atau orang tengah pula sukar untuk menjual cincin buatan tangan degan harga kos dan upah yang semakin meningkat. Tambahan pula cincin "casting" atau buatan kilang merupakan saingan utama kepada cincin tradisional ini. Terserahlah kepada pengguna, samada mahu alah membeli menang memakai atau membiarkan sahaja keindahan cincin tradisional oleh tukang mahir semakin hilang di pasaran. Hanya jauhari  mengenal manikam.


Jumaat, Jun 07, 2013

Kerdilnya

Omongan si arif...kenal, taat, patuh. Di mana kita ?.  "terasa kerdilnya diri ambo!, demo adik kakok  guano ? Nok mati nih!!!..kita tiada pilihan melainkan datang untuk pergi...dihitung hari atau tidak...masanya pasti tiba jua"

Khamis, Jun 06, 2013

Stok herba tradisional...cukup terhad

Buang toksik/flush
Darah tinggi
Gastrik
Demam mengigil
Batuk-batuk
Lelah
Buasir
Resdung (perlu ambil lebih lama)



Dibuat daripada bahan tradisional seperti :
Sinar maki, gorek, dan lain-lain bahan tradisional
Boleh diambil bersama ubat hospital dan tidak memabukkan.
Cara makan:
1 tudung (putih) = 25 ml setiap malam
Harga:
RM 15 sebotol